View: 2159|Reply: 0
|
Chen Long juara Terbuka Malaysia
[Copy link]
|
|
Chen Long membuktikan zaman Lin Dan sudahpun berakhir apabila jaguh berusia 26 tahun itu berjaya menewaskan rakan senegaranya 20-22,21-13,21-11.
Pada set pertama kedua jaguh badminton itu memperagakan corak serangan tanpa henti sehinggalah memaksa ke mata deuce.
Namun pengalaman yang ada pada Lin Dan memberikan pemain berusia 31 tahun itu sedikit kelebihan untuk memenangi set pertama.
Lain pula ceritanya pada set kedua dengan Chen Long yang kembali menguasai gelanggang tatkala Lin Dan jelas kelihatan letih.
Lin Dan sering gagal menyambut pukulan Chen Long di bahagian kirinya dan kerap kali melepaskan peluang untuk membalas pukulan yang mudah.
Pada set ketiga, Chen Long mengukuhkan permainannya sehingga meninggalkan Lin Dan 13-4, namun selepas itu Lin Dan memperkemaskan pukulan dan berjaya mengejar sehingga 13-10.
Walaubagaimanapun, Lin Dan gagal meneruskan momentumnya dan Chen Long dinobat juara dengan memenangi set ketiga 21-11.
sumber:www.stadiumastro.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|