View: 1849|Reply: 0
|
Kisah Brendan Gan jadi pendorong Davies
[Copy link]
|
|
Pertahanan baru skuad Tok Gajah Matthew Davies jadikan kisah pemain Kelantan Brendan Gan sebagai penyuntik semangatnya untuk melakar nama antara pemain terbaik yang beraksi di Liga Malaysia.
Seperti Brendan Gan, Davies turut mengambil langkah besar dengan menukar kerakyatan Australia miliknya untuk menjadi rakyat Malaysia.
"Jika dia mampu melakukannya saya pasti saya juga turut mampu mengulangi pencapaianya disamping berusaha melakar kejayaan bersama Pahang," kata pemain berusia 20 tahun itu.
Nama Matthew Davies menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila berita mengenainya tersebar selepas Pahang mengumumkan pemain baru mereka itu.
Davies layak menyarung jersi kebangsaan kerana ibunya berasal dari Sabah dan pemain itu tidak menyembunyikan hasratnya untuk mewakili skuad bawah 23 tahun negara beraksi di Sukan SEA Singapura.
"Setiap perlawanan bersama Pahang adalah satu ujian bagi saya menyertai skuad Sukan SEA jadi saya akan berikan yang terbaik agar dipilih Datuk Ong Kim Swee," ujarnya.
sumber:www.stadiumastro.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|