CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1813|Reply: 0

5 Rules ‘Crush’ kamu Milik Orang!

[Copy link]
Post time 1-10-2015 09:59 AM | Show all posts |Read mode


                    Girls, perasaan sayang dan cinta memang sukar untuk di jangka. Adakalanya ia timbul pada individu yang tidak sepatutnya seperti kekasih orang, tunang orang atau mungkin juga suami orang. Ya, memang merumitkan dan menyakitkan apabila kamu sedari seseorang yang kamu suka dan sayang itu sebenarnya milik orang lain.

        Namun, jangan rasa tertekan! Itu tidak bermaksud kamu perlu putuskan persahabatan dengannya atau terus jadikan si dia sebagai ‘musuh’ kamu. Jom ikuti 5 rules ini agar kamu lebih matang dan bersabar dengan segalanya.

        # 1 | HORMATI HUBUNGANNYA
        Sungguhpun kamu berdua mempunyai perasaan yang sama terhadap satu sama lain, itu tidak bermaksud kamu berhak hancurkan hati pasangannya. Seorang gadis yang matang adalah gadis yang sentiasa menghormati perasaan orang di sekelilingnya. Jadi tak perlu gunakan taktik kotor untuk curi perhatian jejaka tersebut. Percayalah, jika kamu berdua memang di takdirkan bersama satu hari nanti si dia akan tetap jadi milik kamu. Jadi hormatilah hubungannya yang sudah dimiliki itu.

        # 2 | JAGA BATAS PERGAULAN
        Bila bersama, pastikan kamu sentiasa jaga batas pergaulan kamu. Jangan cuba mengambil kesempatan. Walaupun si dia relakan segalanya jangan jatuhkan maruah kamu sebagai seorang perempuan yang terlalu ‘pemurah’ dengan kasih sayang. Cuba bayangkan jika kamu berada di situasi pasangannya. Adakah kamu selesa dan akan gembira apabila pasangan kamu mempunyai hubungan yang ‘berlebihan’ dengan perempuan lain ?

        # 3 | ELAKKAN BERCERITA TENTANG HATI
        Cuba elakkan dari terus bercerita tentang hati dan perasaan kamu terhadap dirinya. Keadaan ini akan membuatkan kamu kelihatan agak terdesak untuk memburu cintanya. Jangan begitu, sebaiknya cuba jadi diri sendiri dan tenang melalui apa sahaja keadaan.

        # 4 | SENTIASA BERSEDIA
        Dalam keadaan seperti ini, macam-macam boleh terjadi. Secara tidak langsung hati kamu akan menjadi sangat rapuh dan mudah berkecai. Oleh itu, sentiasa ingatkan pada diri dan bersiap sedia untuk menerima kekalahan. Ini kerana kebahagian yang kamu idamkan itu kemungkinan tidak akan kekal selamanya seperti apa yang kamu impikan.

        # 5 | BACK UP PLAN!
        Berkawan juga dengan jejaka/gadis lain. Jangan harapkan si dia seorang. Cuba berkawan dengan orang lain juga sebagai ‘back up plan’. Sekurang-kurangnya apabila si dia meninggalkan kamu atau memulaukan kamu, tidaklah kamu rasa terlalu sunyi dan di bayangi oleh bayangannya. Betul tak ?
        
               
                                                                                                                          
-remaja-

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.414753 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list