Berfikir cara nabi bertindak cara nabi..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yang sebenarnya minda (pemikiran) kita masih dijajah.. Minda yang bebas tidak akan menyalahkan /menuduh kaum lain sebaliknya membuat koreksi diri..
Minda yang bebas tidak akan menaruh perasaan hasad dengki atas kejayaan kaum lain sebaliknya berusaha bersaing dengan mereka... Merdekalah dalam erti kata yang sebenarnya... Bagaimana tuhan nak mengubah apa yang ada pada diri kita (nasib) kalau kita sendiri masih tak mahu sedar dan berubah? Belajar dari kisah rasul rasul adalah contoh ikutan terbaik.. Para rasul dalam keadaan tertindas boleh bangkit , menang dan berjaya..mengapa tidak kita? Inilah jalan (siratul mustaqim) yang ditempuh oleh para rasul.. bagaimana nak jadikan rasul contoh ikutan? kalau jalan itu adalah untuk ditempuhi selepas mati? (titian sirat) fikir fikirkanlah wahai yang berakal
|