SEBANYAK 11 pasukan mengesahkan penyertaan Badminton Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong 2015 di Kelab Shah Alam Selangor (KSAS) bermula pada 26 hingga 28 Jun ini.
Pengerusi jawatankuasa penganjur, Soon Ee Hooi berkata, ini termasuk empat pasukan luar negara dari Indonesia, Thailand dan Singapura. “Kejohanan ini dianjurkan adalah bagi menghargai sumbangan dan komitmen Kok Keong, pemain Selangor dan Malaysia yang pernah merangkul Piala Thomas pada 1992. “Harapan saya supaya pertandingan ini dapat memberikan kepuasan bukan sahaja kepada pemain tetapi juga peminat sukan badminton yang merindui aksi pemain yang pernah mengharumkan nama negara,” katanya selepas sidang media kejohanan di KSAS, semalam. Turut hadir, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri, Amirudin Shari. Kejohanan yang bakal diadakan di Gelanggang Badminton, Kelab Shah Alam di Seksyen 13 itu nanti mempertaruhkan hadiah wang tunai sehingga RM50,000 untuk dimenangi.
sinarharian
|