View: 2308|Reply: 2
|
22 Kenderaan Mewah Disita Kerana Kes Korupsi
[Copy link]
|
|
22 Kenderaan Mewah Disita Kerana Kes Korupsi (12 Gambar)
Bagus!
Indonesia ialah antara negara yang mempunyai masalah korupsi yang kronik. Tidak seperti Malaysia yang kita tahu bersih dari segala jenis korupsi kolaj biru ataupun putih. Ahli politik Indonesia juga korup dan menyeleweng. Tidak seperti di Malaysia dimana ahli politik bekerja untuk rakyat dan hidup marhaen tanpa sekelumit kemewahan. True story bro!
Di bawah ialah kenderaan-kenderaan mewah yang dimiliki Tubagus Chaeri ‘Wawan’ Wardana’ yang disita oleh Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia .Tubagus Chaeri Wardana ialah adik kepada Gabenor Banten Ratu Atut Chosiyah yang kini turut juga ditahan kerana kes korupsi. Tubagus Chaeri Wardana adalah suspek kes korupsi melibatkan pembelian alatan hospital, rasuah ketika pilihanraya dan pengubahan wang haram. Isteri belia yang juga merupakan seorang Datuk Bandar juga antara saspek yang ditangkap. Pihak berkuasa Indonesia menyita 22 kenderaan-kenderan yang dimiliki dua individu ini. Ada yang dijumpai di rumah kediaman rasmi dan ada juga disorokkan di rumah pekerja mereka. Sungguh licik! Nilai kenderaan yang disita dikatakan sekitar USD 3 Juta. Mewah!
Best betul Indonesia.Ketika barang disita media boleh melaporkan dengan bebas.
Laporan asal Kompas
kredit:www.blogserius.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaekla tubagus
hajat di hati nk buat koleksi hot wheels tapi terbeli kete betul pulak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|