CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1907|Reply: 0

Psy & Big Bang Meriahkan Pembukaan Sukan Asia Incheon 2014

[Copy link]
Post time 10-9-2014 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 12:05 AM
                                
Psy akan muncul pada segmen akhir upacara pembukaan Sukan Asia Incheon yang akan diadakan di Stadium Utama Incheon pada 19 September ini.
   
                                                    (Ubah saiz teks)       
        PENYANYI Psy dilaporkan akan mengadakan persembahan istimewa acara pembukaan Sukan Asia Incheon 2014 pada 19 September ini di Korea Selatan.

Menurut laporan The Korea Herald, Psy akan muncul pada segmen akhir upacara pembukaan itu di Stadium Utama Incheon bersama beberapa lagi nama terkenal dari negara berkenaan.

Psy mencipta nama di peringkat dunia pada tahun 2012 apabila lagu nyanyiannya berjudul Gangnam Style diminati ramai.

Big Bang akan mengadakan persembahan pada acara penutup Sukan Asia Incheon 2014.
   


Dalam pada itu, kumpulan Big Bang pula akan tampil pada acara penutup sukan berprestij itu yang dijangka akan diadakan pada 4 Oktober depan.

Pihak pengurusan Big Bang iaitu YG
Entertainment
turut mengesahkan kumpulan itu bakal memeriahkan Sukan Asia Incheon 2014.

Selain Incheon, Korea Selatan pernah menjadi tuan rumah kepada sukan tersebut di Seoul pada 1986 dan Busan pada 2002.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.037762 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list