CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2775|Reply: 3

5 Tahun Di India, Lelaki Ini Menulis 14 Tip Untuk Anda Yang Mahu Ke Sana

[Copy link]
Post time 2-2-2015 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Nota Editor: Tip tip ini asalnya diterbitkan di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) oleh tuan Rafiq Zakwan, seorang pelajar perubatan di Kolej Perubatan Sri Devaraj Urs, Kolar, India.

India antara negara yang ramai rakyat Malaysia di sana. Tidak kira yang bekerja di sana atau belajar di sana. Bagi anda yang mempunyai perancangan untuk ke India sama ada berjalan, bekerja atau mahu berjumpa Shah Rukh Khan, tip di bawah adalah tip sebenar berdasarkan pengalaman seorang rakyat Malaysia yang sudah tinggal di India selamat 5 tahun. Penulis tip turut mengatakan dalam 32 negeri di India, beliau hanya sempat melawat 9 negeri. Ikuti 14 tip jika anda ke India di bawah.
  • Wajib pergi Delhi, Agra dan Kashmir. Tempat lain..”mehh”
  • Solo travel no prob (pernah).
  • Perkara biasa kalau kenea tipu dengan driver auto. Nak elak minta dia guna meter. Nak elak lagi tanya dulu 2-3 auto berapa harga nak ke tempat yang ingin dituju. Baru naik.
  • Download app “Ola Cabs” untuk tempah teksi. Sama fungsi dgn MyTeksi di Malaysia.
  • Simkad. Pilihan pertama beli Airtel. Data rm14 1gb dan laju. Pilihan kedua beli Vodafone (serabut dengan iklan sms). Kebelakangan ini pelancong susah nak beli simkad sebab anda perlu send sekeping gambar, salinan passport dan alamat rumah di India. Alamat rumah itu yang selalu orang tiada. Kalau ada kesulitan nak beli sim kad. Pergi ke Hadzat Nizamuddin. Ada kedai berdekatan Markaz Tabligh. Di sana dia jual sim kepada orang orang Malaysia. Alang-alang ke sana singgah di Karim Hotel. Antara kedai paling sedap di India. Order butter chicken.
  • Kalau ada ambil agen..saya yakin dia akan bawa masuk ke kedai nama Emporium(jual kain). Jangan sesekali beli di kedai Emporium. Terbang duit. Huhu
  • Peminat barang antik. Hati-hati sebab mostly barang itu replika atau refurbish. Jam antik misalnya.
  • Masjid bermazhab hanafi. Sejam seleps masuk waktu baru azan. Mereka tak ada solat jamak(2 solat dalam 1 waktu). Jangan bergaduh bab solat jamak. Mereka tak tahu kewujudan solat jamak. Yang ada hanya solat qasar bagi mereka. Mostly tiada ruang solat perempuan.
  • Peminat kain saree cotton, ambil flight ke Surat.
  • Peminat kain saree silk, ambil flight ke Bangalore.
  • Bulan 7 8 9 bukan lah waktu yg baik. Musim panas.
  • Jangan balik selagi tak rasa briani rice, ghulab jamun, mango juice, shawarma, chicken tandori, gobi manchurian.
  • Benda murah boleh beli: segala fabrik, lacoste, segala jenis buku(novel, medical dan law book).
  • Muslim, Hindu ke semua akan tipu anda. Kalau driver/pekedai berkopiah berjanggut tipu anda itu perkara biasa. Ayat biasa mereka pakai “hey abang/kakak, kita sama-sama muslim. Tak kan saya tipu.” Last-last dia tipu.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 09:50 PM | Show all posts
Tq...Tq... for the tips. India adalah salah satu tempat yang takut nak pi, rasa tak selamat dan kotor
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 10:30 PM | Show all posts
Pernah gi yindia 2 thn lps..visit agra n kashmir..negara yg kotor n kurang sivik kencing sepah tepi jln jer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 01:53 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

15. Jangang bagi derma kat khalayak ramai...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.047625 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list