View: 2502|Reply: 10
|
Penceramah2 masa kini .... mohon kesedaran
[Copy link]
|
|
Edited by tension080808 at 13-3-2015 02:35 PM
Teringat kisah seorg bdk dan terompah dgn imam abu hanifah....
"Budak itu lalu menjawab : “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata..Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”.
Kita doakanlah untuk mereka ....
Di malaysia ni sumber utama ialah hadis yang kedua ialah alquran
Makin pelik diakui bahawa alquran dah cukup sempurna tapi hadis perlu digunakan sebagai sokongan kepada alquran..dlm erti kata lain alquran tak sempurna sampai perlu sokongan hadis ..mohon penjelasan
Ramainya penceramah2 kini seperti buih buih di lautan, berharap mereka berada di landasan yang betul untuk membimbing kita ni ke jalan yang benar, ke arah syurga Allah ...
mengeluarkan hadis dan fakta fakta yang betul. Harus contoh keperibadiaan yang baik untuk teladan kita ..
Pembawakan diri, cara percakapan mereka perlu dititik beratkan kerana mereka membawa imej agama ISlam itu sendiri, kelak orang yang bukan beragama Islam memandang kita sebaliknya .. renungkanlah
Ramainya penceramah masa kini
punyai cara penyampaian dan fakta2 masing masing, untuk memberi tarikan kepada pendengar. Ada juga di kalangan mereka yang bersikap 'cakap tak serupa bikin'.
Penceramah kini ramai yang di bayar dengan bayaran lumyan dan kehidupan mereka agak mewah, dimanakah erti kata 'sedekah ilmu' yakni memberikan
tazkhirah secara percuma. Hasil yang diterima diharapkan sedikit sebanyak dapat di dermakan pada orang yang memerlukan, bukan jadi tayangan pada umum. Contoh pi honey moon ke, rumah besar, kereta besar, melancong sana sini di bawah tajaan dll. Mereka adalah contoh pada kita. Kemewahan yang ada hadnya. Menaja orang orang susah mengerjakan umrah dan banyak perkara lagi boleh kita panjangkan sedekah, Kemungkinan ada juga segelintir di kalangan mereka ini tak tunjuk, alhamdullilah. Tapi peratusannya kurang dan ianya
Rata rata sekolah2 tahfiz dan agama sekarang bayaran serta yuran untuk menghantar anak anak kita bagi menjadikan mereka anak anak kita yang lengkap punyai ilmu dunia dan lebih lebih lagi ilmu akhirat, perbelanjaan di kenakan agak mahal !!!, Begitu juga dengan kelas kelas motivasi yang di anjurkan, pakejnya pun melebihi rm300 ringgit untuk 2 hari. Perlu ke kita samakan nilai duit dan agama, yang mana agama Islam tiada meletakkan harga pada hal hal yang berkait dengan agama.
Kos mengajar mengaji pun ada harganya, tiada lagi istilah "sedekah yang termampu'. Jadi jikalau para cerdik pandai di bidang agama ini, terfikir dari mana datang pahala jika segala ilmu agama yang dia ajarkan ini dikenakan bayaran yang agak mahal.
INISIATIF DARI DIRI KITA SENDIRI
Hanya untuk berfikiran positif sebagai umat ISLAM yang ingin lebih mengasah diri ke arah yang lebih baik, ambillah cakap cakapnya sahaja, yakni perkara kebaikkan yang di ajarnya, kerana mereka pun adalah mahkluk Allah yang sedang di uji dan tak lari dari ujian.
Sebagai umat Islam di Malaysia tak ramai yg benar benar memahami dan mengkaji apa yang Allah telah sampaikan di dalam Al Quran, untuk dijadikan panduan hidup ketika di dunia dan di akhirat.
Luangkanlah masa kita membacanya dan memahami intipati di dalam Al quran.
Ada juga kadang kadang perkara perkara yang boleh di fikir oleh akal sendiri dan 'comencess' dijadikan tajuk oleh penceramah untuk di bahaskan, sikap kita sendiri kurang mengambil tahu mengkaji , dan menyerahkan kepada para penceramah untuk mengupasnya dengan lebih lanjut, yang mana sekiranya perkara itu ditanyakan pada penceramah yang lain, jawapan yang lain pula kita terima ...
Kesimpulannya membawa pada budaya masyarakat sekarang percaya membuta tuli. Banyaknya hadis yang bercanggah dan tak tahu mana yang harus kita 'follow'.
