Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kali ini dihujani kritikan hebat selepas berita mengenai ranking skuad bola sepak negara jatuh ke kedudukan 164 dunia tersebar beberapa hari yang lalu. Menurut laporan di akhbar Harian Metro, kumpulan 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ)' antara yang paling lantang mengkritik FAM mengenai isu ranking dunia FIFA tersebut.
Disamping itu, persatuan tersebut mempersoal tindakan FAM yang terlalu pentingkan aksi persahabatan berdepan kelab dari Liga Perdana Inggeris yang jelas tidak akan memperbaiki kedudukan ranking negara.
Beberapa hari yang lalu, ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA menunjukkan skuad negara jatuh 11 anak tangga dari kedudukan 153.
Berbanding negara Asia Tenggara lain, Malaysia dibelakang Vietnam (125), Filipina, (139), Thailand (142), Timor Leste (152), Indonesia (159) dan Singapura di tangga 162.
Paling mengejutkan skuad negara berada di belakang Bhutan yang menghuni tangga ke 163 dunia.
sumber:www.stadiumastro.com
|