Edited by Lorra2411 at 27-2-2015 11:12 AM
KL, 26 FEBRUARI 2015: Pagi ini berita hiburan antarabangsa terutamanya sibuk memperkatakan tentang insiden ikon pop terkenal dunia, Madonna yang jatuh dari tangga tinggi setelah ditarik oleh penarinya. Kejadian ini berlaku ketika membuat persembahan penutup di BRITS Awards 2015, semalam.Menyampaikan single terbaru Living For Love daripada album terbarunya The Rebel Heart, Madonna yang tampil penuh elegen dengan jubah dan layah panjang di pentas. Layah yang sepatutnya terlepas daripada baju yang dipakainya apabila ditarik, tetapi lain pula yang terjadi. Dari tangga tinggi Madonna terlentang ke belakang dan kedengaran suaranya tenggelam timbul di sebalik mikrofon. Namun sebagai penghibur berpengalaman luas, Madonna menyampaikan persembahan yang cukup mengkagumkan.
Dia yang didapatkan selepas persembahan oleh pembantunya dan di Instagram Madonna telah memberitahu bahawa tiada apa-apa kecederaan serius. Malah dia berterima kasih kepada peminat yang memberikan kata semangat dan ucapan kepadanya. Dalam nada jenaka dia berkata bahawa rumah fesyen Armani telah mengenakannya.
“Armani telah kenakan saya! Cape yang cantik itu diikat terlalu ketat! Tetapi apa pun ia tidak dapat menghalang saya dan kasih sayang anda sangat memberikan dorongan buat saya.
“Terima kasih untuk ucapan anda kepada saya, I’m fine! #livingforlove,”petikan kata-kata Madonna di Instagramnya beserta illustrasi busana yang digayakannya ketika insiden tersebut berlaku.
Para penarinya yang dikatakan menarik dengan kuat dan tidak peka dengan apa yang berlaku, bukan layah yang ditarik tetapi Madonna yang terpelanting ke belakang. Hentaman ketika penyanyi berusia 56 tahun ini jatuh dapat didengari bersama iringan mikrofon yang juga dikatakan terhempas ke lantai.
Menariknya, lirik lagu Living For Love ini cukup ironi dengan kejadian yang berlaku dan ia menaikkan semangat peminat Madonna menyokongnya.
“Took me to heaven and let me fall down/ Now that it’s over/ I’m gonna carry on/ Lifted me up, and watched me stumble/ After the heartache, I’m gonna carry on.”
P/s : benang tadi dikatup atas sebab kesalah salah masuk rumah, jadi saya bukak kat sini. hehehe
|