CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4634|Reply: 8

Perempuan Paling Kontroversi 2014?

[Copy link]
Post time 4-1-2015 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Mary_jane at 4-1-2015 12:32 PM


Meskipun belum mengeluarkan album atau muncul dalam filem baru, Miley Cyrus memiliki caranya yang tersendiri untuk tetap menjadi berita panas (dan terus diberitakan) sepanjang tahun 2014.

Tahun 2014, Miley boleh dikatakan sangat produktif dalam pelbagai hal; fesyen, kecantikan, muzik sehinggalah kehidupan peribadi beliau.

Miley melancarkan koleksi lipstik bersama MAC, berkolaborasi bersama Jeremy Scott di New York Fashion Week, melancarkan artful accessory yang sangat kontroversi dan memenangi MTV Video Music Awards melalui video “Wrecking Ball” yang boleh dikatakan sangat berjaya.

Selain daripada itu, pada tahun 2014, Miley telah mengejutkan dunia dengan perubahan keterlaluan yang berlaku keatas dirinya.

Daripada cara beliau berpakaian yang seksi dan melampau, aksi keterlaluan dan lucah sehinggalah foto-foto beliau yang pelik di media sosial, semuanya dikritik oleh orang ramai.

Ternyata, perubahan pelik pada diri Miley itu tidak boleh diterima ramai.


Dan pasti semua sudah tahu, bahawa ketika ini Miley sedang menjalinkan hubungan bersama anak Arnold Schwarzenegger, iaitu Patrick Schwarzenegger. Dengan rambut yang sama-sama perang, Miley dan Patrick nampak cukup serasi.

Pasangan muda ini sering kali dilihat akrab bersama melakukan pelbagai aktiviti; menonton basketball bersama, jet ski di Miami, pesta liar di Art Basel dan pelbagai lagi.

Namun, hubungan Miley bersama Patrick ini khabarnya sudah menimbulkan rasa kurang senang pada Arnold, kerana takut jika Miley akan memberikan kesan buruk keatas anaknya.


Saingan terkuat Miley dalam menimbulkan kontroversi sudah tentu tidak lain dan tidak bukan,Kim Kardashian.

Tahun 2014 juga menjadi tahun yang cukup sibuk bagi ibu kepada North West itu.

Pada bulan April, Kim Kardashian dan suami, Kanye West menjadi cover Vogue dan telah membuat gempar kepada dunia fesyen. Ia mungkin dicaci oleh banyak pihak, namun majalah itu juga begitu laris dijual dan bahkan menjadi salah satu edisi majalah Vogue Amerika yang paling laris sepanjang masa.

Sebulan kemudian, Kim dan Kanye melangsungkan perkahwinan di Itali. Perkahwinan yang sangat rahsia itu juga dilihat begitu romantis kerana dilangsungkan saat matahari terbenam dan dihadiri oleh teman-teman serta ahli keluarga terdekat Kim Kardashian sendiri.

Seminggu sebelum berkahwin, Kim Kardashian dan keluarganya pergi ke Paris. Kim mengadakan bachelorette party di sana, keluar masuk butik mahal, lalu pergi ke kediamanfashion designer Valentino untuk makan tengahari. Bahkan, kejadian ini turut mendapat liputan khusus daripada Vogue.

Dan, yang terbaru, Kim telah menjadi muka depan edisi winter untuk majalah Paper yang menimbulkan kontroversi seluruh dunia. Kim tampil telanjang, namun hanya menunjukkan bahagian belakang tubuhnya sahaja – yang dilihat seperti telah disapukan minyak padanya.

Semua perhatian tertumpu pada bahagian belakang badan Kim – yang kemudian menjadi bahan hebahan dan ikutan di internet.

Seperti Miley, Kim memang tidak asing lagi dengan penampilan yang terdedah di majalah.

Melihat kepada semua hal yang terjadi kepada kedua-dua artis berkenaan, kami terfikir adakah pada tahun 2015 ini, mereka berdua akan masih menjadi kegemaraan media dan orang ramai untuk diperkatakan? Kita hanya mampu tunggu dan lihat.

Sumber: Fimela.com - wanista.com




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2015 12:48 AM | Show all posts
Ingat kan ade poll tadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 01:01 AM | Show all posts
reenaz replied at 4-1-2015 12:48 AM
Ingat kan ade poll tadi

Haih i xdpt tukar ke poll plak. U all baca jela k.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 11:11 AM | Show all posts
alaaaaa...kalau poll msti best ni. nonetheless, both provides different kinds of controversy..for me

kim k: vain and snobbish kind of controversy
miley: childish and wild.

but if i were to choose which is better than the other i would choose kim k. dia buat controversy utk menaikkan jumlah duit masuk dlm poket while miley...meh..nothing..org lg xselera nk amek dia buat show lg ade..i mean most (mature) ppl will feel uncomfortable around her.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai x suka miley skrg..mcn terdesak jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya kim k paling kontrovesi especially lps gamba bogel dia tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2015 10:56 PM | Show all posts


cannot be unseen
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 11:08 PM | Show all posts

Enjoy..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2015 03:52 PM | Show all posts
hujung hujung 2014 memang kim k lah famous
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058718 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list