View: 4123|Reply: 3
|
Islam Tersebar Dengan Pedang
[Copy link]
|
|
Edited by uniq61 at 2-2-2015 03:00 PM
Jika Islam Agama keamanan kenapa ia tersebar dengan pedang?
Al-Jawap:Islam berasal dari perkataan dasar “SALAM” yang bermaksud “Sejahtera”. Ia juga bermaksud mengabdikan/menyerahkan diri kepada Allah Taala. Tuhan Yang Maha Kuasa. Maka secara ringkasnya Islam bermaksud Kesejahteraan berdasarkan/melalui cara mengabdikan/menyerahkan diri kepada Allah Taala.
Islam adalah agama yang mahu menyebarkan keamanan ke seluruh dunia. Tetapi terdapat sebahagian orang yang tidak mahu keamanan terdapat di dunia demi kepentingan mereka. Kita tahu siapa mereka (Freemason/Yahudi/Amarika/Syiah) Dalam usaha mengekang kezaliman mereka ini maka kekerasan yang selayaknya harus dan perlu. (Kerana apa dikatakan kekerasan yang selayaknya? Kerana perang Islam dengan peperangan kuffar jauh berbeza. Kita tidak bunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan golongan yang tidak memegang senjata. Sejarah cukup menunjukkan negara yang dipimpin oleh tentera Islam, dalamnya Yahudi dan Nasrani hidup aman, tetapi apabila Yahudi dan Nasrani berkuasa, umat Islam dibunuh sewenang-wenangnya.)
Sebab itulah pihak polis memilih kekerasan terhadap penjenayah berbahaya untuk menyebarkan keamanan. Adakah polis yang menangkap dan menembak pembunuh bersiri yang telah membunuh ahli keluarga dan jiran kita itu salah kerana menyebarkan keamanan menggunakan pistol pada orang yang sepatutnya? Maka kadang-kala kekerasan memang boleh untuk menyebarkan keamanan di dunia. Samalah juga Islam sebagai agama keamanan tetapi ada ketikanya terdapat sekelompok manusia yang menyekat atau memerangi keamanan daripada disebarkan, kekerasan boleh dipertimbangkan pada ketika itu.
Jawapan terbaik yang boleh diberikan kepada soalan seperti ini kepada orang kafir adalah (bahawa Islam tersebar dengan pedang): “telah diberi oleh ahli sejarah terjenal bernama De Lacy O’Leary dalam bukunya “ISLAM AT THE CROSSROADS” muka surat 8 beliau berkata: “Sejarah telah membuktikan bahawa lagenda Muslim fanatik secara besar-besaran menakluk dunia dan menyebarkan Islam diHUJUNG PEDANG terhadap para kaum tawanan merupakan MITOS (REKAAN PALSU) TERHEBAT yang paling tidak masuk akal (TIDAK LOGIK) pernah diulangi oleh ahli sejarah.”
Kamu tahu? Muslim telah memerintah Sepanyol selama lebih kurang 800tahun dan kita tidak menggunakan pedang. Tidak lama setelah itu tentera SALIB datang dan menghancurkan orang Islam. Ketika itu telah berlaku, tiada seorang pun Muslim yang mampu untuk mengumandangkan azan! Kita (Muslim) tidak menggunakan pedang, Muslim juga adalah pemilik kepada Arab Saudi selama 1400tahun yang lalu. Diulangi, Arab memerintah negara-negara Arab selama 1400 tahun yang lalu. Ada beberapa tahun British datang, Perancing datang, (tetapi secara keseluruhannya kita masih menguasai negara Arab, Alhamdulillah). Dan adakah kamu mengetahui pada hari ini terdapat 14 juta orang Arab yang menjadi penganut agama Kristian Koptik. Kristian Koptik bermaksud adalah mereka kristian sejak lahir, daripada generasi terdahulu. Bermaksud ayah dan datok mereka adalah Kristian. 14 JUTA KRISTIAN KOPTIK wujud pada hari ini yang terdiri daripada kaum Arab.
Muslimah? Bukan. Ini adalah Kristian Orthodok di Russia.
Mungkin kita patut jemput mereka datang ke sini untuk mengajar orang kita cara berhijab.
Orthodok merupakan mazhab dalam Kristian. Cara ibadat mereka seakan-akan seperti Islam. Mereka bersembahyang, berpuasa, membayar zakat tetapi ada perbezaannya dengan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Mazhab ini muncul disebabkan ada segolongan kecil dalam komuniti Kristian cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh Nabi Isa a.s.Vatican menghukum mereka ini sesat.
Jika Muslim mahu! Kita boleh tukar agama setiap orang Arab dengan menggunakan MATA PEDANG! Tetapi mereka ini, seramai 14juta Kristian Koptik berbangsa Arab adalah saksi bahawa Islam tidak disebarkan melalui pedang. Muslim telah memerintah India selama 1000tahun. Dalam tempoh yang selama itu, jika kami mahukan, kami boleh tukar agama non muslim menggunakan mata pedang. Tapi itu tidak berlaku. Pada hari ini terdapat 80% kaum India yang non Muslim. Mereka seramai 80% kaum india yang tidak beragama Islam ini adalah saksi bahawa Islam tidak disebarkan melalui pedang.
