View: 1768|Reply: 6
|
santai bicara : popularity - really trivial matter but hmm...
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 12-3-2015 07:18 AM
Assalamualaikum warahmatullah
well...beberapa hari lepas saya sempat terbaca tentang isu atau kaedah pengiraan atau penyukatan darjah 'populariti' seseorang dalam media sosial.
Ada dikatakan bahawa perlunya penambahbaikan dengan sistem penyukatan populariti 'seseorang' dalam satu acara / anugerah yg pada masa kini terdapat beberapa kelemahan akibat dakwaan wujudnya ruang dimanipulasi pihak tertentu. Okay saya merujuk tentang artis yg memberi komentar tentang sistem penyukatan populariti.
so, oleh kerana ini adalah satu discussion yg santai - jadi pada saya benda ni tak bawa STRONG SENTIMENT pada saya cuma ...dalam bena hati saya dan kepala yg agak ketepuan sekarang ni - saya just tergelak kecil jelah dan tersenyum . well , this is partly because , amidst all the problems faced by muslim in thsi whole wide world - well alhamdulillah ye , ada segolongan masyarakat Malaysia boleh bercakap tentang soal ' penyukatan populariti'
wow - u - populariti = satu aspek dalam kehidupan dunia ....yg agak pada saya amat amata dy/ dx menuju ke 0 - trivial sifatnya
i mean pada saya secara kasar - who wants to delve into such matters , kan? sapa kisah pun? alahai ...
tapi dari aspek lain terfikir jugak saya tentang
a) apa itu populariti?
b) adakah Islam mempunyai tasawwur atau world viewnya terhadap enititi abstract yg dinamakan populariti ?
c) sejauh mana populariti ? setakat mana ia dikatakan satu nikmat yg membawa kebaikan dan kat mana cut off point - di mana kita patut rasa ' takut' tentang ujian Allah ini ?
d) adakah ia terlalu negatif - how about this - seorang artis yg glamour dengan populariti - di mana ia berbakat , ada ilmu dalam bidang itu dan populariti ini membantu diri dan karier serta maungkin membuka peluang rezeki org lain ? versus seorang pendakwah yg 'popular' yg datang bersama bakat ceramah / ilmu dan seterusnya pengembangan syiar ?
i mean is it bad? apa yg sebabkan ia bad atau etc?
e) bagaimana kita nak relate dengan IKRAR yg kita lafaz dalam doa iftitah setiap waktu solat fardhu dengan aspek populariti ?
i mean ...saya buka kepada pendapat ? atau komen ?
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ibrah atau kisah kisah tertentu? |
|
|
|
|
|
|
|
Bergantung pada jenis perbuatan yg dilakukan utk gain popularity .
Klu amal tu berkaitan ibadat kepada Allah, tak sepatutnya ada element popularity. Kerana popularity mesti ada element human recognition n appreciation. Whereas dlm perkara peribadatan pada Allah, sekiranya popularity yg menjadi tujuan , maka ianya adalah riak. Dia menjadi syirik dan terbatal semua amalan dia sebelum tu.
Sekiranya ia adalah hal2 dunia, maka Allah berlepas tangan. Buatlah stunts apa pun, popularity meletupkan carta ka, org kata riak, dia rasa riak, takde isu. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT
Populist atau popular?
Siapa tak kenal Adam a.s.?
Siapa tak kenal Nuh a.s.?
Siapa tak kenal Ibrahim a.s.?
Siapa tak kenal Musa a.s.?
Siapa tak kenal Isa a.s.?
Siapa tak kenal Muhammad s.a.w.?
Adakah para anbiya dan mursalin a.s. mahu dikenali?
Dalam fasih ada sihir
Dalam syair ada hikmah
Dalam ucapan ada keberatan
Dalam ilmu ada kejahilan
Cth:
Adakah perbuatan Ibrahim khalilullah a.s. memusnahkan berhala sbg populist?
|
|
|
|
|
|
|
|
DUNIA ini dapat diibaratkan seperti ladang. Ia digunakan untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan diperoleh di akhirat kelak. Hasil yang akan diperoleh itu adalah bergantung kepada apa yang telah diusahakan oleh seseorang.
Andainya amalan yang diusahakan itu baik maka baiklah hasilnya. Sebaliknya, jika amalan itu jahat maka buruklah hasil yang akan diperolehnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihat-Nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihat-Nya. (al-Zilzal: 7-8)
Menyedari hakikat ini maka setiap langkah, gerak geri dan tingkah laku kita di dunia ini adalah dalam pengetahuan Allah SWT. Segala amalan manusia semuanya akan direkodkan ke dalam diari dan diari itu akan dibentangkan di akhirat kelak.
Allah SWT telah menugaskan dua orang malaikat iaitu malaikat Raqib dan Atid untuk mencatatkan segala rekod ke dalam diari tersebut tentang segala kebaikan dan kejahatan yang dilakukan oleh setiap individu.
Ahli tasawuf pula menganggap dunia ini seperti bangkai dan manusia itu seperti anjing. Sebab itulah manusia lebih sukakan kepada dunia lebih daripada akhirat. Al-Quran juga ada menerangkan yang dunia ini adalah permainan dan kelalaian.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan tidaklah penghidupan dunia itu melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti. Oleh kerana itu tidakkah kamu mahu berfikir. (al-An’am: 32)
Kesenangan hakiki
Ayat di atas menerangkan bahawa sesiapa yang mementingkan kebahagiaan, kemewahan dan kesenangan dunia, bukanlah bermakna ia mendapat kesenangan yang hakiki kerana dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini diibaratkan sebagai permainan dan melalaikan. Permainan itu akan tamat apabila sampai masanya.
