CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5199|Reply: 8

Salah Faham Perempuan dan Payong Emas

[Copy link]
Post time 2-2-2015 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by uniq61 at 2-2-2015 03:07 PM





[Dialog Rialiti@Kisah Benar]


Watak:

1) AKU (rakan yang menghubingi admin)
2) DIA (isteri kepada rakan karib si AKU)

3) ADMIN (TUAN BLOG)

P/s:Seorang rakan menghubungi admin dan mengkhabarkan sesuatu. Berikut cerita dan dialognya.





Tadi aku kongsikan video UFB mengenai hadith ‘Payong Emas’ pada seorang isteri rakan karib aku. Dengan tujuan memberi pendedahan bahawa hadith itu tidak benar, maka bolehlah dibantah jika ada pihak yang menggunakan hadith itu untuk penguat hujah. Bak kata UFB dalam video tersebut ‘aip aip! Nak payong emas tak? Nak payong emas tak?” Kita faham bukannya salah orang berpoligami tetapi cara mengugut dengan menggunakan nama agama itu yang kita tidak gemar.

Tetapi sebelum itu mengapa aku terlintas untuk memberikan perkongsian itu terhadapnya ialah kerana beberapa ketika si isteri sahabat baikku ini kerap ‘mention’ di ‘wall’nya mengenai hal ini. Wallnya berbunyi lebih kurang maksudnya; “Tak dapat paying emas pun tak pew, hahaha”

Natijahnya daripada perkongsian video itu yang asal tujuan untuk memberi pengukuhan pada dia atau dalam bahasa orang muda cakap ‘backup’ dia. Dia telah menghembur suatu kegilaan yang tidak semena-mena. Berikut mesej balas darinya;

Dia: Bongok! Kau dah kenapa bagi tajuk bodoh tu? Aku sepak kau laju-laju kang!
Aku: Lorrh, dengar dulu, dengar sampai habis dulu..

Dia: Ko nak buat ko punya pasal, tak payah nak mengajar aku bab agama tapi ko sendiri cetek agama! Ko bukan Rasulullah. Ko tak payah bagi aku dengar, tak hingin aku nak dengar (atau), nak tengok! Ko buat(jika kau mahu berpoligami), ko jangan hasut orang lain!

Aku: Ish2.. Taka da niat aku nak ajar ko bab agama ni, aku tau aku cetek agama, dengar dulu. Ini aku nak beritahu yang hadith payong emas tu bukanlah hadith. Orang kita ni yang tambah-tambah. Sebab tu dengar dulu.

Dia: Tak payah bagi aku dengar. Memang bodoh pun jantan khawen lebih dari satu ni. Bodoh! Nak ikut sunnah? Tapi solat tak pernah cukup. Sudah! Tak payah bagi aku dengar apa-apa. Aku memang nak dengar pasal hal macam ini tapi macam mana pun aku berpihak pada isteri. Siapa lelaki yang khawen lain tanpa pengetahuan isteri, itu bermakna dia khianat dan aniaya isteri dia sendiri. Doa orang teraniaya akan makbul. Tunggulah balasannya suatu hari nanti.





p/s: jelas disini si isteri rakan baik beliau sudah salah faham namun isteri rakan ini menggunakan cara menghina dan memarahi dengan tujuan akan kelihatanlah dia dipihak yang benar walhal dia sudah salah faham tetapi enggan mengaku. Sebenarnya jika dia ikuti video UFB yang berkeras dia enggan mendengarnya itu, sememangnya untuk membela isteri dari suami yang tidak jujur. Jadi sekarang dia pula ulangi point yang sepatutnya diungkap oleh si Aku itu. Kemungkinan Dia sudah termalu dengan sikap melulunya tetapi dia masih ego.

Aku:  Ko faham atau tidak sekarang ini aku sedang berpihak pada sang isteri (ini lah). Sebab itu aku kongsikan video ini pada ko. Kalau aku berpihak pada suami, baik aku beri pada MIZI (bukan nama sebenar) suami ko. Jadi dengarlah dulu, ustaz ini beritahu bahawa tidak ada sebarang hadith seperti itu. Itu hadith rekaan sahaja. Adoi..! Payah sungguh bercakap dengan orang taksub ni. Cuma janganlah cakap bodoh jantan kawen lebih dari satu. Nabi kita khawen lebih dari satu. Adakah Baginda saw bodoh? (a’uzubillah). Kita kalau nak membenci sekalipun, benci pada orang yang khianat. Bukan pada sunnah Nabi kita.


