CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 0

Jane – Syaidatul raih emas pertama Perak

[Copy link]
Post time 11-3-2015 01:25 AM | Show all posts |Read mode
                            GANDINGAN dua pemain elit negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Sin Li Jane berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat skuad boling Perak pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-28 di sini, hari ini.
       
        Kedua-dua mereka mengumpul 2,821 jatuhan pin dengan kelebihan 237 pin, untuk selesa mengatasi pencabar terdekat, Sharon Koh dan Hee Kar Yen dari Kuala Lumpur yang melakukan 2,584 jatuhan pin.
       
        Pingat gangsa milik pemain senior Shalin Zulkifli dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dari Selangor yang mengumpul 2,507 jatuhan pin.
       
        "Kami bermain tanpa tekanan dengan mempamerkan rutin biasa. Saya dan Li Jane hanya fokus kepada permainan dan cuba mendapatkan lorongan bola yang terbaik.
       
        "Momentum kejayaan di Bangkok bulan lepas sedikit sebanyak mempengaruhi corak permainan saya walaupun ini adalah kejohanan berbeza...syukur kedua-dua kami meraih lebih 200 mata untuk setiap permainan," kata Syaidatul Afifah kepada Bernama.   
       
        Kedua-dua mereka adalah penyumbang pingat emas tunggal Malaysia pada Kejohanan Tenpin Boling Asia ABF di Bangkok pada Januari lepas, dalam acara beregu wanita.
       
        Berdasarkan prestasi terbaik yang dipamerkan hari ini membolehkan Syaidatul Afifah dan Li Jane memperbaiki kedudukan dalam kategori keseluruhan.
       
        Selepas dua acara dipertandingkan, Syaidatul Afifah dan Li Jane masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan mengumpul 2,684 dan 2,660 jatuhan pin.
       
        Sharon terus berada di kedudukan teratas dengan 2,741 jatuhan pin.
        Sementara itu, skuad Kuala Lumpur menambah dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa, menjadikan keseluruhan kutipan tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa untuk mengekori rapat juara bertahan Selangor.   
       
        Selangor masih mendahului setakat ini dengan meraih tiga emas, empat perak dan satu gangsa.
       
        Skuad Kuala Lumpur menambah pingat emas melalui Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Muhd Rafiq Ismail serta Nora Lyana Nastasia dan Nur Syazwani Sahar, masing-masing dalam acara beregu lelaki dan beregu remaja perempuan.
       
        Kesemua pemain akan meneruskan cabaran dalam acara berpasukan pada hari terakhir kejohanan berkenaan, esok. - Bernama
               

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.086844 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list