CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3198|Reply: 4

Setitis Tangisan Ibu, Selangkah Kaki Ke Neraka

[Copy link]
Post time 6-11-2015 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

"Syurga seorang anak dibawah telapak kaki ibu". Gelagat video berdurasi 1.36 minit yang dimuatnaik di forum Cari semalam, pasti timbul rasa marah dan tak senang hati melihatnya. Mana tidaknya, seorang anak boleh membebel, memarahi dan meninggikan suara kepada ibunya di khalayak ramai sehingga sang ibu hanya mampu menangis sambil mengusap air mata yang jatuh ke pipi.





Apa yang sebenarnya berlaku? Tiada jawapan yang sahih yang boleh disimpulkan. Lelaki yang memarahi ibunya sendiri dikatakan bersikap kurang ajar dengan individu lelaki yang cuba menegurnya agar tidak memarahi ibu sedemikian rupa. Walaupun sudah ditegur, tetapi lelaki tersebut langsung tidak peduli dengan nasihat sehinggakan dia memarahi semula lelaki yang menegurnya itu agar tidak masuk campur hal keluarga mereka.

Ramai yang telah viralkan video ini dan rata-rata pandangan negatif dilemparkan kepada lelaki yang menderhaka kepada ibunya tersebut. Bagaimana hati seorang lelaki yang mempunyai ibu yang masih boleh berjalan, dikira masih sihat, memarahi dan menengking ibunya sendiri di hadapan ramai orang dan juga di tempat awam sebegitu? Itu baru di hadapan, di belakang pula kita tidak tahu apa lagi perangai buruk yang dilakukan terhadap ibunya.

Tidak bersyukurkah dia mempunyai seorang ibu yang masih bernyawa? Mengapa dia tidak menumpang kasih ibu yang pernah melahirkan dirinya? Beratkah tanggungjawab dia menjaga seorang ibu itu? Allahuakbar. Kita hanya mampu melihat dan menasihati beliau.

Sungguh! Video tersebut sangat terkesan dan menjadi tauladan serta pengajaran kepada setiap daripada kita. Sayangilah dan hargailah ibu sementara dia masih bernafas.





Suka penulis kongsikan kepada semua mengenai pendapat Imam Adz-Dzahabi Rahimahullaah, beliau berkata dalam kitabnya Al-Kabaair;



  • Ibumu telah mengandungmu di dalam perutnya selama sembilan bulan, seolah-olah sembilan tahun.
  • Dia bersusah payah ketika melahirkanmu yang hampir saja menghilangkan nyawanya.
  • Dia telah menyusuimu dari putingnya, dan ia hilangkan rasa mengantuknya kerana menjagamu.
  • Dia telah mencuci kotoranmu dengan tangannya, dia juga lebih utamakan dirimu daripada dirinya.
  • Dia jadikan pangkuannya sebagai ayunan bagimu.
  • Dia telah memberikanmu semua kebaikan dan apabila kamu sakit dia menjaga kamu tanpa mengeluh sehingga sanggup mengeluarkan harta atau duitnya sendiri untuk merawati kamu.
  • Seandainya dipilih antara hidupmu dan kematiannya, maka dia akan meminta supaya kamu hidup.
  • Betapa banyak kebaikan ibu, sedangkan kamu balas dengan akhlak yang tidak baik.
  • Dia selalu mendoakanmu, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan.
  • Tatkala ibumu memerlukan kamu di saat dia sudah tua, kamu jadikan dia sebagai barang yang tidak berharga di sisimu.
  • Kamu kenyang dalam keadaan dia lapar.
  • Kamu minum dalam keadaan dia kehausan.


  • Kamu mendahulukan berbuat baik kepada isteri dan anakmu daripada ibumu.
  • Kamu lupakan semua kebaikan yang pernah dia perbuat.
  • Berat rasanya atas kamu memeliharanya padahal itu adalah urusan yang mudah.
  • Kamu menyangka usia ibumu akan panjang padahal umurnya pendek.
  • Kamu tinggalkan dia bersendirian sedangkan dia tidak mempunyai sesiapa.
  • Allah telah melarangmu berkata ‘ah’ dan Allah telah mencelamu dengan celaan yang lembut.
  • Allah akan membalas di dunia dengan anak-anak kamu pula akan menderhaka kepadamu.
  • Allah akan membalas di akhirat dengan dijauhkan dari Allah Rabbul ‘aalamin.


Besar sebesarnya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan kita, bahkan belum tentu kita boleh membalasnya. Allahualam. - CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 06:23 PM | Show all posts
Kamu kenyang dalam keadaan dia lapar.

Betul TT... Kdg2 mak kita suka rahsiakan apa yg dia rasa demi kita
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:30 PM | Show all posts
anak celaka derhaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2015 01:49 PM | Show all posts
there is always another story behind a story......

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rugilah kita kalau tidak berbakti pd ibubapa
Duit pngkat harta xakan dapat gantikan ibubapa kita
Kesunyian dan pedih akan terasa kiranya kalian sudah tiada kedua2 ibubapa
Al fatihah untk ibu dan ayahku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.050309 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list