|
salam
ya Aliooonn ..
suatu hari jugak kamu akan akur dengan takdir menimpa kamu ..
inilah yang d'kata Qadha dan Qadar ..
Rukun iman ke 6 tidak terdapat dalam Quran. Bagi aku tak wujud konsep takdir. Al-Qada’ dan al-Qadar merupakan rukun Iman keenam sebagaimana
sabda Nabi s.a.w apabila d'tanya Jibril a.s berkenaan Iman:
أن تؤمن بالله
Hendaklah kamu percaya kepada Allah,
وملائكته
MalaikatNya,
وكتبه
Kitab-kitabNya,
ورسله
Rasul-rasulNya,
واليوم الآخر
Hari Akhirat,
وتؤمن بالقدر خيره وشره
dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk
[al-Bukhari, Muslim].
HUKUM BERIMAN DENGAN AL-QADA DAN AL-QADAR
Jelas daripada hadis terdahulu bahawa al-Qadar dan al-Qada
termasuk rukun Iman yang enam
maka mereka yang tidak percaya dengan perkara ini adalah kufur.
Ingkar kepada al-Qadar bermakna ingkar kepada Qudrat Allah s.w.t
sebagaimana kata Imam Ahmad bin Hanbal r.h:
القدر قدرة الله
“Qadar itu Kekuasaan Allah”.
[Tuhfah al-Saniyyah fi Syarhi al-Haiyyah, syeikh Muhsin al-Abbad].
Berkata Saidina Ibn Abbas r.a:
القدر نظام التوحيد فمن وحد الله وكذب بالقدر فقد نقض تكذيبُه توحيده
“(Beriman kepada) al-Qadar itu termasuk dalam Tauhid,
maka sesiapa yang mentauhidkan Allah
tetapi mengingkari Qadar maka pengingkarannya itu membatalkan tauhidnya”.
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika recite bermaksud baca dari bacaan yg disampaikan pasti Jibril ada baca dulu. Tapi hadis tak sebut. Jadi maknanya baca dari sesuatu yg Nabi boleh lihat.
Amar maaruf = suruh buat kebaikan tak sama dgn membantu masyarakat (kerja kemasyarakatan). Suruh buat baik bukan bermakna dia sendiri buat.
Ayat 42.7 juga sebut hari jumaat (يَوْمَ الْجَمْعِ) tapi bukan bermaksud hari Jumaat. Byk lagi ayat Quran sebut hari tapi bukan bermaksud hari dalam seminggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika segalanya sudah Tuhan tentukan tiada guna jadi baik sebab Tuhan dah tentukan ke syurga atau neraka. Ada kisah abid masuk neraka. Ada kisah pelacur masuk syurga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 9-2-2015 12:25 PM
Alion replied at 5-2-2015 10:09 PM
Jika recite bermaksud baca dari bacaan yg disampaikan pasti Jibril ada baca dulu. Tapi hadis tak sebut. Jadi maknanya baca dari sesuatu yg Nabi boleh lihat.
Bila masa ada hadith kata Nabi baca dengan melihat dari helaian? Saya dah minta kamu buktikan, tapi macam biasa kamu tak buktikan lalu masih buat ANDAIAN!
Kamu suka berANDAIAN tanpa beri bukti! Itu dah jadi fitnah, melainkan kamu buktikan!
Amar maaruf = suruh buat kebaikan tak sama dgn membantu masyarakat (kerja kemasyarakatan). Suruh buat baik bukan bermakna dia sendiri buat.
Amar Ma'aruf tu ajak/perintah melakukan kebaikan terhadap orang lain. Masyarakat tu bukan orang lain kah? Bantu orang lain tu bukan termasuk dalam Amar Maaruf?
Apasal kamu ni macam tak tahu guna logik pula sejak kebelakangan ni? Nampak andaian kamu semakin mengarut pula.
Ayat 42.7 juga sebut hari jumaat (يَوْمَ الْجَمْعِ) tapi bukan bermaksud hari Jumaat. Byk lagi ayat Quran sebut hari tapi bukan bermaksud hari dalam seminggu.
Sila nyatakan dalam bahasa Arab, apakah sebutan DALAM BAHASA ARAB yang dipanggil 'HARI' dalam bahasa Melayu. Saya dah agak yang kamu akan kata يَوْمَ الْجَمْعِ bukan Hari Jumaat. Kamu tak berikan terjemahan يَوْمَ tapi akan kata يَوْمَ tu bukan hari. Itu ANDAIAN kosong kamu tanpa sebarang dalil atau bukti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadis tak kata baca dari helaian. Tapi Jibril minta Nabi baca. Maknanya baca dari sesuatu. Bukan ulang apa yg Jibril baca atau hafal sesuatu. Ini gambaran dari hadis. Bolehkah kau beritahu Nabi baca dari apa jika kau tak setuju.
