|
Amalkan cium, peluk dan beri salam kpd mereka setiap pagi dan malam sebelum mereka tidur. Ucapan salam itu ialah doa utk kesejahteraan. Dgn memberi salam, kita mendoakan kesejahteraan utk anak2 kita. Doa seorg ibu itu mustajab utk anak. Amalkan juga doa utk mereka tetap mendirikan solat [Surah Ibrahim: 40-41]. Semoga Allah perkenankan.
Yg wajib spt solat 5 waktu, berpuasa, tutup aurat, ajarkan dari kecil. Fhmkan mereka yg itu suruhan Allah, tak boleh tak buat. Yg wajib buat, mesti buat. No compromise tp ajarlah dgn berhikmah. Mcm solat tu, mengantuk ke, sakit kaki ke, buat juga. Tak boleh solat berdiri, no problem, boleh solat duduk. Ajar yg sunat: mkn minum mesti dimulakan dgn Bismillah, mkn minum mesti dgn tgn kanan (kalau tgn kanan kotor dan nak minum, pegang gelas dgn tgn kiri tp tgn kanan mesti sokong tgn kiri tu), pakai baju masuk tgn kanan dulu, buka baju keluar tgn kiri dulu, masuk tandas dgn kaki kiri, masuk rumah bg salam dulu, dll.
Rasmi budak2, tentulah bermcm2 perangainya. Dia menjerit, menangis bagai...hadap saja dgn sabar dan cekal. Elakkanlah diri kita dari berdrama meninggi suara spt ayam belanda. Kita sayang anak, pimpinlah mereka dgn lembut dan penuh kasih syg ke syurga. Itulah kasih syg yg sebenarnya.
|
|