CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5672|Reply: 8

Bila Dah Berulat, Ada Lagi Tak Nak Makan?

[Copy link]
Post time 22-10-2015 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy



Siapa yang tak pernah ke restoran makanan segera? Tipulah kalau tak pernah kan? Sudah pasti restoran ini banyak kat Malaysia dan memang terkenal seperti McDonald (McD), Kentucky Fried Chicken (KFC), Marrybrown, Burger King dan lain-lain.

Rata-rata yang menggemari restoran makanan segera ini kerana menu yang sudah tersedia, mudah, cepat dan harga yang berpatutan. Selain, resepi yang mempunyai rahsia tersendiri sehingga kini.




Isu burger berulat, ayam berulat di restoran makan segera terkemuka ini bukanlah perkara baru. Ia sering terjadi. Terpulang kepada individu perasan atau tidak dengan ulat yang berada dalam makanan tersebut.


Gambar hiasan


Kejadian ini terjadi di McDonalds cawangan Blk 208 Hougang Street 21, Singapura. Video ini dimuatnaik oleh Jasper Lee dan telah diviralkan oleh All Singapore Stuff.

Dari mana agaknya ulat itu datang? Geli pula rasa, manalah tahu sebelum ini tak perasan ulat ada pada burger atau ayam yang dibeli. Dah lapar sangar, terus makan sahaja tanpa periksa. Betul tak?

Besar kebarangkalian pekerja McD ini menggunakan daging burger semalam dan mungkin ia sudah tidak elok. Namun, mereka tidak perasan atau juga tidak mempedulikan soal kebersihan.

Walaupun bahan tersebut tidak diproses di cawangan tersebut, pihak McD ini atau pengurus haruslah teliti dengan bahan sejuk beku yang dibawa masuk. Semak tarikh tamat tempoh dan periksa kualiti bahan yang ingin dijual.

Walaupun perkara ini dilihat kecil dan remeh. Ia tetap melibatkan pelanggan dan secara tidak langsung menjejaskan pendapatan syarikat tersebut.

Rata-rata komen daripada Facebookers meminta Menteri untuk campur tangan dan menyelesaikan isu ini. - CARI Infonet

Kredit Video : Facebook All Singapore Stuff



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2015 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Uwekk. Menyesal scroll down.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 03:42 PM | Show all posts
Ni kalau kat Thailand, mesti dorang xheran. Sebab memang makan ulat kan? Makanan asasi Thai.. eeeeee geli!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 04:23 PM | Show all posts
kalau beli ayam KFC aku selalu selak dulu kulit ayam sebelum makan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 04:43 PM | Show all posts
tula spe suh makan kat mekdi
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
eeuuwwwww..
muntah ijo..

seb baik xmkn fast food..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2015 07:48 PM | Show all posts
ulat tu percuma. Bukan kena bayar pun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 11:38 PM | Show all posts
Nasib dah lama i boycott mcd & seangkatannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2015 02:17 AM | Show all posts
perisa tmbhn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.360000 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list