View: 5320|Reply: 10
|
Rahsia Masjid Nabi Yang Di Sembunyikan
[Copy link]
|
|
Rahsia Masjid Nabi Yang Di Sembunyikan
Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan
Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi ( http://saudi-archaeology.com)
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan – dalam petak merah
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai
Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku
![](http://3.bp.blogspot.com/-nIiAn_pWzmI/UbbVSABBjLI/AAAAAAAAAqs/3RxDIBiO_dI/s1600/mehrab-e-tahajjud.jpg)
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi
sumber: islamiclandmarks.com, silverheritage.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus membaca buku cerita.... sambil makan snack |
|
|
|
|
|
|
|
Masjid... zaman nabi bermula dengan pelepah tamar je....yang lebih utama amalan Masjid, itu ruh Masjid yang menjadikan Masjid itu 'hidup'
Kalau dah tiada amalan, masjid yang cantik boleh bertukar jadi muzium, atau lebih teruk boleh jadi gereja?
Cuba baca pasal Masjid Qordoba
Corak, senibina, khat, dan sebagainya hanya hiasan fizikal..... |
|
|
|
|
|
|
|
Keindahan Masjid Cordoba yang kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba
![](http://4.bp.blogspot.com/-hJTwkrUDQfk/Ua7UDL_bFkI/AAAAAAAAghg/m2Su-7XLuvw/s400/1Andalusien,_Lissabon_182_C%C3%B3rdoba,_Mezquita.jpg)
Masjid Cardoba, Sepanyol. Dari Kerajaan Rakyat; credit foto
Flickr atas nama asal; Andalusien, Lissabon 182 Córdoba, Mezquita.
Salah satu daya tarikan di Cordoba ialah Masjid Cordoba atau kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba. Masjid Cordoba terletak di ibu kota Sepanyol iaitu Cordoba semasa pemerintahan dinasti Umayyah Khalifah Abdurrahman III pada tahun 787. Pada 1994, Masjid Cordoba telah ditetapkan oleh Unesco sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia. Di dalam masjid ini terdapat lebih kurang 850 tiang yang tersusun rapi yang menopang kemegahan masjid tersebut. Tiang-tiang itu berbaris sehingga membentuk seperti lorong yang panjang.
Masjid Cordoba dikatakan boleh menempatkan sekitar 20,000 jemaah untuk solat Jumaat ketika pemerintahan khalifah Islam ketika itu.
![](http://1.bp.blogspot.com/-HCZACqz_xXc/Ua7XJgImXuI/AAAAAAAAghw/40wO1Dw5kxg/s1600/2Cordoba_Minaret.jpg)
Masjid Cordoba, Sepanyol. Minaret tower in Mezquita de Cordoba.
Dari Kerajaan Rakyat; credit foto - Wikipedia and Google, Creative Commons License
Setelah penaklukan Sepanyol oleh Raja Leon Alfonso VII, Masjid Cordoba berubah fungsinya menjadi sebuah gereja. Beberapa tiang di bahagian tengah masjid kemudian dirobohkan dan diberi penambahan katedral gothik sementara menara masjid itu pula diubah menjadi menara loceng gereja.
![](http://1.bp.blogspot.com/-gbbOI6q474M/Ua7ZsNcDhuI/AAAAAAAAgiA/GbRq5Zj6zPo/s1600/3Cordoba_mihrab.jpg)
Masjid Cordoba Sepanyol, Mihrab of the Mezquita, Cordoba, Spain.
Dari Kerajaan Rakyat; credit gambar - Wikimedia Commons
Kini Masjid Cordoba yang suatu ketika menjadi kebanggaan umat Islam, diberi nama Cathedral Mezquita (Katedral Masjid). Masjid Cordoba paling terkenal dengan lengkungan gerbang raksasa yang menghubungkan tiang-tiang masjid.
