CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 3

nak kongsi Surat Al-`ādiyāt

[Copy link]
Post time 3-3-2015 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by endus at 3-3-2015 03:58 PM




Nak kongsi sedikit pengisian ilmu berhubung dengan Surah Al-Adiyat.


Surah Al-'Adiyat terdiri atas 11 ayat dan tergolong surah Makkiyah. Nama Al 'Aadiyat diambil dari kata Al 'Aadiyaat yang artinya berlari kencang yang terdapat pada ayat pertama surat ini.


Dijelaskan...

Allah bersumpah dengan perkataan 'Kuda' dari ayat 1 sehinga ayat yang ke 5 dalam surah ini. Kuda yang tercunggap-cungap... Ibarat kehidupan manusia yang dalam hidup sehari-hari sering tercungap-cungap dalam mengejar duniawi. Keadaan manusia ini Allah samakan dengan kuda yang berlari kencang hingga cetuskan percikan api. Manusia diumpamakan hidup berkerja tanpa kenal penat dan lelah hingga sampai tahap boleh membinasakan tubuh badan sendiri. Kalau kuda hasilkan percikan api semasa berlari, manusia pula ibaratnya tinggalkan kesan di atas jalan dari kesan tayar bilamana kereta di-brek mengejut selepas memecut 140km/jam.

Dari surah ini, Allah nak ingatkan kita bahawa... ramai manusia yang kufur dengan nikmat yang Allah beri. Bermula dari nikmat Islam, nikmat iman, nikmat kesihatan, keluarga, harta benda dan macam2 nikmat lagi yang tak mampu kita tanggung. Berlebih2 nikmat itu sampai ada antara kita yang membazir, campak begitu saja dan kadang-kala tidak begitu menghiraukan sangat tentang nikmat itu. Anggap hanya satu kebiasaan bila mata dapat kembali melihat sinar pagi selepas dimatikan dalam tidur di malam hari. Tak timbul di kepala bahawa udara yang disedut dalam tarikan nafas itu adalah hasil dari kurnia Allah buat kita seisi alam. Dalam bab ibadah pula, seringkali rasa liat untuk bersegera bangun buat... tapi kalau dalam bab mencari harta dunia nescaya manusia akan berlumba-lumba walaupun dalam keadaan diri yang tak berapa sihat.

saya ingin mengajak kita semua agar bermuhasabah diri.... apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang syukur dengan nikmat Allah atau kita termasuk dalam golongan yang kufur dengan nikmat Allah Taala. Adakah kita selalu bersegera untuk sahut seruan Azan.. terus berhenti buat apa jua pekerjaan di saat2 azan berkumandang. Adakah kita menjawab azan? Adakah kita terus bangun bersiap2 untuk tunaikan solat berjemaah di surau/masjid (satu tuntutan buat kaum lelaki)? Atau sebaliknya... kita tak rasa ianya satu keperluan untuk bersegera melakukannya?

Jika tak bersegera maknanya kita rasa meeting dengan boss di ofis lagi penting, meeting dengan client lagi penting sebab semua itu mendatangkan RM buat kita. Sebaliknya meeting dengan Allah, tak de nak cepat2 sebab tak nampak ganjarannya sekarang... tak rasa Allah sedang perhati... belum nampak akan azab api neraka... tu pasal...

Harta-benda dunia boleh membuat fikiran kita terluput dari mengingati Allah. Keinginan terhadap mencari harta dan wang ringgit, cinta yang amat sangat sehingga lebih jadikan ia satu prioriti dalam urusan harian... berbanding kecintaan untuk bersegera dalam menunaikan perintah Allah SWT. Kecintaan ini seringkali membuat manusia begitu asyik dan terleka sehingga lupa akan dosa serta pahala.

Oleh itu melalui surah ini, Allah nak gambarkan betapa manusia ini bersifat seakan-akan kuda yang sangat tamak. Maka insafilah diri kita agar tidak tersasar mencari harta dunia sebegitu rupa sehingga melalaikan perintah Allah. Jauhi diri kita dari terlalu cinta dunia. Apa yang ada dalam hati samada zahir, batin dan yang menjadi rahsia, semua akan dibongkar di hadapan Allah kelak. Allah akan memberi pembalasan atas setiap sesuatu. Sama2 insafi diri... Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 03:57 PM | Show all posts
Insya Allah... Amin
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 04:41 PM | Show all posts
InsyaAllah
tq bg peringatan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bermanfaat bagi saya..terima kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048460 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list