CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1848|Reply: 0

COMOS sudah bersedia terima pendaftaran

[Copy link]
Post time 28-4-2015 10:33 AM | Show all posts |Read mode


Program Perkongsian Kenderaan Elektrik (EV) atau Cohesive Mobility Solution (COMOS) akhirnya telah bersedia menerima pendaftaran daripada orang awam yang menetap di sekitar Lembah Klang. Berita baik ini telah pun diwar-warkan di laman FB rasmi COMOS semalam.

Ini merupakan program usaha sama awam-swasta antara CMS Consortium, Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Malaysian Green Technology Corp ini berazam mahu menjadikan COMOS sebagai perkhidmatan E-mobiliti lengkap dengan menyepadukan pelbagai bahagian ekosistem EV dan rangkaian nilai, termasuk penyediaan stesen pengecas EV, kumpulan operator EV, operator pengurusan parkir dan operator rangkaian telekomunikasi.

Antara model EV yang terpilih menyertai COMOS ialah Renault Zoe, Renault Twizy, dan Nissan Leaf.

Untuk menyewa EV ini, pengguna hanya perlu mendaftarkan diri melalui aplikasi di telefon bimbit atau laman web untuk menempah EV termasuk menyatakan lokasi pengambilannya. Kemudian pengguna akan mengambilnya di lokasi berkenaan dan mula memandu EV di destinasi yang bersesuaian.

Untuk memulangkan semula EV ini, pengguna hanya perlu pergi ke stesen pengecas yang terpilih, sentuhkan kad COMOS pada kios utama dan menandakan EV tersebut dikembalikan secara automatik. Proses pembayarannya akan dilakukan menerusi perkhidamatan dalam talian dan pengguna akan menerima SMS pengesahan selepas transaksi pembayaran selesai.

Buat masa ini, COMOS telah memperkenalkan harga promosi terhad untuk menyewa mana-mana EV yang disediakan, iaitu hanya RM50 sahaja (harga normal ialah RM300). Ini melayakkan anda menggunakan kenderaan COMOS selama satu tahun dengan harga bulanan sebagai ahli seperti mana yang ditawarkan ini.

Untuk promosi ini, anda boleh mengambil dan mengaktifkan kad COMOS dengan wakil yang sah di Menara UOA, Bangsar bermula 27 April sehingga 16 Mei ini.


kredit:www.infokereta.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073409 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list