![](http://1.bp.blogspot.com/-jH65TsxZlaY/Ua7bInqYlHI/AAAAAAAAgiQ/G0ViY5BehMY/s400/4Cordoba_moschee_innen5_dome.jpg)
Masjid Cordoba, Sepanyol. Moschee La Mozquita, Kuppel
Dari Kerajaan Rakyat; credit gambar - Wikimedia Commons
![](http://1.bp.blogspot.com/-zhLDuDpV3Nc/Ua7b81tOeUI/AAAAAAAAgic/99mXuCWSjd0/s1600/5-Chapel_in_La_Mezquita.JPG)
Masjid Cardoba, Sepanyol. A chapel within la Mezquita, Cordoba.
Dari Kerajaan Rakyat; credit gambar - Wikimedia Commons
![](http://2.bp.blogspot.com/-B1xdufMWijM/Ua7dLi8FSPI/AAAAAAAAgis/ToqzQUbV92I/s400/6Mezquita_de_C%C3%B3rdoba,_exterior_del_muro_de_la_quibla..jpg)
Masjid Cordoba, Sepanyol. Mezquita de Córdoba, exterior del muro de la quibla.
http://silverheritage.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Mari Kenali - Inilah Dia Masjid Dua Kiblat
MASJID Qiblatain di Madinah al-Munawarah antara tiga masjid tertua di dunia selain Masjid Quba dan Masjid an-Nabawi.
Pada asalnya ia dinamakan Masjid Bani Salamah kerana pembinaannya di atas bekas tapak rumah Bani Salamah.
Dalam sejarah perkembangan Islam, ia dinamakan Masjid Qiblatain kerana mempunyai dua kiblat, iaitu menghadap ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram di Makkah.
Batu asas pembinaannya dilakukan sendiri Nabi Muhammad s.a.w dan siap pada 623. Baginda pernah bermalam di masjid itu selama 20 hari.
Rasulullah menerima wahyu daripada malaikat Jibril mengutuskan supaya arah qiblat ditukar ke arah Makkah. Ketika itu baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.
Maka, baginda berperingkat mengubah arah kiblat menghala ke Makkah. Perubahan arah kiblat menjadi tamparan hebat kepada kaum Yahudi yang sebelum itu begitu berbangga dengan kiblat mereka di Baitulmaqdis.
Sejarah awal pentadbirannya terletak di bawah Umar Al-Khatab, kemudian diserahkan kepada pemerintahan Uthmaniah dengan penyeliaan Sultan Sulaiman yang bertanggungjawab melakukan pengubahsuaian terhadap masjid bersejarah itu.
Berdekatan Masjid Qiblatain terdapat sebuah telaga dimiliki seorang Yahudi.
Dengan nasihat nabi, telaga itu ditebus daripada pemiliknya oleh Uthman Affan dengan harga 20,000 dinar bagi menjadikannya milik umat Islam sepenuhnya.
Masjid itu mampu menampung kapasiti seramai 2,000 jemaah pada satu masa. Antara imam dan khatibnya termasuk Sheikh Salleh bin Awad al-Mughamisi, Sheikh Muhammad Khalil, Sheikh Muhammad Ayub dan Sheikh Ahmad bin Ali bin Abdul Rahman.
Masjid Qiblatain di , dari sisi belakang
Pembesaran masjid berlaku pada 1543 pabila Sultan Sulaiman diarah melakukan pembesaran masjid bagi menampung jemaah semakin bertambah.
Pada 1987 projek pembesaran masjid dilakukan mengikut keperluan semasa tanpa mengubah struktur binaan asal. Namun, masjid lama dirobohkan bagi memberi nafas baru bagi menyerlahkan seni bina Islam.
Masjid Qiblatain berbentuk ortogenal geometri itu dihiasi dua tangga masuk bagi membolehkan jemaah lelaki dan wanita keluar masuk ke masjid melalui pintu berasingan.
Kedudukan dewan solatnya mempunyai aras berbeza dengan bahagian utara supaya menampakkan keunikan tersendiri.
