|
Kekalahan sekuad bolasepak senior dan junior kebangsaan minggu ini amat mengecewakan peminat-peminat bolasepak tanah air. Ramai yang mengharapkan skuad bolasepak kebangsaan dapat merubah hala tuju bolasepak negara pada masa hadapan.
Namun apa yang berlaku pada minggu lalu sudah tentu menjadi satu pengajaran kepada kita kerana jurang diantara negara kita dan asia serta negara serantau terutama dari aspek teknikal dan kekuatan fizikal.
Ini kita perlu akui kerana apa berlaku itu memang jelas bahawa negara kita masih perlu berkerja keras untuk memastikan bolasepak kita pada suatu hari nanti mampu bersaing dengan kuasa bolasepak asia dan dunia terutamanya.
Bukan tugas mudah untuk badan induk bolasepak negara membawa perubahan secara mendadak kerana ia perlu kerjasama daripada semua pihak terutama persatuan negeri mencari formula bagaimana kaedah terbaik untuk melahirkan generasi bolasepak moden yang mempunyai kecerdasan minda selain kekutan fizikal dan mental.
Perkara ini perlu dilihat dari semua sudut kerana baik dari segi teknikal dan taktikal tetapi yang lebih penting bagaimana karektor pemain itu untuk mencapai impian mereka sendiri dalam mengejar cita-cita mereka sebagai pemain professional.
Pemain-pemain muda ini perlu meletakkan satu sasaran tertinggi mereka untuk menjadi pemain bolasepak sekiranya ingin menjadikan kerjaya bolasepak ini sebagai sumber pendapatan mereka. Mereka perlu mengrobankan masa remaja mereka, dimana perlu mencari kaedah latihan secara individu supaya dapat memperbaiki dimana yang kurang dan menambah yang baik.
Mereka tidak boleh merasa puas dengan kejayaan yang mereka kecapi tetapi perlu terus berdikari untuk mengekalkan prestasi yang konsisten, ini kerana dengan penambahan latihan itu akan menjadikan mereka seorang pemain yang sentiasa untuk memajukan diri.
Itulah sikap poisitif perlu ada pada pemain-pemain muda dan generasi mendatang kerana sikap ingin menang itu sudah diterapkan oleh jurulatih semasa latihan lagi.
Ambillah iktibar ini supaya kita semua boleh pandang kehadapan sama-sama mencari solusi bagaimana bukan masanya untuk meletak kesalahan kepada pihak-pihak berkenaan. Dimana kita perlu duduk semeja berbincang dan berfikir mencari kaedah terbaik untuk kemajuan bolasepak negara.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|