|
(SBS) Mask ~ Joo Ji Hoon, Soo Ae, Yeon Jeong Hun
[Copy link]
|
|
rase Nye suk hoon kawal perasaan die kt mi yeon sbb niat die na balas dendam dr awal..
akhirnya pas miyeon mati bru die sedar yg die mmg syg kt miyeon kot..
sbb klu tgk eunha mati die x sedih sgt pon..
miyeon nih baek sbenarnye..tp sbb cinta die bt ape jek..
klu la yg kawen ngan minwoo bkn muke eunha..mungkin die x benci pon..
kagum btul ngan watak minyeon nih..stress jek manjang..mest susah.. |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni best.... kesian mi yeon, mati kerana cinta. sokong pendapat dekat atas, hero citer ni kurang memberi impak pada cerita. cerita ni hanya nampak kewujudan eun ha, miyeon dan suk hoon tu je. hero terlalu lemah. tapi apa2 pon cerita ni sakura bagi 8/10 bintang. boleh masuk list cerita favourite. |
|
|
|
|
|
|
|
mi yeon mati terjun ke... termiss lah part dia bunuh diri tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia tak ada tunjuk pun terjun tu... dia hanya buat mi yeon tu berdiri dekat atas bukit tu, dan tiba2 dah meninggal. cerita ni sakura lebih terkesan dengan kisah percintaan tak kesampaian mi yeon dengan suk hoon tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
(((((ATTENTION))))))
>> PANDUAN REVIEW <<
|
|
|
|
|
|
|
|
hohoho...ade review session...
tunggu ada idea dulu..
btw dramatv dah xleh view video nye...aduuhh stress rs... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dauswq at 18-10-2015 03:15 PM
MASK
Rating Keseluruhan Drama: (7.8+7.5+7+3.0+3 =28.3/4=7.08)
1. Cerita (7.8/10)
Salah seorang penulis drama Secret (Pemenang Drama of The Year CARI 2013 K Drama Awards) kembali dengan naskhah terbarunya berjudul Mask. Tema cerita ini mempertontonkan 'penyamaran' yang boleh dilakukan atas sebab dua orang mempunyai rupa yang serupa. Seorang yang telah mati, Seo Eun Ha digantikan oleh seorang wanita lain yang 'desperate' kerana memerlukan duit untuk hidup iaitu Byun Ji Sook. Keadaan di penghujung nyawa menyebabkan dia terdesak menerima tawaran penjahat merangkap birasnya untuk menyamar bagi pihak yang telah mati itu dan berkahwin ngan anak jutawan rumah tersebut . Bermulanya sketsa bagaimana dirinya menyesuaikan diri di samping terpaksa tunduk pada Suk Hoon dan hanya menuruti perintahnya.
Sekian lama dia berada dalam rumah dan mula mendapat kepercayaaan si suami, Min Woo, akhirnya dia pun licik dan cuba untuk lari dari memaksa diri mengikut perintah Suk Hoon. Kisah cerita ini cuba dipanjangkan ('drag') dengan interaksi antara Suk Hoon dengan bininya dan Suk Hoon dengan Byun Ji Sook, dan bagaimana mereka mengatur langkah jahat.
Masalah cerita ini berkisar pada logika yang cuba diterapkan oleh penulis. Watak Suk Hoon yang 'intelligent', bagaimana dia mengawal emosi dan perilaku musuh-musuhnya, Min Woo, Ji Sook dan lain sekian lama seperti watak yang bodoh dan meraih simpati. Contohnya, bagaimana dia mengatur plan bahawa Min Woo seorang yang gila dengan mengawalnya melalui psikologi dan ubat-ubatan mereng. Di mana logika watak hebat, intelligent yang dipaparkan sebelum ini? Unsur logika lain seperti plan-plan yang diatur mudah diketahui pihak yang lain dan juga keberadaan Suk Hoon dalam keluarga walaupun sudah diketahui dia seorang yang licik. Watak Mi Yeon, bini pada Suk Hoon, pada mulanya tidak ditonjolkan sangat semakin tampak peranannya dalam menyokong segala tindakan Suk Hoon. Mi Yeon tetap mencintai Suk Hoon walaupun dia sedar Suk Hoon asyik dengan motif dendamnya. Akhirnya, selepas kematian Mi Yeon, Suk Hoon sedar dia hanya mencintai Mi Yeon bukannya Seo Eun Ha, one of the hightlight babak antara yang menyelamatkan keperpanjangan cerita ini dalam asyik meneroka hubungan kompleks 2 pasangan ini dan hubungan pak turut, Min Woo pada si isterinya, Ji Sook.
