Johor Darul Takzim (JDT) melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas berjaya menundukan Kelantan 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Pasukan pelawat terlebih dahulu berada didepan seawal minit ke 9 menerusi jaringan Iwuji Augustine Amamchi selepas mendapat hantaran import Brazil Gilmar Jose da Silva Filho.
Kelantan mendapat peluang menggandakan jaringan menerusi Gilmar namun jaringanya dibatalkan pengadil kerana berkedudukan ofsaid.
Sebaik perlawanan diteruskan, JDT mula memperkemaskan permainan dan mula melancar serangan berbahaya.
Gandingan Patito, Safiq Rahim, Hariss Harun dan Amri Yahyah mula menampakkan bisa dan akhirnya import Singapura Hariss Harun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 18 sebelum Alhaji Kamara meledak gol kedua JDT 3 minit selepas itu.
Amri Yahyah melengkapkan malam penuh malang buat The Red Warrior apabila menjaringkan gol ketiga perlawanan.
Skuad kendalian Azraai Khor jelas hilang rentak walaupun beraksi baik 10 minit pertama perlawanan, pemain seakan-akan tersentak dan hilang tumpuan sebaik jaringan Gilmar dibatalkan.
Barisan pertahanan kerap kali longgar dan mudah ditembusi JDT dan kehilangan tonggak import Jonathan McKain yang mengalami kecederaan jelas memburukan lagi keadaan.
Keputusan ini menyaksikan Kelantan jatuh ke tangga ke 10 hanya 2 mata dibezakan dengan ATM yang berada di zon penyingkiran bersama Sime Darby.
Keputusan lain:
Sarawak 1-1 ATM
Selangor 4-0 Lions XII
Sime Darby 1-3 PDRM
Terengganu 1-3 Felda Utd
sumber:www.stadiumastro.com
|