CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4180|Reply: 11

Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir

[Copy link]
Post time 18-2-2015 06:09 PM | Show all posts |Read mode

Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
April 17, 2014 By Nizarazu 10 Comments
  • 25.8K


    EmailShare
Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir.Rasanya semua menyedari tentang fenomena alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Mungkin bagi kalangan orang bukan Islam ianya hanya sekadar fenomena alam yang biasa tetapi bagi umat Islam yang beriman ianya merupakan petanda demi petanda tentang hari akhirat yang ditunjukkan Allah SWT agar umat Islam tidak lalai dengan melakukan maksiat dan kemungkaran di muka bumi ini.




Masihkan anda ingat pada penghujung tahun 2013 iaitu bulan Disember 2013, di mana Allah telah turunkan musibah merupakan banjir besar di seluruh Pantai Timur termasuk Johor dan sebulan selepas itu, kita pula dikejutkan dengan cuaca yang sejuk yang melampau di kawasan – kawasan di Perlis, Terengganu dan Kelantan yang mencatatkan cuaca yang begitu sejuk tidak seperti kebiasaannya. Begitu juga dengan negara Arab, sehinggakan turun salji seperti yang diberitakan berlaku di Yaman, Syria, Mesir,Saudi dan lain-lain yang menghadapi cuaca yang sejuk sehingga turunnya salji. Tidak lama selepas itu, musim kemarau atau musim panas melampau yang berpanjangan berlaku sehinggakan kita diseru untuk membuat Solat Istiqsa’ untuk memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan yang tidak pernah dilakukan oleh kita sebelum ini. Selepas itu, musim bunga yang cantik pula berlaku terutama di negeri Kedah.


Tanpa disedari sebulan demi sebulan demi sebulan perubahan cuaca berlaku secara mendadak dan ianya merupakan peringatan demi peringatan yang telah Allah SWT berikan. Namun kita tidak sedar apa sebenarnya yang berlaku kepada bumi kita.


Kemunjulan Dajjal Semakin Hampir
Jika dikaji semula dalam kitab-kitab tentang apa sebenarnya perkaitan antara cuaca yang panas melampau dengan akhir zaman, akhirnya kita akan temui ianya terkait dengan turunnya Dajjal.. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan iaitu 3 tahun sebelum kemuculan dajjal, Allah akan sekat langit dari turunnya 1/3 hujan dan Allah SWT perintahkan bumi untuk matikan 1/3 daripada tumbuh-tumbuhan. Jika kita perasan semasa lebih kurang sebulan lebih musim panas yang berlaku, apa yang terjadi pada tumbuh-tumbuhan? Kebanyakan rumput telah menjadi kuning, di kiri dan kanan lebuhraya kelihatan banyak pokok sudah terbakar. Begitu juga dengan empangan-empangan, kebanyakkan empangan sudah kering, seperti di Selangor empangan telah menjadi surut tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini merupakan tahun yang dahsyat kekeringannya sehingakan kita diarahkan untuk membuat Solat Istiqsa’ yang tidak pernah dibuat sebelum ini.
Tahun kedua Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 2/3 hujan dan 2/3 dari tumbuh-tumbuhan di bumi akan dimatikan. Tahun ketiga Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 3/3 hujan dan Allah SWT perintahkan bumi mematikan 3/3 seluruh tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang berkuku, binatang- binatang bergraham semua akan dimatikan Allah SWT. Bayangkan bagaimana waktu ketika itu? hujan tak turun sekian lamanya menyebabkan padi tidak boleh tumbuh, elektrik juga tidak dapat berfungsi kerana sumber utama elektrik di Malaysia yang menggunakan sistem hidroelektrik adalah daripada air di empangan-empangan yang menghasilkan kuasa elektrik.
Disebabkan tidak turun hujan kita akan mengalami pelbagai masalah, masalah elektrik, masalah pekerjaan dan pelbagai lagi dan kita akan menghadai saat yang sukar pada ketika itu, masalah kebuluran berleluasa dan sebagainya.. Dan ketika saat sukar begitulah Dajjal akan turun. Ujian paling besar, fitnah paling besar kan berlaku di masa tu.
Tiupan Sangkakala
Baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan bunyi-bunyi dilangit yang mengerunkan di seluruh dunia termasuk yang paling dengan kita adalah di Bintulu. Saintis tidak dapat kesan bunyi itu datang dari mana. Cukup menakutkan, bunyi terlalu kuat sehingga bergegar cermin. Jika kita rujuk kepada kitab yang ditulis oleh Ibnu Katsir tentang tanda kiamat bab sangkakala, kita akan mengetahui bahawa tiupan sangkakala akan ditiup sebanyak 3 kali iaitu tiupan pertama merupakan tiupan Nafkhatul faza’ iaitu tiupan yang mengerunkan dan menakutkan kepada siapa yang mendengarnya. Tiupan kedua adalah tiupan kiamat dan tiupan kedua adalah tiupan menghidupkan semula.
Tanda demi tanda dah ditunjukkan Allah SWT, namun ramai lagi yang tidak sedar, fitnah akhir zaman sudah semakin hampir, ujian Dajjal merupakan ujian yang paling besar sehinggakan Para Sahabat cukup takut berada di zaman kemunculan Dajjal, semoga kita dijauhkan dari zaman kemunculan Dajjal. Dajjal akan muncul apabila mimbar-mimbar ,khutbah tidak lagi membicarakan tentang Dajjal.
Oleh itu, kita diminta untuk mengamalkan bacaan Surah Al-Kahfi iaitu 10 ayat awal dan 2 ayat terakhir Surah Al-Kahfi, banyakkan berdoa kepada agar dijauhkan dari fitnah Dajjal dan dekatkan diri dengan majlis ilmu.
## Khutbah penuh oleh Ustaz Jafri Abu Bakar – Zaman Kemunculan Dajjal


#Semoga kita dijauhkan dari fitnah-fitnah Dajjal..
Incoming search terms:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2015 06:16 PM | Show all posts
Takut .... Nice info.... Member bgtau surah alkahfi tuu 10 ayat mula dan 10 ayat akhir..