Masjid berkenaan terletak di bahagian barat laut dari Madinah, di Jalan Khalid bin Walid, sempena kehebatan pahlawan Islam tersohor pada zaman Rasulullah.
Kini, Masjid Qiblatain mempunyai pelbagai kemudahan prasarana sesuai sebagai pusat tumpuan jemaah haji dari dalam dan luar negara.
pemandangan didalam masjid
Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan Ahmad bin Hambal, Al-Nasai, Ibnu Majah dan Hakim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat dua rakaat di Masjid Qiblatain, maka Allah memberikan ganjaran pahalanya seperti pahala mengerjakan satu umrah.”
Justeru, tidak hairanlah masjid itu menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah dari seluruh pelosok dunia.
akakdisebalikpintu
|
|
|
|
|
|
|
|
Best2 ler pulok bila baca. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah nabi etc di mekah/madinah pon dah di musnahkan/cover
Mula2 aku heran jugak
Tp bila pikir balik
Ada kebaikannya
Takut jadi tempat pemujaan berlebihan
Maklumlah org Islam ni
Mcm2 perangai
Cth paling mudah; kiswah / kain kaabah pon di gunting utk dijadikan tangkal
Apatah lg relic/apa2 yg berkaitan direct ngan nabi
100% pasti ada yg akan di salah guna
Yg penting adalah ajaran Islam & hadis/sunnah nabi
Bukan relic atau yg seumpamanya |
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 18-9-2014 06:52 PM ![](static/image/common/back.gif)
Rumah nabi etc di mekah/madinah pon dah di musnahkan/cover
Mula2 aku heran jugak
Saya amatlah bersetuju--Islam bukan agama yg ada symbol tertentu, warna tertentu, logo tertentu dsb-- Nabi mengajar orang supaya mentauhidkan Allah. Bukan concentrate pada perkarra di atas.
Sebab itulah peninggalan orang kufar di jaga, macam pyramid tu, tulisan madain tu sebabnya orang Islam kurang risk nak memuja pun, yg itu lah baru untuk sejarah. Pelawat Muslimin ke tempat itu tiadalah mau ambil batu pyramid buat tangkal dsb. Fasal itu kurang significant dengan agama kita.
Nanti orang akan berontak cakap apa salahnya dijaga tenpat yg Nabi selalu ada itu utk kenangan dsb--pada pedapat saya; cukop kalau diketahui spotnya macam dalam gambar sudah cukop. Tak perlu dilapangkan atau lama-kelamaan di letak pagar berbunga-bungay, lepas tu bermulalah orang duduk dekat2....kemudian direnong tempat tu....kemudian mulalah rasa macam kultus. Apa yg Nabi ajar kemana, yang lain pulak developed. Jadi jangan marah kalau local gov buat begitu. Kalau mau jadi taat, fahami perkataan Nabi, concern padanya setiap masa. Itu yg Nabi mau pun. Bukan baginda berwasiat "jagalah tempat aku selalu berada." Nasib baik tada begitu kalau tidak, muncol profession baru iaitu jaga tempat special Nabi. NO kidding! Fitrah manusia somehow begitulah. Kemudian melarat orang nak jaga kena qualified, nak duduk mampir pun kena hati suci, dsb. Ingat ya itu yg berlaku pada ajaran lain. Trust me anda boleh buat research. Agama lain itu awalnya something else tapi faktor tambahan seperti kesucian tempat, individu, dsb ----menjadikan ia another something else.
Jangan dibuat sebegitu pada Islam lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh...geng2 ni mmg suka pada bekas2..
Puas lar nabi SAW dan para sahabat memurnikan aqidah ummat manusia..
Mengajar mentauhidkan Allah..
Hanya Allah tempat bergantung harap..
Mai zaman ni..
semakin ramai dan berleluasa dajjal2 kecik yg cuba mengembalikan umat manusia ke zaman jahiliyah..
|
|
|
|
|
|
|
|
BETUL TU...CONTOHNYA BATU TERGANTUNG TU.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|