Dia: Memanglah. Aku maksudkan jantan sekarang. Bukan Nabi. Ada aku mention ke Nabi? (p/s: disini she’s got the point). Sudah lah! Tak payah bagi aku dengarpun taka pa (disini beliau sudah termalu (mungkin) dan berkeras tidak mahu mendengar video tersebut. Kemungkinan jika dia akur mendengar maka dia akan kelihatan bersalah kerana melulu tadi. Insan ini sungguh 'arrogant'. Kalau kaum india cakap;” itu perempuan kapla, dalam ada batu duduk”)Sepatutnya ko bagi kat semua jantan video tu sebab diorang yang jantan-jantan ni bodoh tak tahu pasal agama.(Secara tidak sedar dapat difahami semua jantan itu dia maksudkan termasuklah suaminya sendiri)

Aku: Ikut ko lah. Cuma satu saja. Nabi tidak pernah cakap pada umatnya (lelaki) ‘barang siapa yang berkhawen lebih dari satu, maka ketahuilah dia itu bodoh” Tak pernah. Kalau niat lelaki itu betul kerana Allah iaitu untuk hidupkan sunnah Nabi kita bagaimana? Kita tahu apa dalam hatinya? Urusan niat jangan kita campuri seoalah-olah kita sudah membelah dadanya. Kita hanya sebut pada yang zahir (dengan berbaik sangka sebagai asas). Adakah hanya Nabi yang boleh berkhawen lebih dari seorang isteri? Seandainya perkara ini suatu kebodohan tentu Baginda saw orang pertama yang menolak amalan ini. Berbicaralah menggunakan akal yang waras bukannya perasaan semata-mata. Takut-takut jatuh syahadah kita kerana ia boleh membawa maksud menghina sunnah Nabi saw.

Dia: Aku tak menghina Nabi pun. Tak da langsung aku mention nama Nabi..! Sudahlah, tak payah berceramah kat sini plak (p/s: yang tak suka dengar ceramah ni syaitan dan kaumnya saja. Adapun orang yang sihat akalnya gemar pada ceramah dan para mailaikat akan datang pada majlis-majlis ilmu.)

Aku: Aku tau ilmu agama aku tak tinggi macam ko. Aku sekadar nak berkongsi.

PERBUALAN TERHENTI SEKETIKA BUAT SEKETIKA. SI AKU MENGHUBUNGI ADMIN DAN MENKHABARKAN PERISTIWA INI. ADMIN TAHU DIA TERGURIS HATI DENGAN KATA-KATA HINAAN DARI ISTERI RAKAN BAIKNYA TERHADAP DIA. SETELAH ADMIN BACA PERBUALAN ITU ADMIN HANTAR MESEJ KEPADA si AKU

Admin
: Ini masalahnya bila kita tak sempat cakap lagi, dia dah siap dalam kepala dia hukuman. Dia dah set (dalam minda)’Kau cakap apa pun aku tetap nak menang. Dia fikir ko suruh dia bermadu walhal ko menerangkan susuatu yang bermanfaat buatnya. Akhirnya dia termalu tapi enggan mengaku. Bersungguh-sungguh dia beremosi sampai menjatuhkan air muka orang lain dengan menghina masa silam. Sebenarnya dia nak ‘cover’ malu. Melihatkan cara dia menempik pun dah tau dah ini orang jahil. Mintak lindunglah dari Allah. Jangan dapat isteri yang hanya muka lawa tapi jahil syariat. Inilah rupa akhlaknya nanti. Nau'zubillah.



MAKA ADMIN MENCANGKAN SUPAYA DIA MEMBERI MESEJ SEMULA YANG ADMIN BANTU KARANG UNTUKNYA. SUATU MESEJ YANG RINGKAS SAHAJA. PADA MULANYA SI AKU ENGGAN. BERIKUT KATA-KATANYA:


Aku: Aku malaslah admin. Tak nak bergaduh. Tapi memang betul pun apa yang dia kata tu. Aku pengetahuan agama tak ada. Tiba-tiba nak nasihat dia. Redha jela admin. Aku hormat suami dia. Sebab itu aku tak nak bagi apa yang admin karang tu. Takut nant dia terasa.

