Corak permainan teratur dan serangan kreatif jelas memberikan kelebihan kepada skuad bawah 23 tahun Thailand untuk menumpaskan Myanmar 3-0, sekaligus meraih pingat emas dalam temasya Sukan Sea ke-28, Singapura.
Dari awal perlawanan Thailand menguasai permainan, bagaimanapun di babak pertama banyak peluang dipersia-siakan Thailand ditambah pula ketangkasan penjaga gol lawan menyukarkan lagi barisan serangan Thailand.
Kebuntuan gol akhirnya terlerai apabila Taboon Kesarat mengahadiahkan gol di minit ke-54, sebelum Chananan Pombuppha dan Pinyo Inpinit masing-masing menjaring gol pada minit ke 64 dan 78 menerusi gerakan serangan yang mengelirukan.
Thailand dilihat lebih layak untuk memenangi perlawanan dan mempertahankan pingat emas yang dimilikinya dua tahun lalu dengan menunjukkan permainan yang konsisten pada temasya kali ini.
Pingat Perak dimenangi Myanmar sementara pingat gangsa dimenangi oleh Vietnam.