Terdapat negara yang mempunyai populasi tertinggi orang Islam iaitu Indonesia. Saya ingin bertanya, tentera Islam mana yang pergi menakluk Indonesia? Tentera Islam mana yang pergi dan menakluk Malaysia? Tentera Islam mana yang telah pergi ke pantai timur Afrika? Pedang yang mana??
Thomas Carlyle ahli sejarah terkenal telah memberi jawapan. Katanya: “PEDANG? INDEED/Sememangnya pedang, Kamu perlu dapatkan pedang itu. Setiap pendapat baru pada permulaan berasal dari pemikiran seorang. Seorang lelaki yang menentang seluruh dunia. Di dalam fikiran seorang lelaki, ia berdiam diri/bersendirian/seorang diri. Jika kamu berbuat sedikit kebaikan, maka ia akan mengambil pedang itu dan cuba menyebarkannya. KAMU HARUS DAPATKAN PEDANG KAMU” Pedang apa yang dimaksudkan ahli sejarah ini? Walaupn jika dia mempunyai pedang logam, dia tidak dapat menggunakannya. Kerana al-Quran, surah al-Baqarah ayat 256 berkata: “Tidak ada paksaan dalam ad-deen (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur/kafir)”. Kita mesti sampaikan kebenaran pada mereka . Kamu tidak boleh paksa seseorang menukar agama mereka menggunakan mata pedang mahupun pistol. Tetapi kebenaran mesti disampaikan dan jika mereka mahu menerimanya, segala puji milik Allah. Jika mereka enggan menerima, no problem. Maka pedang yang dimaksudkan oleh Thomas Carlyle adalah pedang intelek (ia sebuah metafora/ibarat).
Dalam Surah an-Nahl ayat 125: “Serulah (Invite) ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik..”
Inilah pedang kebijaksanaan dan hikmah lagi intelek (bijak) (yang digeruni pembenci-pembenci Islam)
Ada suatu artikel dalam majalah PLAIN TRUTH. Ia adalah artikel yang dihasilkan kembali dari READERS DIGEST. Artikel Almanac tahun 1986. Di dalamnya ia memberi statistic peningkatan agama utama dunia antara tahun 1934 hingga 1984. Dalam tempoh 50 tahun ia menunjukkan peningkatan agama utama dunia. (berdasarkan artikel tersebut) Nombor 1 adalah Islam:235% manakala Kristian sekadar: 47%. Maka saya ingin bertanyakan soalan kepada mereka yang menimbulkan keraguan ini: Perang apakah yang berlaku antara tahun 1934 dan 1984 yang menyebabkan jutaan manusia ini memilih Islam sebagai agama? Perang apa? (Pedang mana yang digunakan oleh Islam?) Pada hari ini, agama yang paling pesat berkembang di Amarika adalah Islam. Agama yang paling pesat di Eropah adalah Islam. SAYA TANYA KAMU (Para penimbul fitnah dan keraguan terhadap Islam) Which SWORD THAT ASKING THESE WESTERNER TO REVERT/CHOOSE ISLAM? WHICH SWORD? Siapa yang memaksa mereka pada hari ini? Agama paling pesat di Amarika dan Eropah hari ini adalah Islam.
Dr. Adam Pearson berkata: “Orang yang bimbang (kononnya) pada suatu hari nanti senjata nuclear akan jatuh ke tangan bangsa Arab, merekalah yang gagal untuk menyedari bahawa bom (milik) Islam telah pun dijatuhkan/letupkan. Ia telah jatuh (letup) pada hari Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam dilahirkan.
P/S: Hanya mereka yang buta sejarah lagi bodoh akan menimbulkan isu ini demi memburukkan Islam. Mereka sebenarnya mahu menuduh Islam adalah pengganas sedangkan Fakta sebenar tidak memihak pada niat jahat mereka.
07/15 (SFTI) Islam Tersebar Dengan Pedang ? - Dr Zakir Naik (subtitle BM)
|
|
|
|
|
|
|
|
akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab akan memutarbelitkan fakta ini |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak begitu bersetuju dgn cara artikel ni diolah. Beat around the bush.
Sebaiknya dijelaskan maksud hadith yg berkaitan ni.
Muslim tak perlu takut utk admit Islam disebarkan melalui peperangan, dimana pedang digunakan. Bukan saja pedang malah senjata lain pun digunakan. Sejarah membuktikan.
Tapi kita sepatutnya mampu menghuraikan maksud PEDANG dlm hadith tersebut dan bagaimana berbezanya konsep perang yg dimaksudkan dan juga hikmah dari peperangan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yg akan hentam u nanti... Tengokla... Silap hb nanti ada yg kata amalan u tak diterima..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|