Admin: Tak perlu dilayan apa dia cakap (hina). Hujah admin itu pun ko boleh guna untuk nasihati diri sendiri. Kita nak buat baik, tak tunggu ma’sum. Semua orang ada kelemahan. Kalau tunggu dia ma’sum baru nak berbuat baik. Maka tidak ada siapalah yang akan beri peringatan. Dan ini (amal kebaikan hanya melalui penyebaran risalah tersebut) sesuatu yang mudah untuk ko. Lagipun niat ko elok. Dia yang menggelabah tak memasal. Kalau admin kesian pada suaminya, admin kesian kerana dia diuji dengan isteri begitu. Sekurang-kurangnya dengan cuba menyampaikan teguran dan peringatan ini insyaa Allah dia beroleh hidayah dan mahu berendah diri sikit. Mungkin satu hari dia mahu pergi cari majlis ilmu. Dan kerana hidayah Allah, melalui perantaraan ko ini lalu menjadi penyebab atau titik permulaan dia kearah yang lebih baik. Tetapi terpulanglah. Bagi admin, kalau nak sampaikan teguran maka inilah masanya. Kalau ko tunggu lain kali admin tak tau la. Sebab Nabi pesan kita supaya segerakan buat benda baik bila terlintas nak buat. Sebab kita tak tau apa akan terjadi dikehadapan.

Aku: Aku risau nanti jadi krisis pulak dengan kawan baik aku.

Admin: Adakah ko fikir dengan ko tidak sampaikan teguran ala ilmiah ini maka dia akan ok dengan ko? Adakah dia akan kembali hormat dan memohon maaf kerana kekasarannya? Takut-takut nanti dia pula yang menghasut suaminya jangan jumpa ko lagi. (p/s:adakah admin menghasut? astaghfirullah) Setidak-tidaknya  risalah telah disampaikan. Dan Allah jadi saksi yang ko dah sampaikan nasihat. Islam itu nasihat.. 'Ad Deenu Naseeha ..'

Aku
: Nanti rakan baik aku marah aku plak. Cuma aku bersangka baik dengan isteri rakan aku ini. Mungkin dia datang bulan. Tapi kalau admin dah cakap begitu tak apalah. Aku akan sampaikan. Harap-harap dia tak marah pada aku.

Admin: Ok. Kalau dia nak meroyan lagi, kita ingat balik niat kita buat ni Lillahi Taala.. Insyaa Allah. Nanti hari raya pergilah beraya rumah dia dan ko buat biasa saja. Masa itu minta maaf kalau ada terguris rasa. Puji-puji sikit baju raya dia.

BERIKUT TULISAN RINGKAS UNTUK SI ISTERI RAKAN BAIK:


[Peringatan Buat Mereka Yang Berakal Dan Mahu Berfikir]1)“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan”. (Imam Hasan Al-Basri)

2)Apa sahaja yang dikatakan oleh seseorang yang dapat memberi manfaat mahupun kebaikan kepada kita, ambil dan simpan sebagai pedoman hidup. Apa yang buruk dan tak berfaedah daripadanya, kita buang jauh-jauh. Walaupun seorang pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri! Saidina Ali r.a juga ada mengatakan: "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."

3)Sabda Baginda saw;“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.”-HR Muslim

Sabda Baginda saw lagi;“Kesombongan itu MENOLAK KEBENARAN dan MERENDAHKAN MARTABAT manusia.”-HR Muslim

Islam Melarang dan Mencela Sikap Sombong. Ia merupakan suatu sikap yang Rasulullah memberi amaran keras kepada umat Baginda SAW. Telah KAFIR si IBLIS Laknatullah dengan kedua gabungan akhlak ini! Bukan sahaja menolak kebenaran bahkan merendah-rendahkan orang lain. Di dalam Quran jelas menyebut Iblis itu 'Abba Was Takkbarraa' iaitu Enggan dan takabburr!

"..maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur (sombong) dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir“ (QS. Al Baqarah:34)

Dan Allah befirman; “..Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman:18)

Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Haritsah bin Wahb Al Khuzai’i berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong).“ (HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853).


4)IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA DIA TIDAK PERNAH MENGETAHUI AKAN LANDASAN ILMU" SEKIAN.


P/S: Dihujung mesej itu admin berpesan agar diberikan dia gambar ini tanda masih ada rasa dia sebagai isteri rakan baik kita.

SETALAH SI AKU MENGHANTAR MESEJ TERSEBUT. SI AKU PUN MESEJ ADMIN.
Aku: Admin, takpa ke aku bagi mesej macamtu? Macam keras je bunyi dia.

Admin: Ko baca ayat dia tulis pada ko dengan yang ko mesej kali ini. Agak-agak mana keras?

Aku: Betul jugak tu.
Aku: Admin, dia reply “perhh ustaz Morsi…” (Bukan nama sebenar). Aku rasa tak perlu reply dah kot.

Admin: Reply kat dia ini (admin bergurau)



Aku: HAHAHAHA!! Itu nak ajak bergadoh tu, tak nak aku.

