CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3387|Reply: 5

himpunan kisah seram-tak berapa seram(pengalaman sendiri dan orang lain)

[Copy link]
Post time 16-9-2015 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hi, selalu saya sr je kat sini.sekali sekala je saya menyampuk kat mana mana thread seram dan share kisah seram yang saya alami.tapi tak semua yang share memandangkan saya tak nak hijack thread orang lain dengan kisah kisah seram-tak berapa seram saya ni.jadi saya pun fikir nak bukak thread sendiri dan ceritakan pengalaman saya dan pengalaman orang lain yg saya tahu kat sini.mungkin tak seseram cite forumer otai yg lain.for those forumer lain yang nak share kisah seram kt thread saya ni pun takpe.

if momod rasa cerita iolss ni tak serem bolehlah diclose atau dihumban kemana mana saje.heeee.okay.panjang pulak intronya.sekarang saya nak bukak cerita masa saya kecik kecik dulu.

Kisah 1 :penampakan makhluk bertelekung puteh. Ku sangka orang, rupanya bukan.

Aku dulu tinggal kat n9.quarters rumah felda. Kawasan rumah tak lah ceruk hutan sangat. Biasa biasa je cuma jauh sikit dari bandar besar. Quarters ni semuanya rumah papan+ batu..rumah lama dan agak kecil. Kawasan quarters ni kawasan berpagar dan besar jugak lah kawasan dia. Banyak rumah kat situ ada rumah pengurus,penyelia dan staff sokongan yg lain.

okay, kisahnya macam ni.malam tu aku lepak kat luar rumah pas isyak rasanya. Masa ni umur aku dalam darjah 3-4 gituw.Kat luar ada orang lain lagi dan kawasan rumah aku agak meriah lah dengan budak budak main main dekat surau berdekatan rumah aku tu. Tengah duduk lepak lepak tu tibe tibe aku ternampak makhluk warna putih duk menyorok belakang pokok pisang depan rumah aku tapi jauh sikit dari rumah aku(kira bukanlah betul betul depan rumah).aku tenyeh mata banyak kali dan sah memang warna putih.bukan 1 tapi ada 2. Yang satu lagi tu duk pusing pusing dekat  pokok macang jugak betul betul depan rumah aku tapi ke depan sikit dari pokok pisang yg ada mahkluk puteh tu. Aku tekejut giler........tapi tak lama lepas tu aku dengar orang gelak gelak. Rupanya ada satu akak tu (tua setahun dari aku) duk kenekan aku konon konon nak takutkan aku lah. Pastu bila tanya dia, siapa kat belakang pokok pisang tu n sapa duk pusing pusing tu dia pulak tekejut.dia cakap mana de dia duk pusing pusing.yg belakang pokok pisang tu pun bukan dia. Dia cuma duk berdiri dkt2 pokok macang tu tapi tak de pun duk pusing2.Sampai sekarang aku tak tahu apa benda makhluk dua eko puteh tu.

Kisah 2 : kak ngah aku sakit dan rumah ditabur pasir

Masa ni aku masih duduk di quarters yang sama. Time ni aku samar samar jugak sebab masa ni aku kecik lagi.aku tak ingat darjah berapa dan aku cite mana aku igt je. Aku ada akak yg aku panggil kak ngah.kak ngah ni dari kecik memang lemah.dia mudah diganggu makhluk halus. Salah satu punca kenapa dia jadi macam tu mungkin sebab dia lemah semangat dan terkejut bila kawan sama kelas dengan dia meninggal dunia.masa ni kak ngah aku darjah 6. Aku tak ingat dia sakit macam mana tapi dengarnya dia kerap pengsan dan meracau. Puas jugak ayah dan mak aku anta dia berubat guna bomoh ( masa tu zaman jahiliah lagi,lebih caya bomoh dari uztaz). Sampai satu tahap ayah aku mintak tolong atuk aku belah mak (bomoh jgk) datang tenggokkan kak ngah aku ni.atuk aku duk phg time tu. Kemuncak kak ngah ni sakit ialah rumah kitorg diganggu teruk. Aku ingat lagi time tu bumbung rumah macam di baling pasir. Lepas tu pintu belakang rumah di ketuk ketuk.bila mak aku bukak tak ada siapa pun belakang rumah tu.lampu bilik terpadam.suspen betul.akak aku start meracau....esoknya atuk aku datang, bawak pakcik pakcik aku yg pandai jgk bab2 bomoh ni dan tengokkan akak aku. Lepas tu abah aku bawak akak aku balik kg dan terus pindahkan dia terus kt kg dan duduk dgn nenek aku (belah ayah) sebab dari apa aku faham akak aku tak sesuai duduk rumah kitorg.ada benda yg asyik ganggu dia. Jadi nak tanak abah aku terpaksa berkorban pindahkan kak ngah aku ke phg wpun dia sedih. Kisah akak aku sakit ni tak benti sampai sini. Dah besar pun dia still kena ganggu sampai dia kawen dapat anak no 1..kisah lain nanti aku share.kalau aku ingat lah..

Kisah 3 : kisah aku dan sheena (bukan nama sebenar) di universiti.

