CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2987|Reply: 10

Curiga Mahu Tunai Haji Guna Wang Gegar Vaganza

[Copy link]
Post time 17-1-2015 12:05 AM | Show all posts |Read mode
Ayai (Ilusi) Curiga Mahu Tunai Haji Guna Wang Gegar Vaganza
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 12:32 AM


[size=0.75em]Ayai (Ilusi)

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Penyanyi Ayai (Ilusi) yang mendapat RM100,000 selepas menjuarai Gegar Vaganza pada mulanya curiga untuk menggunakan wang berkenaan bagi menunaikan ibadah haji bersama isteri.

Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin , 53, berkata, dia telah meminta kepastian mengenai status wang tersebut sama ada dibolehkan atau tidak bagi tujuan berkenaan.

"Saya bertanya beberapa ustaz di program Pencetus Ummah dan Imam Muda Asyraf tentang perkara ini bagi meminta kepastian kepada mereka yang tingggi ilmu agama Islamnya terlebih dahulu.


[size=0.98em]

"Mereka memberitahu tidak salah kerana ia adalah rezeki yang Allah beri dan dilakukan dengan hasil usaha sendiri serta tidak menyimpang.

“Lirik-lirik dalam lagu yang saya bawakan sepanjang pertandingan juga tidak mempunyai unsur lucah dan mengghairahkan," ujarnya kepada mStar Online.

[size=0.75em]Ayai ketika memenangi Gegar Vaganza pada 4 Januari lalu yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM100,000.


Ayai berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan taklimat program Kilauan Emas musim kelima, di Restoran Fish & Co, Pavilion, di sini Khamis.

Penyanyi itu diumum sebagai juara program akhir Gegar Vaganza yang berlangsung pada 4 Januari lalu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi.



Tambah Ayai, keyakinan yang diberikan oleh beberapa ustaz tersebut membuatkan dia betul-betul tekad melaksanakan ibadah itu pada tahun ini.

Sementara itu, Ayai berkata kehidupanya mula berubah sejak menyertai pertandingan tersebut.

Jadualnya kini padat dengan program bersama Astro serta banyak menerima undangan nyanyian.

"Alhamdulillah kehidupan berubah sedikit selepas menang, pergi pasar pun orang ingin bergambar kalau dulu ketika bekerja di pejabat pun orang tidak tahu saya ini penyanyi.

"Undangan nyanyian pun sudah ada dan aktiviti dengan pihak Astro membuatkan saya terpaksa berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2015 01:21 PM | Show all posts
Kalau perempuan yang menang mcmana pulak tu?? Boleh ke duit tu digunakan??
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 01:36 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 20-1-2015 01:21 PM
Kalau perempuan yang menang mcmana pulak tu?? Boleh ke duit tu digunakan??

terrer soalan hang ni
mari kita tengok
siapa yg sudi jawab


....................pasal, aku lari dulu leeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 20-1-2015 01:36 PM
terrer soalan hang ni
mari kita tengok
siapa yg sudi jawab


Kannn... Lagi satu yg peliknya dia bertanya seolah2 dia pun dah tahu duit nyanyian tu shubhah. Apa beza dgn duit nyanyi nk bg makn anak bini dgn yang nak diguna buat pg haji atau umrah? Ataupun depa duk fikir duit mkn anak bini harus " tak apalah tak halal manapun"  tapi nk gi umrah/ haji kena halal sepenuhnya. Pelik org2 melayu islam ni kdg..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:13 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 20-1-2015 02:24 PM
Kannn... Lagi satu yg peliknya dia bertanya seolah2 dia pun dah tahu duit nyanyian tu shubhah. A ...

Pelik org2 melayu islam ni kdg..


nak buat camna
maklumlah dok slogankan - takkan melayu hilang didunia


tak leh salahkan masyarakat sangat
kan masyarakat ni kurang faham sikit
yg ustaz2/pengajar2 tu yg patut lagi disalahkan
keluarkan HUKUM sendiri2 je


....................melayu ooooooo melayu



Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:35 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullah

Uncle dengar Ayai ni bagus orangnya..

'Soalan" dia pun timbul ..sebab lahir drp "keimanan" ..kalau tak...pasti dia akan tak kisah je...

Bagi Uncle..Uncle suka juga dgn sikap sebegini...spt yg kita pernah dengar drp kisah ulama dulu dulu..utk menilai keislaman & keimanan seseorg/ diri sendiri...adalah melalui perkara sebegini...iaitu..

kalau kesalahan/ dosa kita anggap seperti lalat yg hinggap d hidung, yg boleh kita tepis sja.....maknanya...tipis sungguhlah keimanan & keislaman kita!

Tapi..kalau kita seringkali muhasabah....menilai...nak p haji pun ..kita risau dgn duit kita dsbnya...Insyaallah..itulah tanda tanda kita diberi naungan Allah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2015 03:28 PM | Show all posts
buat sedekah jela pakcik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi saya kalau rasa x yakin duit tu tunai haji beribadat .baik x yah guna..gunalah simpanan sendiri...pahala 1/2 dia dapat...1/2 lagi yang sponser tu dapat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2015 10:54 PM | Show all posts
cuba minta pendapat mufti pula....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ayai ni..wajib ayai menunaikan haji.sbb dah berkemampuan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 05:19 PM | Show all posts
Bagus sebab dia rujuk org agama dulu sblm pergi haji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050075 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list