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 06:18 PM | Show all posts
Info yang bagus.










Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 07:15 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-2-2015 07:18 PM

Saudara

al masih dajjal ni memang akan muncul di  akhir akhir  zaman , dan kalau ada membaca buku dan analisis Imran Hossien - saya lebih suka dan tertarik analisisnya  yg menggunakan hadith sahih dan Al Quran.

bolehkah sumber teks penulis di atas  itu menyertakan rujukan?

bukan apa,  sebab  frasa frasa  yg sering  muncul ialah ' kitab kitan '  kaji ' kita kitab' tapi kalau dikaji paparan article asal - penulis tidak memetik pun sumber rujukan.
benda ni perlu disertai kalau tulis  blog atau teks macam ni supaya kesahihan fakta dapat dinilai.



dengan  hanya highlightkan Malaysia- i rasa belum cukup mantap analisis itu, kalau baca buku Imran S Hossien analisis beliau lebih mantap - beliau rujuk tasik  dan paras air tasik tu  Apa nama tasik .



so u know.....wallhua'lam.



Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 10:32 PM | Show all posts
Orang selalu sebut fitnah dajjal tapi apakah sebenarnya yg diamaksudkan dengan 'fitnah dajjal' itu?  Adakah dajjal itu akan menyebarkan suatu berita yang membuatkan umat islam  berpecah belah??  

Selain dajjal, ada lagi makhluk yg akan keluar masa hari kiamat iaitu yakjud makjud
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
nak tahu apa fitnah dajjal sila baca Dan fahami surah kahfi tu. jgn hanya hafal semata tetapi tak tahu maksud. faham kan maksud ayat dlm surah tu. itu sebenarnya peringatan dlm surah berkenaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2015 09:35 PM | Show all posts
yg akan muncul fitnah dajal ke atau dajal tu sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 10:52 AM | Show all posts
Edited by kertasputih at 24-2-2015 11:09 AM
mbhcsf replied at 18-2-2015 07:15 PM
kalau baca buku Imran S Hossien analisis beliau lebih mantap - beliau rujuk tasik  dan paras air tasik tu  Apa nama tasik .

Nama Tasik tu tasik ialah Tasik Tabariyah yg berada di Israel..
1) Kisah Dajjal dari Tamin ad-Dari
http://www.tayibah.com/eIslam/dajjal2.php



2) Sabda Nabi Muhammad SAW:

Ketika Allah subhanahuwata’ala mewahyukan kepada Isa ‘alaihissalam: Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hamba-Ku menuju Thuur. Lalu Allah subhanahuwata’ala keluarkan Ya’juj wa Ma’juj dan mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati danau Thabariyah, dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.” Ketika itu terkepunglah Nabiyullah Isa ‘alaihissallam dan para sahabatnya.

Hingga kepala sapi ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus dinar kalian sekarang ini. Maka Isa dan para sahabatnya berharap kepada Allah subhanahuwata’ala. Maka Allah subhanahuwata’ala pun mengirim sejenis ulat yang muncul di leher mereka. Maka pagi harinya mereka seluruhnya binasa menjadi bangkai-bangkai dalam waktu yang hampir bersamaan. Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabiyullah Isa dan para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka. Maka Nabi Isa ‘alaihissallam pun berharap (berdoa) kepada Allah subhanahuwata’ala. Maka Allah subhanahuwata’ala mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat yang Allah subhanahuwata’ala kehendaki2. Kemudian Allah kirimkan hujan yang tidak menyisakan satu pun rumah maupun kemah, lalu membasahi bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: ‘Tumbuhkanlah buahbuahanmu dan kembalilah berkahmu.” (HR. Muslim)

Tasik Thabariyah sekarang sedang mengering kerana airnya diminum oleh yajuj dan majuj /yahudi askenazi/ yahudi eropah keturunan bangsa khazar yg merupakan majoriti rakyat Israel.
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=-dJAAJ8w3Zw

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 01:34 PM | Show all posts
Dajjal itu mungkin metafora atau kiasan kepada sesuatu,ntahla...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 12:53 PM | Show all posts
CONTOHNYA DAJJAL BERMATA SATU- KEZALIMAN
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 02:43 PM | Show all posts
Dajjal itu fitnahnya ialah kesyirikkan global dan kehancuran dunia serta mengangkat kekufuran dan menyeliputi seluruh alam dengan kepalsuan dan kebathilan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 03:08 PM | Show all posts
Siapakah sebenarnya Panji hitam dari timur dimaksudkan?tolong sesape beri maklumat......share share...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.115547 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list