CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5624|Reply: 17

10 Fakta Menarik Tentang Kapal Titanic

[Copy link]
Post time 8-9-2015 04:49 PM | Show all posts |Read mode


Tanggal 14 April merupakan salah satu tarikh yang akan kekal dalam lipatan sejarah dunia. Pada tarikh ini pada tahun 1912, pada jam 11.40 malam, kapal RMS Titanic melanggar ketulan ais besar di Lautan Atlantik sebelum tenggelam kira-kira 2 jam selepas itu.

Kejadian menyayat hati ini mengorbankan nyawa kira-kira 1,517 penumpang dan anak kapal.
Sebagai memperingati tragedi ini, memetik entri yang dimuatnaik dari sebuah portal [Disini], jom lihat 10 fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Titanic dan malapetaka dahsyat ini.

1. Latihan keselamatan bersama bot keselamatan dibatalkan
Semua orang tahu bahawa Titanic tidak membawa bot keselamatan yang mencukupi, tetapi ramai yang tidak tahu pada pagi hari kejadian, penumpang dan krew Titanic sepatutnya mengadakan latihan kecemasan bersama bot keselamatan. Ia bagaimanapun dibatalkan, dan ramai percaya jika latihan itu dilakukan, ia boleh menyelamatkan lebih ramai nyawa.

2. Hanya 37 saat
Ketika pengawal peninjau memberikan amaran tentang ketulan ais tersebut, pegawai bertugas hanya mempunyai 37 saat untuk melakukan sesuatu. Pembantu kapten, William McMaster Murdoch, mengeluarkan arahan agar kapal dihalakan ke kiri serta merta, namun ia tetap gagal mengelakkan kapal itu daripada melanggar ketulan ais tersebut.



3. Akhbar Titanic
Titanic memiliki akhbarnya sendiri, Atlantic Daily Bulletin yang diterbitkan di atas kapal berkenaan. Ia melaporkan pelbagai berita; perniagaan, politik dan hiburan, malah turut menyenaraikan menu harian yang disediakan di atas kapal.

4. Bot keselamatan tidak penuh
Bukan sahaja tidak memiliki bot keselamatan yang mencukupi, tetapi hampir kesemua bot yang dilepaskan untuk menyelamatkan mangsa tidak diisi sepenuhnya. Bot pertama yang dilepaskan hanya membawa 12 orang walaupun mempunyai kapasiti seramai 40 orang, manakala bot-bot lain ada yang hanya membawa 20 hingga 30 mangsa, walaupun mampu diisi hingga 65 orang.

5. Dua tab mandi
Kebanyakan penumpang Titanic perlu berkongsi bilik air (kecuali penumpang kelas pertama yang mempunyai kemudahan bilik air peribadi). Penumpang kelas ketiga disifatkan paling ‘malang’ apabila terpaksa berkongsi tab mandi. Bayangkan, 700 orang berkongsi dua tab mandi!

6. Kapal paling dekat tidak beri respon
Ketika isyarat kecemasan dilepaskan Titanic, kapal yang berada dalam jarak paling dekat dengannya ialah The Californian. Namun tiada respon dari kapal berkenaan. Krew kapal The Californian dikatakan mengejutkan kapten mereka selepas melihat isyarat kecemasan itu, namun tiada arahan daripadanya untuk bertindak. Jika The Californian bertindak, mungkin lebih ramai mangsa boleh diselamatkan.

7. Dua anjing diselamatkan
Agak mengejutkan kerana ketika orang ramai dimaklumkan bahawa bot keselamatan tidak mencukupi dan keutamaan diberi kepada wanita dan kanak-kanak, dua ekor anjing rupa-rupanya ‘terlepas’ dan berjaya menaiki bot keselamatan dan diselamatkan.

8. Serombong hiasan keempat
Imej Titanic yang biasa kita lihat menerusi foto adalah sebuah kapal besar dengan empat serombong asap. Tetapi daripada empat serombong itu, hanya tiga yang berfungsi. Serombong keempat hanyalah hiasan semata-mata kerana pereka Titanic berpendapat kapal tersebut akan nampak lebih ‘megah’ dengan empat serombong asap.