Pendapat ramai
a
saya merakam kembali sebagaimana yang pernah di utarakan oleh imam syafie
ilmu itu bukan untuk dihafal tapi ilmu itu memberikan manfaat
aku sambung lagi sebagaimana yang pernah di sabda oleh baginda kita
jikalau kamu ketahui akan adanya hari kematian dan hari perhitungan itu nescaya kamu akan lebih menangis dari ketawa
bila saya tengok dalam ceramah ceramah agama ,penuh dengan gelak ketawa,sindir menyindir,hentam menghentam ,lepas tu ajak pendengar supaya gelak ketawa sama ....apa ni weii , mana kreadibiliti para pra ilmuwan agama kita ....?
b
aku sekarang kan mcm x koserrr dh nak hadap ceramah maza, uke, uai, zaharudin, don daniyal etc lah.. mcm byak lain2 pndpt smpai ak pn kompius.. pastu deyols yg sbg org2 yg ad ilmu dlam agama pn mcm tak bond together.. smpai iols pn malas nk amek tahu psal hadis2 ni lg.. kejap hadis sohih kejap kata hadis daif. cth arob bahasa syurga.. ad kata daif ad kata sahih. Sebab tu bila ceramah dia perlu muhasabah dan istigfar banyak2 supaya tak lari landansan.. terlalu galak dik nak suruh org ketawa sampai lupa landasan... bila menyedari salah, belajar minta maaf, tak perlu melatah macam tercucuk jarum... tapi tetap melatah juga pantang diusik...sedangkan seseorang beragama diajar saling maaf memaafi bila ada kekhilafan diri kan. Ramai juga yang memasukkan alunan nyanyian bagi menyerikankan lagi penyampaian, maaf kalau saya salah, di gereja pun mereka nyanyi .. harap dapat penjelasan ..
c
Setiap org ada silap masing2 ..Cuma mcmn cara kita mengaku silap tu jea yg berbeza..
Brp ramai asatizah yg mengajarkan sunnah dan mengajarkan hadith2 sahih kena tangkap..
alasannya sbb takde tauliah..dan berapa ramai pulak ostat2 yg merapu dpt coverage besar2an...dpt pentas grand..dpt keluar tv..dpt budget2 yg besar
siap ada "back up singer". org agama ni patut kena musyawarah saling tegur menegur kalo silap between depa & capai kata sepakat...
ini tak memasing nak jadik populist...lepas tu pengikut masing2 sentap bila ahlil yg dipuja 'bertelagah'...
d
betul.... cara hidup nabi tidak seharusnya dibuat lawak...
bacalah sirah Rasulullah S.A.W ...... betapa maha hebatnya ujian yg Rasulullah S.A.W hadapi dlm menyebarkan syiar Islam..
sepatutnya kita kena menangis bila mengenang Rasulullah S.A.W bukannya tergelak sakan....
mohon maaf agar perkara ini dapat di perbetulkan demi melahirkan generasi tahfiz yang ramai
( mcmana nak ramai yuran sekolah sekolah ini agak mahal, hrp dapat tajaan dr kerjaan serta badan badan lain)
|
|
|
|
|
|
|
|
SETUJU DGN PANDANGAN PARA FORUMMER2 'cari forum' ini
a
saya merakam kembali sebagaimana yang pernah di utarakan oleh imam syafie
ilmu itu bukan untuk dihafal tapi ilmu itu memberikan manfaat
aku sambung lagi sebagaimana yang pernah di sabda oleh baginda kita
jikalau kamu ketahui akan adanya hari kematian dan hari perhitungan itu nescaya kamu akan lebih menangis dari ketawa
bila saya tengok dalam ceramah ceramah agama ,penuh dengan gelak ketawa,sindir menyindir,hentam menghentam ,lepas tu ajak pendengar supaya gelak ketawa sama ....apa ni weii , mana kreadibiliti para pra ilmuwan agama kita ....?
b
aku sekarang kan mcm x koserrr dh nak hadap ceramah maza, uke, uai, zaharudin, don daniyal etc lah.. mcm byak lain2 pndpt smpai ak pn kompius.. pastu deyols yg sbg org2 yg ad ilmu dlam agama pn mcm tak bond together.. smpai iols pn malas nk amek tahu psal hadis2 ni lg.. kejap hadis sohih kejap kata hadis daif. cth arob bahasa syurga.. ad kata daif ad kata sahih. Sebab tu bila ceramah dia perlu muhasabah dan istigfar banyak2 supaya tak lari landansan.. terlalu galak dik nak suruh org ketawa sampai lupa landasan... bila menyedari salah, belajar minta maaf, tak perlu melatah macam tercucuk jarum... tapi tetap melatah juga pantang diusik...sedangkan seseorang beragama diajar saling maaf memaafi bila ada kekhilafan diri kan. Ramai juga yang memasukkan alunan nyayian bagi menyerikankan lagi penyampaian, maaf kalau saya salah, di gereja pun mereka nyanyi .. harap dapat penjelasan
c
Setiap org ada silap masing2 ..Cuma mcmn cara kita mengaku silap tu jea yg berbeza..
