GARA-GARA pertembungan jadual tayangan filem baru, khabarnya telah menimbulkan ‘perang dingin’ di antara Shah Rukh Khan dengan Deepika Padukone. Perang dingin yang berhembus kuat antara pasangan hero heroin filem Om Shanti Om (2007) dan Chennai Express (2013) itu telah mengejutkan banyak pihak terutama peminat setia mereka. Filem SRK iaitu Diwale dan filem berjudul Bajirao Mastani lakonan terbaru Deepika itu bertembung tayangannya pada 18 Disember depan. Menurut Filmibeat, kekecohan perang mulut antara kedua-dua pelakon hebat itu berlaku apabila Deepika meminta SRK untuk melewatkan tayangan filem barunya itu. Namun aktor berusia 50 itu tidak bersetuju. Diwale turut dibintangi Kajol, Varun Dhawan dan Kriti Sanon. Ini kemunculan terbaru SRK dengan heroin serasinya Kajol sebagai pasangan kekasih.
manggaonline
|