Edited by Eva_yy_Ellin at 11-10-2015 12:55 PM
Pertama kali saya dengar pasal rambut berbuah ni
Makanya saya pun google dan dapat ni.
tt cuba ya
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bagi Merawat Rambut Berbuah : - Cuci rambut setiap hari dengan syampu yang sesuai berserta air untuk memastikan kulit kepala sentiasa bersih.
- Biarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum mengikatnya atau memakai tudung.
- Disebabkan anda tidak sempat untuk mengeringkan rambut sebelum memakai tudung, jadi anda perlulah bangun awal untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu ataupun anda tidak perlu mencuci rambut pada pagi hari.
- Jika anda ingin mengeringkan rambut, gunalah pengering rambut ataupun kipas. Tetapi penggunaan pengering rambut adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan rambut disebabkan oleh haba yang terlalu panas.
Ciri-Ciri Produk Rambut Yang Sesuai Bagi Rambut Berbuah – Syampu yang dapat melicinkan kutikel rambut serta melebatkan rambut. – Di samping itu, ia memiliki sistem pembersih yang lembut. – Syampu jenis ini mampu membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan tercemar dari persekitaran lain. – Mengekalkan keseimbangan ‘lipid’ dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut jika anda mewarnakan rambut – Ia adalah sangat sesuai untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berbuah. – Ia merupakan sejenis perapi dan pelembab yang pekat bagi memiliki rambut yang berkilat dan lembut – Ia dapat memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang berbuah – Menguatkan rambut dengan protein yang sesuai bagi rambut berbuah.
– Minum air secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut dan mengelakkan dari berlaku ‘dehidration’. – Dapat menjadikan rambut lebih lembut dan berkilau tanpa kehadiran rambut berbuah. – Ia juga dikenali sebagai keratin yang berfungsi bagi pertumbuhan rambut yang lebih kuat – Menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cepat dan lebat – Dapat mengelakkan rambut berbuah dan bercabang – Vitamin A digunakan untuk menjaga kulit rambut – Vitamin B dan C berguna untuk peredaran darah dan pertumbuhan rambut – Untuk mengelakkan rambut menjadi kering dan berbuah – Untuk menghasilkan sebum serta berfungsi sebagai pelembab rambut semulajadi – Memberikan nutrisi yang baik dan mengurangkan keguguran rambut – Kandungan zink dapat membantu mencegah rambut berbuah dan rambut gugur.
INFO EKSTRA! Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali. Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas. Gunakan daun bunga raya campur dengan sedikit air. Ramas atau tumbuk. Kemudian letakkan di atas rambut dan gosokkan bahagian hujung rambut yang berbuah dan biar kan beberapa minit dan bilas.
Copy paste, credit to http://www.wom.my/kecantikan/merawat-rambut-berbuah/
|