CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1318|Reply: 0

[Lain-Lain] Adab di Bulan Puasa

[Copy link]
Post time 30-6-2015 05:53 PM | Show all posts |Read mode

Gambar: INGimage

Ramadan hanya tiba setahun sekali menuntut kita untuk lebih santun dalam melalui urusan seharian dengan meningkatkan tahap kesabaran bukan saja dari lapar dan dahaga tetapi juga dalam perlakuan serta adab. Agar segala amalan diberkati, sama-samalah kita menjaga tingkah laku yang bukan hanya untuk bulan mulia ini tetapi juga menjadi sebahagian dari amalan gaya hidup seterusnya.


Jaga tutur kata

Kata-kata kesat dan gosip sebaiknya dikurangkan. Bukan apa, tidak  manis untuk khalayak mendengar kata-kata itu terutamanya pada bulan puasa. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut kita adalah senjata tajam terutamanya kepada mereka yang mudah terasa. Jadi, lebih baik jika kita simpan perasaan marah dalam hati daripada mengungkit isu-isu sensitif di bulan mulia ini.


Hemat berbelanja

Bazar Ramadan kembali dengan aneka makanan yang cukup menyelerakan, kalau boleh kita mahu membeli kesemuanya. Elakkan pembaziran dengan hanya membeli makanan secukupnya. Jika anda membeli untuk keluarga atau rakan-rakan, pastikan mereka makan makanan yang anda belikan. Makanan yang tidak cepat basi juga boleh dipanaskan untuk bersahur. Jadi fikir sebelum membeli!


Kurangkan tidur siang

Tidur siang pada hari minggu telah menjadi kebiasaan setelah penat lelah bekerja. Tidak salah jika anda mahu luangkan masa anda dengan tidur tetapi lebih elok jika dikurangkan. Masa terluang boleh diisi dengan aktiviti membuat biskut raya atau mengemas rumah. Ia tidak memerlukan tenaga yang banyak, malah anda mungkin mengasah bakat tersembunyi.

Elakkan makan di tempat awam

Bagi wanita yang sedang datang bulan, seelok-eloknya jangan makan di hadapan mereka yang berpuasa. Lebih baik jika anda makan di kawasan yang lebih tertutup. Tabiat bersembunyi dan makan di surau pejabat pada bulan puasa juga tidak sesuai. Bau makanan boleh mengganggu mereka yang ingin solat.


Jaga tingkah laku

Keterampilan dan adab tertib seseorang membentuk cara mereka membawa diri sendiri. Bersopan santun, berbicara dengan perlahan dan teratur lebih disenangi ramai. Jika anda di bazar Ramadan, elakkan daripada memotong giliran ketika membeli makanan. Bukan sahaja anda kelihatan biadab, ia juga menunjukkan anda lebih gelojoh.


Senyum

Penat dan gusar meniti hari-hari sepanjang Ramadan mungkin menjejaskan emosi anda terpancar ke wajah. Anda tidak mahu dianggap sebagai seorang yang sombong dan menjengkelkan, bukan? Kadangkala senyuman boleh membawa kegembiraan kepada orang lain juga. Ingat, puasa perlu banyakkan bersabar!

eh!



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    23-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.036124 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list