Amar makruf = ajak kepada kebaikan. Amar = promosi. Contoh ajak makan. Ajak makan & makan adalah berbeza. Ajak buat baik & buat baik adalah berbeza. Ajak & buat tak sama kan.
Aku tak kata يَوْمَ bukan hari tapi aku kata يَوْمَ tak mesti hari dalam seminggu. Contoh jelas ayat 42.7 sebut hari jumaat tapi bermaksud hari himpun (hari kiamat).
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 10-2-2015 05:03 PM
Alion replied at 9-2-2015 05:44 PM
Hadis tak kata baca dari helaian. Tapi Jibril minta Nabi baca. Maknanya baca dari sesuatu. Bukan ulang apa yg Jibril baca atau hafal sesuatu. Ini gambaran dari hadis.
Mana hadithnya yang kau buat gambaran kononnya nabi baca dari sesuatu atau helaian kertas? Kau hanya buat andaian tanpa bukti! Pastu kau berandaian lagi kononnya Nabi tak ulang baca dari apa yang dibacakan.
Kau dah buat gambaran yang salah tentang hadith, sebab tu aku minta bukti mana hadithnya?
Dalam Al-Quran pun ada sebut baca (Iqra), tapi tak disebut pun baca dari sesuatu helaian. Sama juga macam hadith.
Bolehkah kau beritahu Nabi baca dari apa jika kau tak setuju
Memang aku tak setuju dengan kefahaman kau pasal Nabi 'baca', sebab kau buat andaian tanpa bawa bukti, baik dari Al-Quran, mahupun tuduhan pada hadith.
Bukti dan dalil yang dah diberi sebelum ni jelas menunjukkan Al-Quran bukannya turun sebagai helaian yang dibaca darinya:
وَلَوْ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ كِتَابًا فِي قِرْطَاسٍ فَلَمَسُوهُ بِأَيْدِيهِمْ لَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ
Dan sekiranya Kami turunkan kepadamu kitab/tulisan (كِتَابًا) di atas kertas (قِرْطَاسٍ), lalu mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata".
Al-Quran itu turun dengan BACAAN yang dibaca (diulang/diikut) darinya. Bukti Nabi baca (iqra) dari BACAAN:
فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. (Al-Qiyamah, 18)
Maka, sungguh JELAS dari Al-Quran itu sendiri, Nabi baca dengan kaedah ikutan BACAAN, bukannya menunjukkan Nabi baca dari sesuatu helaian. Jika kau buat andaian Nabi baca dari sesuatu helaian, buktikan dengan fakta Al-Quran atau Hadith, bukan dari andaian kau semata-mata.
Amar makruf = ajak kepada kebaikan. Amar = promosi. Contoh ajak makan. Ajak makan & makan adalah berbeza. Ajak buat baik & buat baik adalah berbeza. Ajak & buat tak sama kan.
Ajak buat baik tu satu perbuatan baik la. Bahkan ia lebih baik kerana mengajak ke arah kebaikan, menyemarakkan kebaikan, ini adalah dakwah. Kau ingat ajak tu duduk diam tak cakap apa-apa? Kalau tak buat apa-apa macamana nak ajak?
Jika makan itu dikira satu perbuatan baik, maka ajak makan juga satu perbuatan yang baik kerana mengajak berbuat sesuatu yang baik.
Ajak makan + makan = 1 perbuatan baik + 1 perbuatan baik = 2 perbuatan baik.
Ajak ke arah kebaikan = satu amalan baik
Buat baik perkara yang diajak itu = tambah satu lagi amalan baik
Tak faham lagi?
Ni isu sampingan, tak perlu dipanjangkan lagi. Isu ni timbul sebab kau cipta istilah baru pasal perintah solat pada hari Jumaat.... kononnya 'kerja kemasyarakatan'. Kita tumpu dan selesaikan isu SOLAT JUMAAT dan HARI JUMAAT dulu, lepas tu kalau nak bincang pasal amar ma'ruf kita boleh buat perbincangan lanjutan.
Aku tak kata يَوْمَ bukan hari tapi aku kata يَوْمَ tak mesti hari dalam seminggu. Contoh jelas ayat 42.7 sebut hari jumaat tapi bermaksud hari himpun (hari kiamat).
Ayat 7 surah Asy-syu'ara tu merujuk kepada hari berkumpul (يَوْمَ الْجَمْعِ), bukan hari Jumaat. Cuba lihat betul-betul. Atau kau tak tahu perbezaan antara JAMA' dan JUMU'AH?
Contoh:
Solat Jama' = Solat Himpun, yang mana 2 solat dihimpunkan dalam 1 waktu. Memang dibolehkan bila memenuhi syarat tertentu, tak terbatas pada hari.