Jika dibandingkan dengan Secret, I would say Secret has more appeal kerana kemantapan jalan cerita yang berkisarkan dari dendam akhirnya membawa kepada cinta.
2. Keberkesanan Lakonan (7.5 /10)
Soo Ae [Best Actress]
Soo Ae berjaya bawa watak yang berbeza dari classy & egoistic kepada desperate & charming. Walaupun watak ini tidak sangat mencabar Soo Ae seperti mana wataknya yang hebat sebagai perempuan puaka dalam Queen of Ambition, tetapi Soo Ae berjaya bawa watak perempuan yang mulanya mudah dikawal oleh orang lain (wtk ni sangat dibenci awalnya menunjukkan dia melakonkan dgn baik sekali) tetapi akhirnya berjaya ubah kepada wtk yg charming, independent dan sedikit licik.
Joo Ji Hoon
Wtknya dlm drama ni not my cup of tea. Sekadar menjadi pak turut. Lemah dan tidak bijak dalam buat keputusan.
Yun Jung Hoon
Dia terlalu overexpress wataknya sebagai Suk Hoon dalam drama ini tetapi masih nailed watak Suk Hoon. Kata tak cintakan Seo Eun Ha, tp dlm diam jatuh cinta Ji Sook. Bermacam aturan dibuat utk memusnahkan Ji Sook dr pandangan ataupun jatuhkan Min Woo. Byk bermain emosi scr 'subtle' dalam drama ni dilema antara dendam dan cinta. Akhirnya, Mi Yeon yg jelas dicintainya.
Yoo In Young [Best Supporting Actress]
Watak Mi Yeon agak perahsia. Tetapi yang menarik perhatian adalah interaksinya dengan Suk Hoon bagaimana dialog 'lie' ataupun penipuan yang disangka betul menceritakan hubungan 'cinta' tak kesampaian yang terjalin antara mereka. Pengakhirannya agak tragis. The only thing annoying pasal aktress ini adalah suaranya.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7/10)
Sinematografi cerita biasa2 jek tetapi agak darky bila melibatkan Seo Eun Ha.
Instrumental dimainkan menaikkan perasaan kebencian dan ketidakadilan yang berlaku.
Pengarah tidak banyak memfokuskan scene scene penting yang menjadi tunjak kepada jalan cerita.
Skinship Ji Sook - Min Woo pula agak berlebihan sehingga memualkan kerana watak Min Woo tidak digarap dengan baik sbg seorang suami.
4. Skor muzik (3/5)
Intrumental sesuai..
Lagu tak byk dan tidak evergreen..tp masih fit ngan cerita
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
Ada kemungkinan utk ditonton semula
--------------------------------------------------------------------------
TOTAL = (7.8+7.5+7+3.0+3 =28.3/4=7.08)
Nomination: Soo Ae, Yoo In Yoong
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
kat ne nak donlot cite ni...
dahtgk full drama....tp kat oneHD
now nak simpan wat koleksen |
|
|
|
|
|
|
|
try tgk dlm website
myasiantv.com
kat situ diorg ada letak direct link download drama or movie yg dah hardsub
|
|
|
|
|
|
|
|
Rajin nye u @dauswq
Baru nak carik idea dah anak dtg tanya mcm2 soalan. Sabar je lah. |
|
|
|
|
|
|
|
tak per
slow2 ..
ade mase sesuai, baru hantar review
|
|
|
|
|
|
|
| |
|