CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3888|Reply: 1

Isuzu MU-X sedang dipertontonkan di Alamanda Putrajaya

[Copy link]
Post time 24-4-2015 08:47 AM | Show all posts |Read mode


Selepas menjejaki kelibat Isuzu MU-X yang berseragam camouflage di Taman Tun Dr Ismail, model SUV tujuh-tempat duduk ini kini sedang dipertontonkan di pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya.

Rasa teruja juga menantikan pelancaran MU-X di Malaysia memandangkan model ini telah lama berada di negara jiran, Thailand. Acapkali juga pertanyaan kepada Isuzu Malaysia mengenai model ini bila hendak dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Jawapan mereka… masih belum bersedia.







Pada Januari yang lalu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida, bercerita kepada InfoKereta.com sewaktu menyertai Isuzu Dura Mission 2015 di Sabah, MU-X yang turut dikenali sebagai ‘Raja Diesel’ akan dilancarkan pertengahan tahun ini. Dan perkhabaran terbaru dari Isuzu yang turut mengesahkan ia bakal dilancarkan pada awal Jun ini.

Menurut sumber, untuk pasaran Malaysia, MU-X bakal dijanakan oleh enjin 2.5 liter Ddi VGS Turbo. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 3,600 rpm dan tork setinggi 320 Nm pada 1,800 hingga 2,800 rpm.

Ia bakal ditawarkan dengan dua varian iaitu 4×2 dan 4×4, dilengkapi dengan kotak gear automatik lima-kelajuan bersama mod manual. Malah MU-X turut mengaplikasikan D-Max’s Terrain Command 4WD yang membenarkan pemandu menukar antara operasi 4×2 dan 4×4 pada kelajuan 100 km/j.








Bagi varian 4×4, ia bakal dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17-inci (4×2 hanya 16-inci), logo 4WD pada bahagian atas lampu belakang dan kamera undur.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan skrin paparan yang turut berfungsi sebagai sistem navigasi, paparan kamera undur dan pemain DVD (hanya sistem audio standard bagi 4×2), tempat duduk dan roda stereng balutan kulit, butang audio pada stereng, kawalan kelajuan dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) termasuk ABS dan EBD.

Harga jangkaannya pula kemungkinan besar sekitar RM160k. Infokereta.com akan membawakan maklumat mengenai SUV ini dari masa ke semasa.


kredit:www.infokereta.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 01:11 AM | Show all posts
RM160k memang tak laku la jawabnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.147639 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list