View: 1755|Reply: 2
|
Dollah mampu bentuk skuad mantap
[Copy link]
|
|
Pengendali skuad Harimau Malaya Dollah Salleh mungkin mempunyai masa singkat untuk membentuk skuad yang layak ke final Piala Suzuki AFF 2014 namun dengan tempoh masa yang panjang dimiliknya ketika ini situasi nyata berbeza.
Berdepan Oman pada 26 Mac ini menjadi medan terbaik untuk Dollah menguji pemain yang telah dipanggil.
Banyak muka baru yang dipilih Dollah untuk berdepan Oman antaranya Ahmad Syamim Yahya (Felda United) serta dua pemain Johor Darul Tazim II (JDT II), Che Rashid Che Halim dan Muhammad Akram Mahinan.
Walaubagaimanapun, Dollah tetap menyenaraikan muka lama seperti Amri Yahyah dan Indra Putra Mahayudin dalam skuad kebangsaan yang dilihat mampu menjadi "role model" buat pemain muda lain.
Tindakan berani Dollah telah menerima maklumbalas positif antaranya dari pemerhati bola sepak negara Khalid Ali yang beranggapan pengendali Harimau Malaya itu mampu menyuntik nafas baru dalam skuad kebangsaan.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Punggung Mat Yo yang mantap pun sudah cukup. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Khalid Ali tu BFF dia mesti la sokong |
|
|
|
|
|
|
| |
|