Brp ramai asatizah yg mengajarkan sunnah dan mengajarkan hadith2 sahih kena tangkap..
alasannya sbb takde tauliah..dan berapa ramai pulak ostat2 yg merapu dpt coverage besar2an...dpt pentas grand..dpt keluar tv..dpt budget2 yg besar
siap ada "back up singer". org agama ni patut kena musyawarah saling tegur menegur kalo silap between depa & capai kata sepakat...
ini tak memasing nak jadik populist...lepas tu pengikut masing2 sentap bila ahlil yg dipuja 'bertelagah'...
d
betul.... cara hidup nabi tidak seharusnya dibuat lawak...
bacalah sirah Rasulullah S.A.W ...... betapa maha hebatnya ujian yg Rasulullah S.A.W hadapi dlm menyebarkan syiar Islam..
sepatutnya kita kena menangis bila mengenang Rasulullah S.A.W bukannya tergelak sakan....
Di malaysia ni sumber utama ialah hadis yang kedua ialah alquran
Makin pelik diakui bahawa alquran dah cukup sempurna tapi hadis perlu digunakan sebagai sokongan kepada alquran..dlm erti kata lain alquran tak sempurna sampai perlu sokongan hadis |
|
|
|
|
|
|
|
|
isunya ramainya penceramah2 kini seperti buih buih di lautan, jadi berharap mereka berada di landasan yang betul untuk membimbing
kita ni ke jalan yang benar, ke arah syurga Allah ... mengeluarkan hadis dan fakta fakta yang betul dan contoh keperibadiaan yang baik untuk teladan kita ..
kalau ada salah silap harap maaf dan mohon pandangan ramai juga ...
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...setiap orang dengan pandangan masing2... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya x pasti TT tinggal dimana tp pernah seseorg menyatakan pd saya dia suka dtg kl/selangor sb byk majlis ilmu, pilih je ustaz yg berkenan dihati dan tuntut ilmu dgn ustaz tu.
Ianya mengambil masa nk jumpa ustaz yg perfect pd pandangan kita. Over time kita akan faham kenapa ustaz ni content kuliah dia mcm ni, kenapa ustaz tu mcm tu.
So, expose diri pd mcm2 jenis ustaz, lama2 nanti bila ilmu dah bertambah, insya Allah kita akan nampak yg mana lurus yg mana bengkok. Personally sy avoid ustaz yg glamer sgt, saya tengok bahasa dia, kitab yg dia bawak, berdisiplin tak dgn hujah2 dia. It's a learning process. Cth dulu2 sy suka dgn ustaz2 yg bawa hujah2 Dr Yusuf al Qardawi tapi makin lama sy "setakat dgr je " kuliah ustaz2 mcm ni sekadar tambah pengetahuan tp bukan utk amal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu lawak terlampau .. kalau tak ada lawak sikit sikit dlm menceritakan hal berkaitan dgn penceramah sendiri nanti pendengar mengantuk pulak kan?
Tak perlu cerita benda dlm kain, takperlu hudoh ke sana huduh ke sini. Dlm menjawap persoalan jangan tergagap gagap (tengok video satu ustaz menerangkan akan ayat al Bakarah .. mau dkt 6 minit dia tengok video terjemahan) lepas tu pandang hadirin lepas tu tengok lagi video. Tak ada persediaan langsung. nak tengok video ceramah dia pun tak bersemangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Aii just guna Youtube .. tengok semua video penceramah ugama di malaysia. Dari situ kita dapat cari mana satu yang baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
i suka penceramah tu
dari segi CV - ilmu dan the bestter he is in specifying kepakarannya - lebih saya yakin
dari segi akhlak dan 'kerdibiliti ' dia menyatkan sesuatu - dan bagaimana sesuatu itu disampaikan dan skop ceramah dan level ceramah.
gelak lawak tu perlu untuk kurangkan dull tapi i tak suka juga yg banyak gelak sebab gelak yg banyak tu ....hmm.... kan?
i dunno i am more to credibility.
I suka juga Dr Mohd Shahran bagi ceramah tentang kalimah Allah .
i suka ceramah yg fokusnya agama tak kira bidang apa but yg sangat suke senyum bila ada integrasi ilmu ilmu Allah yg lain dan plus agama
ini best.
dan mengetuk pintu hati dan menundukkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tension080808 at 13-3-2015 02:29 PM
alhamdullilah ada gak yang mendengar dan membetulkan, doakan yang terbaik untuk ustaz2 lama dan baru, membimbing kita ke jln yang benar, YA ALLAH bimbing dan berilah kami hidayah kebenaran, ikhlaskan diri dan hati kami ketika hidup di dunia sampai akhirat dan lebih2 lagi ketika beramal kejalan MU ... amin
Mufti Perak tegur ustaz selebriti
RAZIF ROSLI
13 Mac 2015
IPOH – Mufti Perak melahirkan kebimbangan tentang trend pendakwah dan penceramah pada masa kini yang dilihat lebih mempunyai perwatakan sebagai penglipur lara, selain ada di antara mereka menjatuhkan hukum tidak memenuhi syarak.
Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, trend tersebut mampu mengakibatkan kekeliruan dan kecelaruan dalam kalangan umat Islam dan terdapat pendengar seakan-akan menanti ‘bahan penglipur lara’ itu yang dibimbangkan tersasar daripada matlamat dakwah untuk meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH.
“Kita lihat hari ini seolah-olah sudah menjadi satu keperluan kepada pendakwah apabila berdakwah atau berceramah, nyanyian dan alunan lagu-lagu semestinya dikumandangkan.
"Malah adakala sampai satu tahap ia menjadi keutamaan ketika berceramah, sehingga terdapat penceramah digelar dengan gelaran tertentu seperti Bollywood dan seumpamanya.
“Ada juga di antara mereka yang menyelitkan unsur humor atau lawak berlebihan sehingga penceramah itu dikenali dengan lawaknya berbanding ilmu disampaikan hinggakan pendengar menunggu lawak penceramah itu daripada menekuni ilmu disampaikan," katanya ketika sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, kelmarin.
Beliau berkata, terdapat juga pendakwah dan penceramah yang tidak hormat kepada fatwa dikeluarkan oleh institusi fatwa negeri dan menyanggah fatwa yang mungkin boleh memberikan kesan kepada pengambilan beliau sebagai seorang lebih berilmu daripada ulama, pendakwah sedia ada.
Harussani berkata, kegopohan dan kegelojohan ketika berdakwah menyebabkan seseorang pendakwah itu tidak cermat mentafsirkan al-Quran, cuai dalam meriwayatkan hadis hingga mencampuradukkan antara riwayat sahih dan tidak sahih selain membawa cerita tidak masuk akal.
“Terdapat kecenderungan pendakwah memberi pernyataan dan ‘fatwa’ songsang berbanding menyampaikan ilmu berdasarkan disiplin digariskan syarak, malah pandangan hukum dikeluarkan adakala tidak melihat kepada urut dan masalah umum.
“Selain itu, ada juga penyataan dikeluarkan tidak berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan agama yang tunas, malah ada juga dilihat cuba meraih populariti berbanding menyampaikan ilmu, adab-adab dan pengamalannya,” katanya.
Beliau turut menegur pendakwah tertentu yang mengambil kesempatan untuk meraih pendapatan hasil daripada tugasan mulia berkenaan dan tanpa segan silu meletakkan harga tertentu untuk memenuhi jemputan ceramah.
“Mereka beralasan dengan alasan tertentu melayakkan untuk menerima bayaran tinggi, malah ada juga menyebut mereka mempunyai tanggungan yang banyak, institusi di bawah jagaannya memerlukan kos tinggi dan sebagainya yang mewajarkan bayaran itu dipenuhi.
“Selain itu, adalah sesuatu yang amat menyedihkan mereka sekadar memenuhi agenda dan program dirangka dan terpengaruh dengan tuntutan keduniaan dan kepentingan diri yang menyebabkan tujuan murni Islam diabaikan,” katanya.
Harussani turut menegaskan bahawa pendakwah dan penceramah yang ingin menyampaikan ilmu agama di Perak perlu meminta kebenaran Jabatan Mufti Perak kerana ia diwartakan dalam warta kerajaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013.
“Setiap orang yang ingin mengajar agama di Perak mesti ada tauliah dikeluarkan Jabatan Mufti dan ditandatangani oleh Sultan Perak kerana agama Islam adalah di bawah kawalan sultan, maka tidak seorang pun dibenarkan memberi ceramah, syarahan atau mengajar di Perak sekiranya tidak bertauliah.
“Bagi orang luar dari negeri Perak yang mahu menyampaikan ilmu agama di Perak juga mesti ada kebenaran daripada Jabatan Mufti.
“Kita akan lihat kemampuan orang itu atau tauliah diperoleh, barulah kita akan membenarkannya,” katanya.
Menurutnya, enakmen berkenaan berkuat kuasa pada 28 Mac 2013.
|
|
|
|
|
|
|
|
HUKUM ALLAH DAN RASULNYA
.....SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
takkan nak ikut hukum manusia kot
mufti dah perbetulkan ke atau tak lagi niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
|
|
|
|
|
|
|
| |
|