View: 1344|Reply: 0
|
Isu Nwaneri-KAFA ada petanda positif
[Copy link]
|
|
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melihat perkembangan membabitkan perbincangan daripada pihak Obinna Nwaneri dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai petanda positif isu ini selesai selewat lewatnya Jumaat ini.
Jika KAFA sebelum ini sukar di hubungi Nwaneri, situasi kini berubah dan sudah ada perbincangan melalui kedua belah pihak.
Walaupun perbincangan hanya melalui talian telefon, Hamidin menganggap isu Nwaneri dan KAFA akan selesai dalam masa yang singkat.
Hamidin berkata, dia tidak menolak akan ada pertembungan 4 mata membabitkan kedua pihak ini, seperti mana permintaan KAFA yang mahu selesaikan isu ini diluar dari seliaan FAM.
KAFA dilaporkan gagal menjelaskan tunggakan pampasan yang bernilai RM270,000. Jesteru, Nwaneri mengambil pendekatan dengan memilih saluran media untuk menyuarakan isu ini selepas gagal berbincang secara peribadi dengan bekas majikannya itu.
Kisah berpanjangan isu ini bermula 11 Februari lalu membabitkan tuntutan pampasan gaji 7 bulan daripada KAFA sehigga dia berhasrat untuk membawa kes ini ke perhatian FIFA.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|