Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengizinkan T-Team menggunakan dua pemainnya untuk memperkemaskan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia. Presiden PBSNT, Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abdul Hamid berkata dua pemain berkenaan ialah penyerang Izzaq Faris Ramlan dan penjaga gol, Mohamad Izzuddin Mohd Hussin.
"Kita memberikan dua pemain ini untuk memperkuatkan pasukan tersebut," katanya.
Menurut beliau pemain tersebut akan beraksi bersama T-Team apabila jendela pendaftaran pemain musim kedua dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bulan depan.
Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahizan Mohd Zain ketika diminta mengulas mengenai pemain itu, berkata beliau yakin pasukan T-Team bertambah mantap.
"Lebih-lebih lagi kehadiran Izzaq Faris bekas pemain penyerang skuad Harimau A akan bertambah menyengat lagi jentera serangan T-Team," katanya.
Selain dua pinjaman itu, beliau berkata T-Team akan mendaftarkan pemain tempatan, Mohamad Izzuddin dan pemain import Croatia, Josip Milardovic.
Beliau berkata T-Team mungkin akan menurunkan pemain-pemain tersebut apabila bertemu Sabah di perlawanan Liga Perdana di sini pada 3 April ini.
sumber:www.stadiumastro.com
|