CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3659|Reply: 1

Bintang Hulk terus cuba nasib

[Copy link]
Post time 30-6-2014 03:30 PM | Show all posts |Read mode


MUNGKIN sudah kerana bakat, pemilik nama penuh Eric Banadinovich atau nama pentasnya, Eric Bana ini menunjukkan kebolehannya dalam berlakon sejak kecil lagi.

Masakan tidak, ketika usianya menginjak enam tahun, aktor kacak ini sudah pandai meniru mimik muka dan gaya orang yang berada di sekelilingnya.

Malah, dia mengambil keputusan untuk bergelar aktor hanya kerana menonton filem Mad Max lakonan Mel Gibson.

Begitu pun, pelbagai cabaran yang perlu dihadapinya sebelum berpeluang mencipta nama di persada Hollywood.

Selepas rancangan bual bicaranya, The Eric Bana Show ditutup, dia kemudiannya berlakon dalam filem pertamanya The Castle pada 1997 dan kemudiannya muncul dalam sebuah filem biografi, Chopper pada 2000.

Selepas hampir sedekad muncul di filem dan kaca TV di Australia, Bana kemudiannya mencipta perhatian di Hollywood melalui aksi cemerlangnya dalam filem Black Hawk Down (2001), Hulk (2003), Troy (2004), Munich (2005), Star Trek (2009) dan Lone Survivor (2013).

Bahkan, dalam setiap filem lakonannya itu, Bana memegang watak utama.

Walaupun lakonannya dalam Hulk mendapat kritikan sekali gus mengundang polemik daripada peminat komik Marvel, Bana bagaimanapun memandang perkara itu daripada sudut positif.

“Saya bangga dengan apa yang telah saya cuba lakukan. Saya memohon maaf kepada peminat yang marah dengan hasilnya.

“Saya kagum dengan mereka yang membenci filem itu dan membuatkan saya terdorong untuk menontonnya lagi.

“Ia sering menghantui saya. Tetapi, saya pasti, saya tidak menyesal membawakan watak itu,” katanya.

Selain itu, Bana turut berlakon dalam filem The Nugget (2002), Romulus My Father (2007), The Time Traveler’s Wife (2009), Funny People (2009),  Mary & Max (2009), Hanna (2011), Deadfall (2012) dan Closed Circuit (2013).


Rindu jadi pelawak

Baru-baru ini, menerusi rancangan bual bicara, Jimmy Kimmel Live, aktor berusia 45 tahun ini berkongsi pengalamannya menjadi pelawak ketika di zaman mudanya.
Jelasnya, dia sangat merindui untuk bergelar pelawak.

“Ketika itu, karier saya berada dalam keadaan turun naik dan sangat kelakar apabila ada masyarakat di Australia menolak sekiranya saya muncul dalam watak serius.
“Tetapi, kini, ada pula sesetengah remaja yang tidak pernah melihat sisi komedi saya,” katanya.

Sebelum ini, karier aktor kelahiran Melbourne, Australia ini bermula apabila dia muncul dalam rancangan bual bicara Tonight Live pada 1993.

Penampilannya dalam rancangan berkenaan membuatkan penerbit siri sketsa komedi TV, Full Frontal tertarik sekali gus memberi peluang kepadanya untuk berlakon dalam rancangan berkenaan sebanyak 66 episod.

Kejayaannya dalam Full Frontal membuatkan dia berjaya untuk mengendalikan rancangan bual bicaranya sendiri, The Eric Bana Show.

Tidak sekadar menjadi pelawak, Eric juga bertindak sebagai penulis naskhah komedi bagi rancangan berkenaan.


Tampil dalam filem seram

Dalam perkembangan lain, Bana bakal muncul dalam filem seram terbaharunya, Deliver Us From Evil yang akan berada di pawagam tempatan mulai 3 Julai ini.

Deliver Us From Evil adalah filem adaptasi daripada novel seram, Beware The Night dan mendapat sentuhan emas, Scott Derrickson.

Malah, Bana memberitahu, kesempatan bekerja dengan pengarah filem Sinister itu memberikannya satu pengalaman yang cukup berharga.

“Ia adalah satu pengalaman yang sangat luar biasa.

“Bekerja dengannya sangat menyenangkan apatah lagi saya adalah peminat setianya.

“Dia memiliki kefahaman yang sangat menakjubkan daripada genre tersebut dan itu membuatkan saya cukup kagum dengannya,” katanya.

Deliver Us From Evil mengisahkan usaha seorang pegawai polis New York bernama Ralph Saatchi dalam membanteras kes penyimpangan agama yang berkaitan dengan syaitan. Justeru, dia perlu bekerjasama dengan paderi bagi  menyelesaikan kes berkenaan sekali gus  memerangi kuasa paranormal yang ada.

Tidak lupa, selain Bana, filem  ini turut membariskan pelakon hebat seperti  Olivia Munn, Joel McHale, Sean Harris dan édgar Ramírez.




DELIVER US FROM EVIL

PENGARAH: Scott Derrickson
PELAKON: Eric Bana, Olivia Munn, Joel McHale, Sean Harris, édgar Ramírez
GENRE: Aksi / Jenayah / Seram
KLASIFIKASI: 18
TARIKH TAYANGAN : 3 JULAI 2014


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2014 12:17 PM | Show all posts
suka dia belakon dlm film troy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.034027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list