9. Kapal penghantar surat
Singkatan RMS pada pangkal nama Titanic menggambarkan ia bukan sekadar sebuah kapal persiaran, tetapi juga berkhidmat sebagai penghantar surat. Terdapat 5 buah peti surat disediakan di atas kapal itu, dengan lima pegawai pos bertanggungjawab menyelenggara kira-kira 3,423 surat. Menariknya, tiada satu pun surat-surat ini berjaya ditemui selepas Titanic karam. Jika ada yang berjaya ditemui, ia akan tetap dihantar perkhidmatan pos Amerika Syarikat kerana kebanyakan surat itu dialamatkan ke Amerika Syarikat.

10. Pengurusan mayat
Kapal CS Mackay-Bennett menghabiskan masa lima hari untuk mencari sebanyak mungkin mayat mangsa Titanic. Kapal tersebut dibekalkan dengan 40 bahan pengawet, ais, dan 100 buah keranda. Anak kapal CS Mackay-Bennett berjaya membawa naik 328 mayat, namun 119 daripadanya berada dalam keadaan yang terlalu teruk dan terpaksa dibiarkan ‘tertanam’ di dasar lautan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 05:03 PM | Show all posts
tragis
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 05:05 PM | Show all posts
kenape kapal paling dekat tu tak bagi respon? sedih lak ..
klu yer.. mesti ramai yg berjaya diselamatkan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 05:18 PM | Show all posts
kecuaian manusia membawa kepada kematian manusia jua...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 06:05 PM | Show all posts
kapal yang terdekat tu tak respon mungkin berpendapat yg Titanic sedang membuat latihan kecemasan kerana pada awalnya mungkin sudah dimaklumkan mengenai latihan tersebut... dan mungkin juga tidak menerima info tentang pembatalan latihan itu... mungkin sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 07:58 PM | Show all posts
khailya replied at 8-9-2015 05:05 PM
kenape kapal paling dekat tu tak bagi respon? sedih lak ..
klu yer.. mesti ramai yg berjaya diselam ...

Tapi kalau kapal terdekat dapat berikan bantuan, maka kisah Jake dan Rose tak akan wujud.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2015 09:27 PM | Show all posts
Tambah  lagi..fakta menarik

1. Pemilik kilang coklat Hershey, Milton Hershey membatalkan perjalanannya belayar dengan kapal Titanic, tiket sudah dibeli tapi saat akhir, dia tak jadi naik.


Milton Hershey

2. Chef dalam kapal Titanic - akibat minum alkohol terlalu banyak dan sampai mabuk, masa kapal titanic tu tenggelam, dia terjun ke laut dan dia bernasib baik..tubuhnya tidak tenggelam disebabkan suhu badannya yang naik.



3. Bajet pembikinan filem Titanic oleh James Cameron adalah lebih besar dari bajet pembuatan kapal Titanic itu sendiri..





Lain-lain..

Iceberg




Perahu penyelamat




The Californian





Kronologi tenggelam

Empat hari berlayar, saat itu,  14 April 1912, Titanic menjangkau jarak ribuan kilometer, membelah laut atlantikNamun, keadaan berubah ketika  malam, pada pukul 23.40 kapal megah tersebut menghantam gunung ais, yang sebelumnya beberapa kali telah diperingatkan oleh kapal-kapal lainnya, dengan kronologi sebagai berikut :