Kesenangan dan kemewahan dalam erti kata yang sebenarnya ialah kesenangan dan kemewahan di akhirat. Ini kerana hidup di akhirat adalah kekal selama-lamanya. Firman Allah SWT: Dan sebutlah (ingatlah) nama Tuhan mu serta sembahyang. Tetapi kamu lebihkan penghidupan dunia, pada hal akhirat lebih baik dan lebih kekal. (al-A’la: 15-17)
Dalam ayat di atas, Allah SWT telah mengingatkan supaya manusia sentiasa ingat kepada-Nya dengan menunaikan sembahyang. Ingat kepada Allah bermakna menunaikan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Namun, kebanyakan manusia lebih cenderung kepada penghidupan dunia. Mungkin ini adalah disebabkan dorongan syaitan dan hawa nafsu kerana syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia di muka bumi ini, pada hal mereka sudah berkali-kali diberi peringatan bahawa akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
Islam bukan melarang manusia mencari kemewahan dan kesenangan di dunia ini. Tetapi kemewahan itu biarlah sekadar memadai untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajipan yang membawa kepada kebahagiaan hidup di akhirat.
Islam tidak menyuruh umatnya mencari kekayaan dan kemewahan yang berlebih-lebihan sehingga membawa kepada kita lupa akan akhirat. Firman Allah bermaksud: Dan carilah dalam kurniaan yang Allah berikan kepadamu itu (keselamatan) negeri akhirat. Tetapi janganlah kamu lupakan bahagian mu dari di dunia. (al-Qasas: 77)
Di sini Allah SWT menyuruh manusia supaya mencari atau beramal untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat. Di samping itu Allah juga menegaskan bahawa dunia ini tidak boleh dilupakan langsung. Cuma di antara dunia dan akhirat, Allah menguatkan supaya akhirat itu lebih diutamakan daripada dunia.
Bagaimanakah pula halnya mereka yang lebih mementingkan dunia daripada akhirat? Firman Allah bermaksud: Mereka itu orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat, maka tidak akan diringankan seksaan ke atas mereka dan mereka tidak akan diberi pertolongan. (al-Baqarah: 86)
Inilah balasan orang-orang yang sanggup meninggalkan akhirat dan mengutamakan dunia. Mereka itu akan mendapat seksaan di akhirat kelak. Sesungguhnya, dunia ini bagi orang-orang Islam dapat diumpamakan seperti penjara. Maksudnya, orang-orang Islam di dunia ini adalah dalam kawalan – tidak boleh berbuat sekehendak hati dan bertindak dengan sewenang-wenangnya.
Islam telah menentukan pelbagai hukum yang termaktub di dalam Al Quran untuk menjadi panduan kepada umat Islam dalam menjalankan segala aktiviti. Dalam hukum-hukum itu terdapat suruhan dan larangan. Mereka yang ingin mencapai kebahagiaan di akhirat, mahu tidak mahu terpaksalah mematuhi segala hukum-hukum yang telah ditetapkan.
Amal ibadat
Berlainan pula halnya dengan orang-orang kafir. Bagi mereka dunia ini diumpamakan seperti syurga. Mereka bebas untuk melakukan apa saja. Tidak ada larangan bagi mereka. Halal dan haram sama sahaja. Tetapi mereka ini tidak terlepas daripada seksaan Allah di akhirat kelak.
Sesungguhnya, untuk memperoleh kejayaan dan kesenangan baik di dunia mahupun di akhirat, kita disuruh melakukan segala kebaikan dan mencegah segala larangan. Kita juga digalakkan membuat amal ibadat lebih banyak daripada membuat urusan keduniaan.
Keadaan ini jelas daripada kata-kata hukama yang bermaksud, “Berbuatlah pekerjaan dunia mu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan buatlah amalan akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.”
Maksudnya, pekerjaan dunia itu boleh dibuat dengan bertempoh atau tidak bersunguh-sungguh. Jika sekiranya pekerjaan itu tidak dibuat pada hari ini, ia boleh dibuat pada hari esok atau hari seterusnya kerana masa untuknya masih panjang lagi.
Tetapi beramal untuk akhirat hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh kerana andainya amalan atau pekerjaan itu tidak dapat disiapkan pada hari ini, maka seolah-olah ia tidak akan mendapat suatu kejayaan kerana esok tidak ada baginya. Inilah perbandingan di antara dunia dengan akhirat.
Lantaran itu, utamakanlah amalan akhirat berbanding dengan kerja dunia supaya segala kesenangan dan kemewahan yang Allah sediakan di akhirat nanti dapat dinikmati dengan penuh keikhlasan dan dari hati yang suci murni. Sesungguhnya, akhirat adalah tempat kita kembali dan kekal buat selama-lamanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/akhirat-lebih-baik-1.70848#sthash.Zyn9Oqdb.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
salam
topic ..
santai bicara : popularity - really trivial matter but hmm...
popularity ..
datang dari 2 unsur ..
kedua² ini ada tujuan dan maksud
- d'muliakan atau
- nak jadi famous .. mashur
فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
sesungguhnya Kau yang menghukum dan bukannya Kau yang d'hukum
وَإِنَّهُ لاَيَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
dan tidak akan hina orang yang telah Kau muliakan
وَلاَ يَعِزُّمَنْ عَادَيْتَ
dan tidak akan mulia orang yang telah Kau hinakan
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|