Admin: Kalau adminlah admin cakap “Terima kasih.. amin..” Cara dia itu sebenarnya dikira perlekehkan orang lagi lah tu. So admin cadang kita stop. Yang penting risalah sudah disampaikan. Jika tak mau ikut biarlah. Adapun tentang perkataan dia. Dalam Quran Allah befirman yang maksudnya lebih kurang (sebab admin ingat-ingat lupa). “Kau (Muhammad) hanya pemberi peringatan, jangan berat dengan perkataan mereka.” (Surah dan ayat tidak pasti) Maksudnya jangan peduli. Allah pujuk tu.

TAMAT


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 04:22 PM | Show all posts
mati2 aku ingat cite pasal payung rasul td
mmg ada kenalan aku yg dapat tau suami dia kawin lain...lepas 3 tahun pon masih meroyan lagi

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 12:32 PM | Show all posts
dialog along ngan ayahnya...me,tukang dengar

ayah : long,...bleh tak ayah kawin lagik...(masa derang tgk cinta ibadah smalam) nanti ayah carik muka yg sama cam mama
along : taknak la...nanti raya susah
ayah : laaaaa...nanti mama dapat payung emas kat syurga
along : ala kalau dah masuk syurga kan bleh mintak apa2 kat Allah.ayah tak yah kawin lagik mama bleh je mintak payung emas ke belian ker....takyah tunggu ayah kawin lagik...kat syurga kan bleh mintak apa2

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa masyarakat kita selalu disogokkan dengan term payung emas? Terkejar2 payung emas ke wahai wanita yang rela dimadu? Kelakar pun ada. Macam budak2.

Bagi i, xkisah la kalau hubby nak kawin lebih.  Hak dia. I terima je baik buruk semuanya ujian. Bahagian masing2..

Perempuan kat dunia pun lebih banyak dari lelaki, lagipun xde larangan dalam Islam untuk suami kahwin lebih. Asalkan adil. I terima dengan hati terbuka.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 10:14 AM | Show all posts
Dah lama tahu hadis payung emas nih hadis tipu. Sama jugak macam cerita'kisah kaabah' dan hadis rambut pompuan kena bakar sampai mendidih otak kat neraka sebab tak bungkus rambut atau pakai tudung masih nampak rambut.

Apa lagi hadis tipu yang kita duk percaya sekarang nih yer??? Oh! dengar cerita siksa kubur tu pun hadis tipu jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 03:34 AM | Show all posts
Fieza-mira replied at 14-2-2015 10:14 AM
Apa lagi hadis tipu yang kita duk percaya sekarang nih yer??? Oh! dengar cerita siksa kubur tu pun hadis tipu jugak....

Pasal siksa kubur bukan hadith palsu. Golongan anti-hadith yang kata hadith palsu, sebab memang mereka tak percaya hadith. 'Hadith' yang mereka percaya, hanyalah 'Hadith Allah', iaitulah Al-Quran. Itupun mereka percaya dengan belajar dari terjemahan-terjemahan (terutamanya dari bahasa Inggeris: Concordance)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2015 10:23 AM | Show all posts
Ada seorang ustaz cakap.....
Dalam surga ada hujan ke ? Atau matahari panas terik?
Da sah hadis payung emas ni..hadis palsu.

Isteri mana yang rela suami berpoligami? Kalau ada yang redha pun,
Masayallah....hanya allah yang akan beri ganjaran...

Bagi isteri yang tak rela ...tak pasal memang fitrah wanita ,cemburu
Dan tak rela berkongsi suami.cuma jangan membenci poligami kerana ini
Sunah rasul....

Bagi suami....ingat ingat kalau ada hajat berpoligami..bole bersikap adil tak?
Nak ikut nafsu ke nak ikut sunah?....masing masing la jawab....
Ada niat berpoligami tapi kalu tak jadi pun takpe kalau memang ikhlas kerana
Nak Ikut sunah...ibadah jugak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 12:38 PM | Show all posts
mnm77 replied at 15-2-2015 03:34 AM
Pasal siksa kubur bukan hadith palsu. Golongan anti-hadith yang kata hadith palsu, sebab memang me ...

Ada satu lagi cerita pasal jambatan siratulmustaqim (sehelai rambut dibelah 7). Belum pasti kesahihannya dan cerita nih pun ada dalam ajaran Majusi. Adakah ini ajaran Majusi yang diserap ke dalam agama Islam oleh oleh padri2 majusi yang memeluk Islam pada zaman dahulu??

P/S: Saya bukan anti hadis. Saya percaya hadis Nabi tapi hadis yang sah lah bukan hadis tokok tambah dan rekaan Syiah...kebanyakan hadis tipu datang dari ajaran Syiah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 11:58 AM | Show all posts
Payung Emas tu sebagai simbolik ajer.. mmg xde pun dpt payung emas.. xde tercatit pun dlm hadis/quran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.644726 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list