Pukul 09.00 – Pesan RMS Caronia, berisi “Bergs, growlers and field ice”.
Pukul 13.35 – Pesan RMS Baltic yang meneruskan laporan kapal Yunani, berisi “Passing iceberg and large quantities of field ice”. Kedua pesan diketahui oleh Kapten Smith dan diberitahukan kepada Bruce Ismay kemudian mengubah arah Titanic ke arah selatan.
Pukul 13.42 – Pesan dari SS Amerika, berisi “Passed two iceberg”. Pesan ini tak sampai ke Kapten Smith dan beberapa pesan selanjutnya juga demikian tak diketahui.
Pukul 19.30 – Pesan dari SS California, berisi “Three large bergs”.
Pukul 21.40 – Pesan dari Mesaba, berisi “Saw much heavy pack ice and great number large iceberg. Also field ice”.
Pukul 22.30 – Pesan dari SS California lagi memerintahkan buat berhenti sebab ada gunung ais.Tapi Jack Philips (operator titanic) memarahi operator SS California sebab dianggap mengganggu kerana ketika itu ia sedang menghantar pesanan penumpang ke Cape Race.
Pukul 23.40 – Titanic melanggar gunung ais (iceberg)



sumber :pulpn.com, binasyifa.com


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 11:09 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-9-2015 09:27 PM
Tambah  lagi..fakta menarik

1. Pemilik kilang coklat Hershey, Milton Hershey membatalkan perjalan ...

terima kasih Ipo berkongsi info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 11:10 PM | Show all posts
4. Bot keselamatan tidak penuh
Bukan sahaja tidak memiliki bot keselamatan yang mencukupi, tetapi hampir kesemua bot yang dilepaskan untuk menyelamatkan mangsa tidak diisi sepenuhnya. Bot pertama yang dilepaskan hanya membawa 12 orang walaupun mempunyai kapasiti seramai 40 orang, manakala bot-bot lain ada yang hanya membawa 20 hingga 30 mangsa, walaupun mampu diisi hingga 65 orang.


kalut sangat time ni agaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 02:08 AM | Show all posts
Oh serombong ke 4 tu hanya for show aje; terima kasih for the info
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 08:44 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 8-9-2015 07:58 PM
Tapi kalau kapal terdekat dapat berikan bantuan, maka kisah Jake dan Rose tak akan wujud.

alaaaaaaa...
lagi sedih dengan org2 lain yg mati kesejukan tu...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 10:05 AM | Show all posts
Ipo replied at 8-9-2015 09:27 PM
Tambah  lagi..fakta menarik

1. Pemilik kilang coklat Hershey, Milton Hershey membatalkan perjalan ...

terima kasih diatas penambahan info yang sangat menarik........

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:19 AM | Show all posts
Menarik..nak share...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:21 AM | Show all posts
Ohh..epik jugak tokey titanic kata tuhan pun xleh tenggelamkan kapal ni..kannn..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:50 AM | Show all posts
Ipo replied at 8-9-2015 09:27 PM
Tambah  lagi..fakta menarik

1. Pemilik kilang coklat Hershey, Milton Hershey membatalkan perjalan ...

good info
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:08 PM | Show all posts
Nampak perbezaan kasta dlm Titanic ni
silap2 yg diselamatkan sikit2 tu org2 kaya je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 12:42 PM | Show all posts
besarnye bongkah ais yang dorang langgar tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 04:45 PM | Show all posts
Menu Terakhir Titanic Berharga RM294,000



NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Harga sekeping menu yang berasal dari kapal persiaran Titanic yang karam pada 15 April 1912 dijangka mencecah sehingga US$70,000 (RM294,000) dalam satu acara lelongan.
Menurut The Guardian, lelongan tersebut dijadualkan berlangsung pada 30 September depan oleh agensi lelongan atas talian, Invaluable.
Surat yang ditulis oleh penumpang asal Titanic yang terselamat, juga akan diberikan bersama-sama lelongan menu tersebut.
Penyumbang menu tersebut, David Lowenherz memberitahu hanya terdapat dua atau tiga lagi menu yang serupa terselamat selepas tragedi berkenaan.
Menu tersebut diselamatkan oleh penumpang Titanic, Abraham Lincoln Salomon dan ditandatangani oleh Isaac Gerald Frauenthal, seorang penduduk New York yang bersama-sama dengan Salomon pada hari kejadian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.097298 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list