CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3062|Reply: 0

[Juadah/Kuih] MENU BUKA PUASA – AYAM PANGGANG ENAK DAN MUDAH

[Copy link]
Post time 3-7-2015 05:22 PM | Show all posts |Read mode


Memandangkan bulan Ramadhan pun tinggal berapa hari lagi, kami ingin kongsikan resepi berbuka puasa yang sedap dan enak yang dikongsi oleh Puan Irni Maizura di laman Facebook.
RESEPI AYAM BAKAR/PANGGANG
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.
Bahan A ( kisar )
  • 3-4 Biji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 10 helai daun kesom
  • 10 batang lada kering
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu ketumbar biji
  • 1 sudu jintan kasar
  • Optional – Belacan dan bunga kantan

Nota : Bahan-bahan A harus dikisar halus dan dimasukkan 3 sudu minyak masak semasa dikisar.
Bahan B
  • 1 senduk sos cili
  • garam secukup rasa
  • gula 2 sudu
  • daun pisang secukupnya
Cara menyediakan hidangan
1. Bahan A ( bahan kisar ) dimasukkan ke dalam kuali dan dipanaskan dengan sedikit minyak.
2. Masukkan ayam yang telah dibersihkan sehingga agak kering dan masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
3. Ambil daun pisang yang telah dibersihkan, kemudian masukkan ayam ke dalam daun pisang. Masukkan baki sambal ayam yang telah dimasak tadi dan lumurkan di atas ayam dan juga di bawah ayam. Lipatkan daun pisang tadi.
4. Letak ayam yang telah dibungkus di atas kuali non stick dan tutupkan. Pastikan api kecil/sederhana.
5. Apabila dah agak masak, tutup api dah hidangkan.
wanista

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    23-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034621 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list