Solat Juma'at pula bukan Solat Jama'. Solat Jumaat/Jumu'ah ialah Solat yang dilakukan pada Hari Jumaat/Jumu'ah.
Macamana kau boleh ambil istilah hari jumaat = hari himpun = hari kiamat?
Kau ni banyak buat andaian yang samar-samar, tapi kau kata jelas? Sebelum ni kau kata kau solat jumaat dengan buat kerja kemasyarakatan. Sekarang kau cipta istilah Jumaat = Kiamat? See, kau dah buat banyak percanggahan!
Cara solat jumaat contohnya bantu mangsa bencana spt banjir kemalangan org miskin dll.
Sekarang kau dah terjerat dengan andaian kau sendiri...
Bila aku tanya pasal hari (يَوْم), kau kata Hari Jumaat tu Hari Himpun (Hari Kiamat).
Teringin aku nak tahu istilah Kiamat tu kau faham macaman pula? Boleh terangkan?
Aku nak tanya lagi sebab aku tengok kau ni banyak BERANDAIAN yang tak berasas... aku harap kau jawab soalan mudah:
1. 'HARI' dalam bahasa Arab disebut apa?
2. 'JUMAAT' dalam bahasa Arab disebut apa?
3. 'HARI JUMAAT' dalam bahasa Arab disebut apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
Jika segalanya sudah Tuhan tentukan tiada guna jadi baik sebab Tuhan dah tentukan ke syurga atau neraka. Ada kisah abid masuk neraka. Ada kisah pelacur masuk syurga. ooii .. ya Aliooonnn ..
Takdir Illahi .. sudah d'tetapkan mempunyai ukuran ..
Takdir Manusiawi .. boleh berubah ..
maka sebagai ASWJ ..
d'suroh dan d'perentah ..
Wajib ikhtiar dan usaha .. Harus dapat ..
bukan Wajib dapat kerana Takdir Illahi laaa ..
DIA yang menentukan ..
supaya sebagai manusia tidak berputus asa ..
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
Ayat 42.7 juga sebut hari jumaat (يَوْمَ الْجَمْعِ) tapi bukan bermaksud hari Jumaat issshh .. apa funya kebodohan kamu ..ya Aliooonn ..
kan ada perbezaan ..
يَوْمَ الْجَمْعِ
dengan
يَوْمِ الْجُمُعَةِ
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadis kata Jibril suruh Nabi baca. Nabi kata tak tahu baca. Bolehkah kau terangkan baca apa?
http://sunnah.com/muslim/1/310
Ajak buat baik & sendiri buat baik tak sama. Jika kau ajak buat baik tapi kau sendiri tak buat = tak baik. Serupa juga promosi solat & dirikan solat tak sama. Jika kau promosi solat tapi kau sendiri tak solat = tak baik.
Perkataan الْجَمْعِ dan الْجُمُعَةِ dari root yg sama ج م ع yg bermaksud himpun (assembly), bersama (together), congregation (jemaah), dll.
Hari Jumaat memang dipanggil hari Jumaat. Tapi perkataan hari jumaat dalam Quran bukan bermaksud hari ke 6 dalam seminggu. Serupa juga hari Sabtu memang dipanggil hari Sabtu. Tapi perkataan hari sabtu dalam Quran bukan bermaksud hari ke 7 dalam seminggu. Contoh lain Kaabah memang dipanggil Kaabah. Tapi perkataan kaabah dalam Quran bukan bermaksud Kaabah di Mekah. Ini dah boleh buat topik lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
adoii banyaknyer istilah
hai ....tengpok quran surah Al Jumuah i think ayat 11 dan ke bawah....jelas suh pi solat as in perbuatan solat ...bukan berniaga ketika time solat tu ...adehh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 11-2-2015 10:44 AM
Kat mana dari terjemahan hadith tu yang kata Nabi baca dari sesuatu/HELAIAN KERTAS, seperti yang kau tuduh? Tak ada !! Tak ada satu pun kenyataan dalam hadith tu yang menggambarkan Nabi membaca dari sesuatu helaian. Sebab tu aku kata kau buat ANDAIAN.
Berkaitan hadith tersebut, ia merupakan WAHYU pertama kepada Nabi.
Apabila malaikat (Jibril AS) perintah iqra (baca) kepada Nabi:
الْمَلَكُ فَقَالَ اقْرَأْ
Nabi menyatakan yang baginda tidak tahu membaca
مَا أَنَا بِقَارِئٍ
Ini menunjukkan pengakuan yang Nabi Muhammad SAW bukannya seorang yang pernah mempelajari secara formal berkaitan ilmu cara-cara untuk membaca.
