Pemain pertahanan Harimau Malaya yang juga pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Amirizdwan Taj Tajuddin bakal memyertai pasukan Kelantan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia musim ini. Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan) Tan Sri Annuar Musa menerusi laman facebook miliknya.
Beliau berkata," Sebagai usaha memperkasakan lagi The Red Warriors terutamanya pertahanan dan pertahanan tengah, KAFA dengan persetujuan pelepasan ATM, akan membawa masuk pemain pertahanan Harimau Malaya, Amirizdwan Taj.
"Beliau akan didaftarkan esok (hari ini) dan mula berlatih bersama TRW minggu depan... Selamat kembali berbakti kepada negeri bersama The Red Warriors".
Anak jati Kelantan itu memulakan kerjaya bola sepaknya bersama pasukan Uitm sebelum berpindah ke ATM pada 2012. Beliau antara pemain penting yang membantu ATM memenangi Liga Perdana pada 2012, sekaligus membawa pasukan itu ke saingan Liga Super.
sumber:www.stadiumastro.com
|