CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2545|Reply: 4

PRIYANKA CHOPRA KINI MARA KE HOLLYWOOD

[Copy link]
Post time 1-10-2015 03:40 PM | Show all posts |Read mode


Memulakan langkahnya ke pentas hiburan Hollywood, bintang Bollywood terkenal, Priyanka Chopra kini ditampilkan sebagai Alex Parrish, seorang pelatih FBI di dalam drama bersiri aksi baru, Quantico.

Merupakan watak mencabar buat Chopra, yang dikenali di seluruh dunia sebagai seorang aktres, penyanyi dan bekas Ratu Cantik Dunia, dia juga merupakan aktres Asia Selatan pertama yang membintangi program tv terkemuka di US.



Bergandingan bersama Jake McLaughlin (Ryan), Aunjanue Ellis (Miranda), Yasmine Al Massri (Nimah), Johanna Braddy (Shelby), Tate Ellington (Simon) dan Graham Rogers (Caleb), pelakon jelita ini memikul tugasan berat di dalam siri ini yang mengisahkan dirinya bergelut dengan latihan kepolisan, perhubungan selain mempunyai kisah silam yang tersembunyi.

Dijangka sebagai sebuah siri musim luruh 2015 yang paling dinantikan, Quantico memaparkan penceritaan kehidupan polis pelatih FBI dari mata seorang pelatih wanitanya. Tiada seorang pun yang boleh dipercayai dan Quantico melancarkan pencarian dalaman mereka untuk mengenal pasti musuh dalam selimut.
Daripada penerbit eksekutif Grey’s Anatomy dan Criminal Minds dan ditulis oleh Josh Safran (Smash, Gossip Girl); Quantico menjanjikan kepuasan maksimum buat peminat mereka.

Quantico akan ditayangkan pada 28 September 2015 pada Isnin, 10:00 malam eksklusif di AXN (Astro 701 dan Astro B.yond 721). Episod 1 dan 2 boleh ditonton secara online untuk prebiu percuma sehingga 27 Oktober 2015.

Tonton trailer di sini www.axn-asia.com/programs/quantico


sumber - www.wanista.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2015 03:52 PM | Show all posts

fbi pakai tudung uols.. first time ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 04:18 PM | Show all posts
masyaallah dia cantik nyer dia utk jd fbi
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:06 PM | Show all posts
susu manyak bisha
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:54 AM | Show all posts
terlepas nk tengok..huhu..kwn iols ckp best..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.164433 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list