View: 8031|Reply: 10
|
Tak kacak, gemuk-Iqbal Zulkefli sedar diri, tak sekufu dengan Diana Danielle
[Copy link]
|
|
Selepas tular foto berpakaian sedondon bersama pelakon Diana Danielle, usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli tampil menjelaskan status sebenar hubungan mereka.
Tiada sebarang hubungan istimewa, Iqbal, 31, memberitahu foto dikongsi itu sekadar gimik bagi mempromosikan single terbaharunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Enggan menimbulkan sebarang fitnah membabitkan mereka, Iqbal menjelaskan dia dan Diana bersikap profesional ketika bekerja, lebih-lebih lagi Diana masih memegang status sebagai isteri kepada pelakon Farid Kamil.
"Saya nak jelaskan gambar saya dengan Diana bukanlah seperti apa disangka seperti ada hubungan istimewa dan sebagainya.
"Sebenarnya itu adalah gimik di mana kami berkolaborasi dalam satu muzik video single terbaharu saya.
"Kami berhubung pun hanya soal kerja sahaja dan kami professional, Diana pun masih memegang status sebagai isteri orang... malah di set penggambaran pun kami tidak bersentuhan," katanya Ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Berkongsi lanjut, Iqbal memberitahu dia juga sedar diri dan tidak layak untuk digosipkan dengan Diana.
Malah dia mengakui dirinya tidak memiliki raut wajah kacak, selain bentuk badan juga berisi.
"Lagipun saya sedar diri, siapalah saya ni jika nak dibandingkan dengan Diana.
"Saya ni tak kacak, gemuk pula tu!" ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Iqbal bakal keluarkan single keduanya tidak lama lagi yang berjudul Undur Diri.
Malah kapsyen yang ditulis pada foto bersama Diana merupakan antara lirik dalam lagu berkenaan.
Jelas usahawan itu, kos keseluruhan untuk menyiapkan lagu itu menelan belanja hampir RM200,000.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bukan dulu 2 tahun lepas iqbal ni dikenen kan dengan inspektor sheila tu
korang ingat tak ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lainnya kebal, mungkin sebab berisi |
|
|
|
|
|
|
|
Mmglah gimik...takde sapa percaya pun lah Iqbal dgn DD...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Wujud lagi beliau ni.
kawenkan aje dngan Shamira. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ker dulu beriya diet segala tu...
nak kurus bagai... ehh kenapa mcm berisi aja nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols dah cerai 2x ke belum?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagosla tu sedar diri ..muke mcm ebit nnti org trauma |
|
|
|
|
|
|
|
Yg janda terpaling gelitis lagi xhabis2 feed 'vitamin' kat tololwers. |
|
|
|
|
|
|
| |
|