Kemudian Jibril AS sebut/perintah lagi اقْرَأْ, sehingga kali yang ketiga... Yang mana perintah اقْرَأْ yang dimaksudkan itu bukan bermakna baca dari sesuatu helaian, akan tetapi baca dari BACAAN yang disampaikan. Jika اقْرَأْ itu bermakna baca dari helaian, sudah tentu Nabi akan ceritakan perihal helaian yang dibacanya, dan bawa bukti helaian itu kepada isterinya Khadijah R.Anha.
Tidak ada satu pun keterangan dari hadith tu yang menggambarkan Nabi baca dari sesuatu helaian, yang ada cuma pengakuan Nabi tentang baginda tidak tahu membaca. Ini bukan bermakna baginda tak boleh membaca secara ikutan bacaan. Sebab itu Jibril mengulangi perintah اقْرَأْ supaya Nabi baca (ikut sebut) BACAAN yang disampaikan.
Dalam hadith tersebut diungkapkan ayat Al-Quran:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ * خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ * اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ * الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ * عَلَّمَ الإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ‏
Ayat di atas menjelaskan Allah yang cipta manusia, dan Allah ajar manusia apa yang manusia tidak ketahui. Itulah permulaan wayhu yang diterima oleh Nabi....
فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. (Al-Qiyamah, 18)
Perkataan الْجَمْعِ dan الْجُمُعَةِ dari root yg sama ج م ع yg bermaksud himpun (assembly), bersama (together), congregation (jemaah), dll.
Hari Jumaat tu kata nama Khas berkaitan Nama Hari yang mana ada perintah SOLAT JUMAAT secara berjemaah.
Kalau kau kata maksud Al-Jumu'ah (Jumaat) tu sama dengan Al-Jam'i (Perhimpunan/Kiamat), sebab guna kaedah kata akar sama, maknanya kau tak faham bagaimana sesuatu kata akar tu boleh berubah maksud bila diterbitkan menjadi perkataan lain.
Kata akar yang sama bukan semestinya membawa maksud sama bagi setiap kata lain yang diterbitkan. Itulah masalahnya bila kau terjemah ikut kaedah ciptaan kau sendiri! Nanti akan timbul BANYAK percanggahan... tak percaya, jawab soalan aku kat bawah....
Hari Jumaat memang dipanggil hari Jumaat. Tapi perkataan hari jumaat dalam Quran bukan bermaksud hari ke 6 dalam seminggu.
Andaian kau berdasarkan kata akar ada banyak masalah!
Kalau kau kata maksud Al-Jumu'ah (Jumaat) tu sama dengan Al-Jam'i yang merujuk kepada Perhimpunan pada Hari Kiamat, berdasarkan ciptaan baru guna kaedah kata akar sama, maka kau akan dapati kaedah ciptaan kau tu akan membuat kau celaru dan keliru sampai kau jadi bingung! Tak percaya, sila jawab soalan di bawah...
Serupa juga hari Sabtu memang dipanggil hari Sabtu. Tapi perkataan hari sabtu dalam Quran bukan bermaksud hari ke 7 dalam seminggu. Contoh lain Kaabah memang dipanggil Kaabah. Tapi perkataan kaabah dalam Quran bukan bermaksud Kaabah di Mekah. Ini dah boleh buat topik lain.
Makin banyak merapu lah andaian kau ni. Ikut kaedah kau ni, istilah Solat Jumaat dah jadi sama istilah dengan Solat Kiamat. Cara kau solat jumaat (solat kiamat) kau kata bantu mangsa banjir. Banyak merapu lah...
Jawab soalan ni, nak tengok kau faham tak makna-makna perkataan dari kata akar yang sama:
sujud
masjid
sajadah
saajideen
.... semua kata akar sama. Boleh dicari dalam Al-Quran.
Adakah semua perkataan tu maksud sama?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 11-2-2015 10:57 AM
Soalan sebelum ni yang yang belum dijawab secara tepat:
1. 'HARI' dalam bahasa Arab disebut apa?
2. 'JUMAAT' dalam bahasa Arab disebut apa?
3. 'HARI JUMAAT' dalam bahasa Arab disebut apa?
Soalan tambahan:
4. Al-Quran diturunkan dalam bahasa apa?
Jawapan bagi soalan di atas adalah SANGAT senang, tapi akan jadi sangat susah dijawab jika orang itu suka buat ANDAIAN-ANDAIAN untuk ubah makna-makna perkataan ikut ciptaan-ciptaan kaedah baru yang menyesatkan
Jawapan:
1......
2......
3......
4......
Silakan Alion menjawab, sebab kau menunjukkan diri kau seolah-solah sangat faham bahasa Al-Quran dengan kaedah ciptaan terbaru kau sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|