Aku jump terus ke kisah misteri yg aku alami time dah dewasa. Masa ni aku dan sheena study kat u di bangi (sapa tahu diam diam sajer). Masa ni aku dan sheena buat short sem sebab nak habiskan 1 subjek yg kitorg dah tertinggal.if tak amek subjek tu alamat tak grad lah kami berdua. Waktu short sem ni aku dan sheena merancang utk "setinggan" ( duduk secara haram) kat kolej member kitorg.kebetulan dia duduk bilik kawan dia yg lain, jadi bilik dia kosong.aku dan sheena dgn gembiranya terus duduk bilik untuk jangka masa 2 bulan.

Bilik kawan kitorg yg kitorg duduk secara haram tu ialah bilik satu sorg.kiranya bilik tu khas utk sorg je.disebabkan aku dan sheena memang merancang duk sekali plus penakut ya amat sgt jadi weols decide utk share bilik kecik tu berdua. Mula mula tak ada apa yg berlaku.aku dan sheen duduk dgn amannya..

Malam tu sheena berdating dgn bf nya bernama adom. Aku tanak duduk bilik sorg2 sebab blok asrama kitorg tu tak ramai penghuni sbb ada yg dah cuti sem. Jadinya aku pun duduk menumpang sekejap kt bilik si farah ( kawan yg baik ht bagi bilik dia kt ktrg) .bilik farah blok jauh sikit dari kitorg. Sebelum gi dating sheena anta aku gi blok farah dan janji akan jemput aku semula..


Jam dah 12 tengah malam.hujan lebat bagai nak rak.tibe tibe sheena call dan bagitau dia dah sampai depan blok farah dan nak jemput aku balik. Sebabkan sheena dh sampai aku nak tanak kene balik jgk ikut dia.sampai kat kereta aku tak duduk depan.aku duduk belakang sheena.time tu boleh pulak kitorg bergurau gurau.dialog dia lebih kurang macam ni sebaik aku masuk kete dia.

Sheena : eh eh betul ke ni faizah? ( aku )
Aku : eh eh betul ke kau ni sheena?

Pastu kitorg tergelak2 bagaikan benda tu lucu sangat.padahal menakutkan kot.buatnya yg depan tu bukan sheena, yg belakang tu bukan aku tak ke naya........masa ni tak ada apa menakutkan lg.

Sampai je bilik dah kol 12 lebih.hujan tak benti lagi. Aku dan sheena kongsi katil. Ktrg tutup lampu dan tidur. Tengah tengah tido aku rasa semacam.macam ada benda dtg kacau aku.aku tak tahu apa dia.aku takut yg amat sangat.pastu aku dpt rasa bantal aku (bantal kecik panjang garfield) bergerak3 sendiri dalam gelap.macam ada org geral gerakkan.aku bedebar debar.aku geeak sheena dan cakap aku nk bukak lampu sbb takut.dia okay je.aku bukak lampu dan trs pandang.sheena..mata dia merah semacam je.mungkin efek sebab baru bgn tido.aku baca apa yg patut dan tido semula..esoknya aku cite kt sheena bantal begerak2 sendiri dia bt muka tak percaya..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2015 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chocobozhere at 16-9-2015 10:20 PM

Kisah 4 : dikejar sesuatu yang aku tak nampak.

Kisah seterusnya. Masa ni aku dalam umur 20 gituw.cuti sem.Aku dah pindah quarters lain tapi still kt n9 jugak cuma daerah je berbeza. Hobi aku bila kat rumah ialah menyepahkan bilik semahu mahunya. Bila cuti sem je mulalah bilik bagai dilanda tsunami. Malam tu macam biasa aku dah siap siap nak tido. Punyalah teruk perangai ,tilam aku penuh dengan baju baju yang aku kumbah dari beg dan taburkan atas katil tu.sudahnya tak de ruang untuk aku tido terpaksa lah aku tido atas lantai beralaskan karpet sahaja. Aku jenis penakut jadi aku tido bukak lampu. Tengah sedap tido tu aku macam dikejar sesuatu. Susah aku nak gambarkan camne tapi perasaan dia macam ada org dari belakang kejar kau dan kau lari semahu mahu utk selamatkan diri.aku dgn tercuak2 berlari keluar bilik dan terus ketuk pintu bilik makabah aku.bilik makabah aku jauh sikit kt dapur. Aku kene turun tangga baru sampai bilik dorg.aku ketuk ketuk nagis2 sebab aku rasa benda tu dh dekat dengan aku.....bedebar debar toksah cite lah.mak aku bukak pintu dan pelik nape aku nagis2.aku cakap aku takut dan terus ajak aku tido sekali dalam bilik mak aku....aku still menangis wpun dh ada dalam bilik mak aku.esoknya mak aku cakap len kali bilik jangan sepah.iblis suka benda sepah sepah ni..smpi sekarang aku pelik apa benda yg kejar aku tu sebab aku tak nampak.cuma yg aku ingat aku melompat time tido dan terus meluru keluar dari bilik sebab takut yang amat sangat.....aku yakin aku tak bermimpi.


Kisah lain nanti aku share lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Silala share lagi story ok... Kipidap!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
TT kenapa tak sambung lagi? tertunggu2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 09:10 AM | Show all posts


Hi TT,

TT tahun bila study kat U Bangi tu.. hihihi. Bilik sorang tu Flatlet yer? Kolej apa la agaknyer yer tu.. Aku study sama jugak U rasanya dengan TT.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 09:11 AM | Show all posts
Silakan TT sambungkan lagi cerita mistik anda.. berdebar debar dah ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.184754 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list