CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2141|Reply: 0

"Sabtu ini detik penting buat saya" - Chong Wei

[Copy link]
Post time 8-4-2015 09:32 AM | Show all posts |Read mode


        Penentuan karier jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dijangka terjawab Sabtu ini.


    Beliau bakal berhadapan panel pendengaran di Belanda berhubung dakwaan mengambil bahan terlarang 'dexamethasone'.

Beliau pagi tadi berlepas ke London untuk bertemu peguamnya Mike Morgan sebelum ke Amsterdam.

Turut serta Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh serta Anggota Majlis BAM Jadadish Chandra.

Isterinya Datin Wong Mew Choo serta anak mereka Kingston Lee turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pemergiannya.  

Memberitahu pemberita sebelum berlepas, Chong Wei optimis panel tersebut akan melihat secara holistik kes berkenaan.

"Ini adalah detik penting untuk saya. Saya harap semua pihak akan terus memberi sokongan kepada saya. Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin.

"Saya berterima kasih kepada penyokong saya. Mungkin keputusan akan diketahui Sabtu ini atau seminggu selepas perbicaraan. Saya akan kemaskini  keputusan tersebut dalam Facebook nanti," katanya.

Ketiadaan beliau pada Terbuka Malaysia minggu lepas ternyata membawa kesuraman kepada kejohanan berprestij itu.

Chong Wei kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) setelah gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada Ogos tahun lalu.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.375382 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list