CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1225|Reply: 0

Alcatel OneTouch Hero 2+ Dengan Cyanogen

[Copy link]
Post time 12-3-2015 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Lewat ini, banyak pengeluar telefon pintar mula beralih dari memasang Android OS pada telefon pintar keluaran mereka kepada Cyanogen OS. Kebanyakannya berbuat demikian kerana mahu melepaskan diri dari cengkaman Google di samping masih mendapat akses kepada aplikasi Android. Terbaharu, Alcatel melancarkan telefon pintar Alcatel OneTouch Hero 2+ yang dilengkapi Cyanogen OS 11.

Alcatel OneTouch Hero 2+ Dengan CyanogenMenurut Android Authority, Alcatel OneTouch Hero 2+ merupakan telefon pintar ketiga yang menyokong Cyanogen OS secara native selain OnePlus One dan Micromax Yureka. Tidak mengejutkan bahawa telefon pintar ini mirip satu lagi model telefon pintar Alcatel, OneTouch Hero 2 yang menjalankan Android, memandangkan ini merupakan salah satu cara untuk mempelbagaikan produknya tanpa mengubah perkakasan.

Ini bermakna telefon pintar ini didatangkan dengan perkakasan yang sama dengan model Android, termasuk skrin 6 inci, pemproses Octa core, 2GB RAM, kamera 13 dan 5 megapiksel dan pen stylus terbina dalam.
Telefon pintar ini dijangka akan mula dipasarkan di US dalam suku kedua tahun ini pada harga USD 300. Setakat ini, maih belum ada lagi telefon pintar Cyanogen dipasarkan secara rasmi di Malaysia. Seperti biasa, kajian pasaran perlu dibuat sebelum para pengedar berani untuk membawa masuk model telefon pintar Cyanogen ini. Jadi, kita tunggu dan lihat samada ada pengedar yang mampu membawanya memasuki pasaran Malaysia atau tidak, bergantung kepada permintaan pasaran Malaysia.

kredit:www.techkini.com



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055188 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list