Walaupun meraih keputusan yang mengecewakan Sabtu lalu, Terengganu tetap memiliki keyakinan tinggi untuk mengatasi Perak untuk ke pusingan separuh akhir Piala FA. Terengganu tumbang 3-1 di laman sendiri minggu lalu dalam saingan Liga Super sekaligus membawa keresahan buat penyokong mereka.
Namun jurulatih Sang Penyu, Abdul Rahman Ibrahim optimis pasukannya sudah bersedia ketika bertandang di Stadium Perak dan memberi jaminan anak buatnya sedia mengerahkan segala kudrat untuk memastikan kemaraan.
"Keputusan harus dicapai antara perak dan Terengganu.
"Saya yakin pemain sudah bersedia secara mental walaupun agak kepenatan. Jadi kami akan masuk padang dengan satu harapan dan semangat untuk mencari kemenangan," tegas bekas pengendali PKNS FC itu.
sumber:www.stadiumastro.com
|