View: 4419|Reply: 6
|
Isu mak angkat dan anak angkat
[Copy link]
|
|
Hai forumner semua,
nak tanya 1 isu ni pasal mak angkat yang tak pernah kahwin ambil anak angkat yang masih ada emak kandung dan adik beradik kandung yang lain sebab kesempitan hidup.
Anak angkat ni sentiasa di kongkong dari kecil sampai besar. Selain tu , anak angkat ni juga dilarang berjumpa selalu dgn keluarga kandung kerana mak angkatnya ni risau anak angkatnya kembali kepada keluarga kandung.
Anak angkatnya masih boleh bertahan dikongkong, tapi masalah makin meruncing bila anak angkat ni kahwin sebab dia perempuan dan perlu juga mendengar pendapat suami.
Masalah ibu angkat ni yang tidak pernah berkahwin memungkinkan dia tidak faham akan masalah suami isteri dan sikap mengongkong yang keterlaluan.
Bila ibu angkat ni marah dia akan sentiasa mengungkit pemberian nya kepada anak angkat daripada kecil sampai dia besar.
Apa pendapat forumer sekalian...
Bagaimana anak angkat ni hendak hidup bekeluarga sekiranya ibu angkat terus mengungkit dan tidak mahu di tinggalkan sekejap? |
|
|
|
|
|
|
|
Hi TT, ini hanya pendapat Mira ya...
Maaf jika tersilap kata.
Pada Mira x kira ank angkat atau Ank sendiri sama je kasih syg yg ibu berikan...lebih lagi sygnya bila dia single parent, mungkin ade sebab tertentu ngapa dia stay single.
Dn kerana sebab itu, dia menjadi terlalu mengongkong.
Jgn salahkn dia, apa yg penting skg tunjuk pada dia kebaikkan atau keserasian pasangan Ank pd dia,tuk dia pahami perlunya Ank ade pasangan. Bukan tujuan dia mengungkit tapi dia nk secure supaya Ank x kn tinggalkn dia. Apa akan jadi padanya jika Ank kawen dan tinggalkn dia. Massage dia satu je, jgn tinggalkn dia keseorangan. Wallallahualam
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi amiraira,
Terima kasih atas pandangan tersebut, memang saya setuju dgn pandangan saudari. Tapi macammana kalau ibu angkat tersebut keterlaluan. bila marah, menyumpah dan mengungkit dari benda kecil ke besar. Anak angkat mana yang selesa hidup dirumah keluarga angkat kalau semua benda diungkit bila marah. Kena lihat dari segi pandangan anak angkat tersebut juga kan?
Dari segi kebebasan pulak memang mengongkong ke tahap yang keterlaluan. Anak angkat tersebut lebih kepada orang suruhan tiada kebebasan membuat keputusan walaupun sudah berkahwin.
Secara general nasihat saudari memang betul dah pernah kawan dan isterinya tu mencuba sebaik mungkin. Tetapi diluar memang ada ibu angkat dan keluarga angkat yang dari jenis tidak langsung memahami kenapa mereka mengangkat anak angkat.
Fahaman mereka ialah anak angkat ini syurga neraka mereka adalah di tangan mereka. Adakah ini betul? Adakah tahap ibu angkat angkat ini sama seperti keluarga kandung?
Tambahan maklumat. Keluarga kandung juga memahami masalah anak angkat ini tadi tetapi tidak dapat berbuat apa2 kerana telah menyerahkan kepada keluarga tersebut.
Ibu kandung sentiasa menangis mendengar cerita anak angkatnya tersebut. Tetapi disebabkan perasaan hormat dia masih lagi berbakti dengan ibu angkat tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
So, adakah anak angkat tu ko? |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya... sedih dpt anak angkat camni... isk isk |
|
|
|
|
|
|
|
first of all, x patut anak angkat tu persoalkan kedudukan ibu angkat dia..jgn lupa jasa2 ibu angkat dia walaupun bukan dia yg lahirkan..pengorbanan ibu yg membesarkan anak angkat tu tidak terbalas..jgn juga membuat andaian yg dia x pernah berkahwin, jadi x paham masalah suami isteri etc..dia da makan garam secukupnya..walau mcm mana pun dia, dia ttp seorang ibu..naluri ibu dan pengorbanan dia besarkan anak yg tiada talian darah..priceless..
patutnya kawan tt la yg memahami ibu angkat dia tu..lagi2 bila dia tinggal sorang, minta jasa baik suami utk nk jaga ibu..suami yg baik x kan berlaku kejam kt isteri..
bab kongkong tu, mak mana x sayang anak..mak mana xnk yg terbaik utk anak2..kawan tt tu patut bersyukur dibesarkan oleh ibu angkat dgn sempurna..kalau dia dibesarkan oleh keluarga sendiri yg daif, mungkin dia x kan jadi spt hari ni..ntah masih hidup atau x..kalau itu pun x reti nk bersyukur, apa sgtla dikongkong sket dan di bebel oleh ibu angkat yg telah menjaga dia sebaik mungkin dan disunting menjadi suri hidup seseorang hari ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
selepas dibesarkan dikasi makan dididik, still nak panggil mak ANGKAT.
baca camnilah buat me bersyukur kenapa me tak ambil anak angkat...
pepenat bela still gelaran angkat dibawak sampai mati.
i dont see apa beza antara mak angkat dan mak dalam cita ni...
kecuali anak angkat tak bersyukur dibela orang...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|