CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11684|Reply: 6

Kucing Hutan

[Copy link]
Post time 21-5-2015 12:10 AM | Show all posts |Read mode
AnAK KuCiNg HuTaN



Salam w.b.t
Aloha.


Alkisahnya dulu aku ada terjumpa kucing hutan ini. Comel gila. Bulu cantik sangat. Kisah ini bermula disuatu senja aku terdengar bunyi kucing yang sangat pelik. Bunyi suara kucing tuh macam dia sakit tekak. (serius tak tipu). Macam bunyi kucing sakit kena langgar pun ada. Aku pun terintai-intai cari mana datang bunyi. Then, terjumpa anak kucing ni ngah jejalan sambil mengiau giau. Bulu dia cantik. Memang sah lah kucing hutan.


Nak ambil tapi dia liar sangat. Berterabur dia lari bila aku datang dekat. Aku pun lupakan jelah hasrat dihati nak ambil dia. Then, malam tuh pukul 2 pagi. Aku terjaga dari tidur dengar bunyi kucing tuh lagi. Aku pun berani kan diri keluar pergi cari kucing tuh. Belakang rumah aku ada hutan kelapa sawit. Kucing hutan tuh datang nya dari situ lah. Aku senyap-senyap pergi kat tepi hutan cari dia. Kol 2 pagi kot. Gila. Masa pergi tak fikir cuak ke hape kan. Lagi pun masa tuh kucing aku pun ada sibuk mengikut.


Lawa kan bulu dia.
Then, tetiba kucing hutan tuh datang. Kucing hutan tuh pergi kat kucing aku. Aku pun apa lagi tangkap dia bawak balik rumah. hehe. Then mak aku bangun, tak pasal-pasal aku kena marah. haha. Tapi reda lah marahnya sebab aku berjaya bawak si comel tuh. kwang kwang. Dia dari kucing yang lain. Tak makan whiskies2 ni. Dia makan buah limau tau. Then bagi makan ayam mentah. yelah dia kan kucing hutan.


Esok hantar pergi kedai haiwan. Kena ada lesen tau nak bela dia. Tapi akhirnya lepaskan dia kat hutan balik. Sebab orang kedai haiwan tuh cakap dia tak sesuai habitat macam kucing yang lain ni. dibelai dimanja. Dia liar. Nanti dia boley mati. Kalau bela dia dari baby tak apa. Then hantar dia kat hutan balik. So, sad.


Comel dia. Geram
# Macamlah agaknya dia sekarang. entah hidup ke tak.



sumber - http://lalacutesangat.blogspot.com/2012/02/anak-kucing-hutan.html

Single Polls, Total 5 Users voted
80.00% (4)
20.00% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2015 12:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2015 12:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:23 AM | Show all posts
tapi iol takut kucing
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 10:26 AM | Show all posts
kucing utan mmg cantik,tapi nak tanya tt la..
kucing utan ni ganas atau macam kucing kucing biasa aje..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2015 06:20 PM | Show all posts
HANIMUSLIMAH replied at 21-5-2015 10:26 AM
kucing utan mmg cantik,tapi nak tanya tt la..
kucing utan ni ganas atau macam kucing kucing biasa a ...

jika kita bela dia dari kecik,
dan manjakan dia....cara bela yg betul, dia akan manja dengan kita...selalu gosok dia...selalu belai dia...

tapi saya rasa tahap manja dia tak lah setinggi manjanya kucing biasa....

sedangkan harimau dan singa pun orang boleh manjakan, jika dibela dari kecil ....dia akan kenal kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2019 01:47 PM | Show all posts
Asian Leopard cat a.k.a kucing hutan ni memang cantik. Perangai pun menarik juga. Boleh nak jinakkan walaupun dah besar dengan syarat kena bonding dengan tiap hari. Sakanlah kena gigit dalam masa tu. Kalau tak bonding, tak akan jinaklah selamanya. Malah kalau jinak pun jinak dgn org yang selalu bonding dgn dia je.

Tapi sapa jumpa kucing hutan atau orang bagi ke atau nak beli ke, lupakan je lah hasrat tu. Selain daripada risiko kena saman dengan perhilitan, yang paling kesiannya kucing tu sendiri sebab habitat dia lain. Tak sesuai bela dalam rumah. Dia tak berak kencing macam kucing. Lepas berak dia suka bersih bontot dia dengan air. Jarang sekalilah ALC nak pasir kucing.

Lepas tu tak boleh nak hantar ke vet kalau sakit sebab vet tak terima kucing eksotik ni sebab dia spesis dilindung. Mau ko kena report bela. Serius kalau ikutkan hati memang nak bela lagi, tapi tak sanggup kehilangan lagi. Pedih sangat bila dah terlalu attach dan dia tinggalkan kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.660573 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list