Pagani Hyuura ialah sebuah lagi kereta mewah yang tak mampu kita miliki. Ianya dijual pada harga USD 1.2 Juta (RM 3.6 juta) sebuah dan hanya 40 "Wai-Rah" akan dibina. Ia mengambil nama tuhan angin masyarakat Inca iaitu Huayra-tata. Pagani Hyuura dibina menggunakan gentian karbon untuk memastikan kereta ini mempunyai berat yang paling minimum. Ia diperkasakan dengan enjin V12 6 Liter 720 kuasa kuda yang membenarkan kenderaan ini memecut sehingga 370 kilometer sejam.