CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2107|Reply: 0

Fazly Mazlan mahu bantu JDT II juarai Liga Perdana

[Copy link]
Post time 24-4-2015 08:39 AM | Show all posts |Read mode


Pertahanan Johor Darul Takzim II (JDTII) Fazly Mazlan menggangap beraksi di suku akhir Piala FA berdepan Lions XII malam tadi merupakan satu pengalaman yang cukup berharga.
Fazly baru saja diserap dalam senarai barisan JDT II musim ini dan ternyata masih banyak perkara yang perlu dipelajari tatkala nama Fazly masih baru dalam saingan bola sepak Malaysia.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang itu menyaksikan JDT II tewas dengan jaringan 2-0.

"Kami tidak pernah sampai ke tahap ini dan walaupun kami dah berikan yang terbaik dengan bermain bersungguh-sungguh ternyata rezeki tidak menyebelahi kami.

Lawan Lions XII sememangnya pengalaman yang berharga buat saya," ujar pemain berusia 21 tahun itu.

Walaupun terkandas di suku akhir, Fazly percaya mereka mampu bangkit dan perbaiki prestasi di Liga Perdana.

Dia turut menyuarakan keyakinan untuk bantu skuad Harimau Selatan itu untuk menjuarai Liga Perdana.

"Saya harap dalam saingan liga nanti kami akan mencatat kemenangan berterusan selepas tewas tiga perlawanan berturut," katanya.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.156085 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list